Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Dif-dif kehormat..ewah ewah macam mengacara majlis pulok ye. Wah dah lama tak menulis, apa khabar semua, harapnya sihat dan bahagialah hendaknya.

Ok ke mana saya menghilang? Kalaulah ada yang tertanya-tanya. Saya tak menghilang, cuma kurang masa lapang, idea tak mendatang, putus pulak tembelang. Ewah berhoma irama gitu. Ahaks. Tiada tanda seruan di hujung ketawa tanda ketawa yang tidak serius, yang dibuat-buat.

Apakah pula motifnya kembali menulis setelah lama menyepi? Saya terlalu gembira sebenarnya. Satu sebab bermulanya tahun baru, kedua sebab saya baru dapat tahu esok tempat bekerja saya bercuti, kitaorang selalunya beroperasi 7 hari seminggu dan ketiga tamatlah sudah tahun yang saya rasa paling bermakna buat saya setakat ini.

Mari bermula dengan sebab yang ketiga, tahun 2011 menemukan saya dengan ramai manusia yang berperanan besar dalam membina personaliti, jati diri saya. Setinggi terima kasih buat semua yang ditakdirkan melintasi perjalanan hidup saya. Baik ke buruk ke bukan saya yang adili. Cuma yang saya tahu, saya ketemu kekuatan saya, kelemahan saya, keinginan saya dan keperluan saya. InsyaAllah apa juga yang berlaku secara langsung atau tidak menyumbang kepada siapa Anwar777 dan saya sangat gembira dan bersyukur dengan apa yang saya rasa. Siapakah individu-individu tersebut? Ramai sangat, dari majikan saya, rakan sekerja saya, tutor saya, rakan-rakan ketika belajar dahulu sampailah kepada sahabat-sahabat maya yang hanya bertemu bicara di ruang-ruang forum, email, blog dan sebagainya juga manusia-manusia yang saya perhatikan/tegur setiap kali saya menggunakan pengangkutan yang sepunya dari yang melata hinggalah yang bertebaran megah di angkasa. Anda semua membuka pemikiran saya untuk lebih menjadi lebih luas dan melihat satu-satu isu dari sudut yang berbeza. Untuk anda semua, saya berdoa agar dikurnia bahagia dari dunia hinggalah ke alam yang akhirnya.

Sebab yang pertama. Ini sudah jelas lagi nyata. Tahun baru. Bak kata orang, baru boleh bau kedai. Semangat ja. Juga tanda bonus tahunan sudah hampir nak diterima. Saya memandang ke hadapan untuk ketemu lagi individu-individu yang bakal merubah, mewarna dan memeriahkan hidup saya. Diri saya yang kini lebih matang dan bersedia untuk bersemuka dengan personaliti yang mungkin lagi dahsyat/pelik peelnya. Buku baru sudah bersedia, tinggal tunggu dan lihat sahaja. Oh ya, buat catatan jangan lupa. Kalau diizinkan-Nya, insyaAllah saya kongsi bersama sebagai pengajaran untuk anda, saya, kita semua.

Sebab yang kedua? Tak perlulah dihurai rasanya. Cuma apa yang saya boleh luahkan, manusia bekerja mana yang tak suka cuti? :P

Kepada para pembaca, secara jujurnya saya katakan tak pernah saya sangka ada orang masih lagi menjengah blog yang tidak seberapa tapi saban hari ada ja ziarah dari segelintir manusia. Terima kasih yang tak terhingga. Baiklah sudahlah perlu saya berhenti meninta kata, kalau ada kuderat di waktu akan datang bolehlah saya berdrama. Buat masa ini, kukuhkan kekuda, bersedia untuk tahun seterusnya (2012), tahun segala spekulasi dan teori tamatnya era manusia bakal teruji. Ahhhh! Persetankan, jika anda bertuhankan Yang Maha Esa, pasti anda tahu fikiran yang sewajarnya. Baiklah, sudahkah anda bersedia?

2012! Aku cabar kau!!! (Ewah macam KL menjerrrit pulak) Sekian, wassalam.




p/s: lagu ni senang sangat nak main guna gitar