Wednesday, June 22, 2011

...sambungan Earth, eh silap heart...

Di mana saya tadi? Ohh tadi di depan tv sekarang di depan lappy (agak effeminated memanggil laptop sebagai lappy, vacation sebagai vacay, whatever sebagai what-e-verrrr, 'e' yang dipanjangkan, bibir bawah dijuihkan sedikit ke depan ketika menyebut 'verrrr' sepanjang 3-4 harkat).

Serius. Serius sekarang. Alrighty, keburukan membiarkan penulisan tergantung ialah agak sukar untuk kembali ke mood yang diperlukan untuk menyambung karangan online ni supaya sampai maksud awalnya. Mula-mula ingat nak tulis pasal hati/heart yang jiwang karat dan jiwang keparat tapi setelah baca balik bahagian pertama, agak terbantut rasanya nak tulis tambahan pulak dah banyak karya yang terhasil yang berkaitan dengan kejiwangan yang boleh buat lelaki yang paling maskulin pun duduk meniarap atas katil sambil peluk bantal kaki bengkok ke atas ketika mentelaah karya berkenaan. Hey don't look at me like that! Hey jangan pandang saya sedemikian! Saya tak tidur meniarap!

Tu dia intro.

*****

Di dalam entri yang lepas saya ada menyebut berkenaan heart sebagai organ yang paling kuat dalam tubuh manusia. Tapi tu heart yang kita rujuk sebagai jantung! Yang pam darah ke seluruh tubuh manusia! Yang saya cakap ni heart/hati yang mana satu ni? Sekarang anda nampak kekeliruan saya dalam hal ni? Kalau tak nampak buat buat nampak. Ok? Calit. Heart/hati yang saya nak refer dalam entri kali ini juga sebenarnya 'komponen' yang paling kuat dalam kejadian manusia.

Sebelum kita pergi lebih jauh ke dalam kekeliruan yang saya cuba timbulkan sila baca ayat di bawah:

Bila nak mintak/suruh orang buat kerja sungguh-sungguh: "Come on lads, put your hearts into it!"

Bila nak tenangkan orang yang baru kenampakan/kena kacau perkara-perkara mistikus: "It's all in the mind".

Bila marah pasal dapat tahu pakwe/makwe yang bukak cawangan baru setelah mencurahkan kasih sayang pada diorang lebih pada keluarga sendiri: "You ni memang tak berhati perut tau! I beli you itu, I beli you ini, sanggup you lukakan hati I!".

Bila be-romatinka di tampoi: "I selalu ingat kat you. Lubang hidung you menjadi pujaan hati I."

Perkataan ditebalkan dengan bersebab. Salah satu sebabnya, saya keliru. Ingat=memori=dalam otak bukan? Agak lama saya tersekat dekat sini. Kalau nak diikutkan kekeliruan saya, entah sampai bila baru entri ni siap. Nak kata falsafah tak la sangat, falsepah ada. Falsafah yang bersepah. Perlu belajar ilmu metafizik baru ada wibawa untuk bercakap berkenaan hal-hal yang terlalu open definisinya. Tapi zaman sekarang, buat apa buang masa belajar susah-susah kalau tak bawa pulang gaji yang lumayan betul tak? Kepada yang tidak faham, itu pernyataan bersifat sindiran. Terpaksa terima hakikat betapa money-oriented nya kehidupan kita. Bila kerajaan bercakap berkenaan brain drain, berkenaan betapa pentingnya golongan ilmuwan, saintis, tersenyum sinis saya dibuatnya. Eh saya tak nak bercakap hal serius macam ni dekat blog saya. Ianya produk sebuah sistem yang tampak elok pada mereka yang tidak mahu ambil tahu atau terlalu penat untuk keep up kerna sebenarnya, piston sudah hancur, gigi gear sudah reput, aci (shaft) tunggu masa untuk patah. Lebih baik saya buat lawak bodoh.

Mengapa saya cakap heart/hati ni salah satu komponen yang terkuat dalam kejadian manusia? Sebab satu komponen ni boleh menentukan hidup atau mati kita. Macam over ja bila sebut hidup atau mati. Ya benar, dalam keadaan kes yang paling teruk, keadaan heart/hati kita bakal menentukan hidup atau mati kita. Dulu saya belajar agama, ustazah/ustaz saya ajar, ajal maut memang di tangan Tuhan, tapi dalam Islam ia antara perkara yang boleh mintak Allah ubah. Selain berdoa, berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah antara amalan yang memanjangkan umur insyaAllah.

Keadaan kes paling teruk? Worst case scenario. Anda pernah tonton siri "I shouldn't be alive" di Discovery Channel? Takpun contoh paling senang, pelombong di Chile yang terperangkap selama hampir 70 hari? Apa yang memberikan mereka kekuatan untuk terus berusaha untuk terus hidup? Keazaman untuk terus hidup? Dari mana datang keazaman? Dari memori dengan yang tersayang? Dari perasaan takut? Cukup-cukuplah dengan soalan tu. Saya percaya saya boleh mudahkan hal ni dengan kata dari heart/hati yang cekal. Saya tak dapat nak jelaskan asas kepercayaan saya cuma saya boleh kata dalam keadaan yang mendesak, setelah puas berdoa, saya boleh harapkan heart/hati (walau di mana jua ia berada dalam konsep kejadian manusia) saya untuk saki baki kekuatan yang diperlukan. Tinggal tubuh badan yang nyata ja sama ada ia mampu atau tidak untuk meneruskan perjalanan dengan kekuatan dari heart/hati ini tadi. Bak kata mat salleh "The mind says yes, but the body says no". Lebih kurang tambah tolak campur macam tu lah.

Semakin panjang saya menulis, semakin jauh saya rasa dari tujuan asal entri ni. Baiklah saya mudahkan kepada 2-3 ayat sahaja lagi. Heart/hati ni komponen dalam kejadian kita yang sangat berpengaruh dalam menentukan siapa kita. Ia kuat. Sangat kuat. Tapi ia mudah dipujuk untuk lemah. Jangan benarkan. Orang yang kita sayangi antara paksi kekuatan heart/hati ini. Diri kita sendiri adalah antara makhluk/orang yang kita patut sayangi.

Heart/hati, I don't really know where you are exactly, but I know I can rely on you. Stay strong.

Hoh penat memikior.


Thursday, June 16, 2011

Update pantas! Zoom!

Di entri yang lepas saya ada menulis berkenaan kerjaya sebagai Jurutera Kapal Terbang Berlesen. Lihat tajuk L.A.M.E. part 1 dan L.A.M.E part 2. Dan inginlah saya berkongsi artikel ini yang kawan saya share di FB! Baca jangan tak baca! Kalau tak clear macam mana jalannya, boleh tanya.


Laporan UtusanLink

Wednesday, June 15, 2011

Earth, ehh silap, heart.

Heart. Hati. Sebut macam lembut je perkataan ni. Baik yang English mahu pun Melayu. Braveheart (ala filem Mel Gibson sebagai hero Scots masa diorang perang dengan English). Broken heart. Big heart. I heart you *buat rock sign sambil jelir lidah*.

edit: info berkenaan movie Braveheart telah diperbetulkan. Scots vs English. Ramai sangat Irish tempat kerja tu la pasal.

Hati kering, hati yang cekal, dalam hati ada taman, patah hati, jangan bawa hatiku pergi (don't take my heart away...sudah lupa la pulak lagu sapa ni lol).

Seperti biasa saya akan menyoal diri saya berkenaan motif intro kali ini. "Apakebenda yang saya nak sampaikan dalam entri kali ini?" Saya kena soal baru boleh bukak pintu penulisan supaya beramei-ramei ilham datang memeriahkan majlis. Jangan risau, saya bukan nak bercakap pasal jagalah jantung anda, walaupun saya nak ingatkan jugak, "Jagalah jantung anda! Kurangkan makanan berkolestrol tinggi! Makanlah oat setiap hari!".

Ok, ok, ok saya jawab soalan saya sendiri. Kali ni saya nak bercakap soal hati. Tafsiran bendul, heart=jantung, liver=limpa. Dalam bahasa Melayu, hati=limpa. So, di mana sebenarnya perasaan kita sebagai manusia terletak sebenarnya? Di limpa, di jantung atau sekadar di minda? Serius saya tak pasti. Cuba luangkan 2-3 minit dan fikir betul-betul, dekat mana kita rasa dalam badan kita bila kita rindu sesuatu? Dekat kepala atau dekat bahagian dada atau tetiba dekat bahagian abdomen? Kalau ikut penjelasan saintifik, perasaan ni variasi bancuhan hormon yang wujud dalam badan kita. Dek kerana saya bukanlah pakar dalam bidang hormon-hormon ni, kita tinggalkan ia di sana. Di mana? Tinggalkan bersama AC. AC di mana? AC Di sini. (Kengkawan dok buat lawak ni, habis terikut sama).

Sudah sudah.

The heart is the strongest muscle in the human body. Benar. Jantung berkerja dari waktu kita wujud hingga akhirnya kita meninggalkan dunia. Sekiranya ada yang rajin mengira jumlah kerja yang telah dilaksanakannya sepanjang kita hidup, pasti berjuta-juta joule lah jumlahnya.

Itu heart/jantung dalam istilah yang literal. Jom tengok heart yang orang selalu dok guna untuk jiwang-jiwang habeh makan tak kenyang (kerna tak baca bismillah), mandi tak basah, tidur tak lena (pasai dok belek BBM sepanjang masa). Disebabkan saya memang tak pasti heart/hati yang mejadi tempat storan perasaan ni dekat mana sebenarnya, maka saya akan refer ia sebagai heart/hati dalam ayat-ayat seterusnya.

Mari kenali heart/hati dari pandangan saya. Kalau tak nak tengok dari pandangan saya, jangan baca! Hmpph! *merajuk mengada*

1) Heart/hati ini suka bermimpi. Kadang-kadang terlalu sangat sampai lupa dunia, lupa realiti. Maka bersyukur kita berminda. The presence of the mind balances the dreaminess of the heart. Heart/hati kata boleh, mind/minda cakap, tengok diri sendiri dulu.

Hmmmm....saya ada banyak lagi karutan untuk entri ni, tapi disebabkan saya nak keluar kejap dan ada beberapa urusan petang ni, saya kongsi dulu dan biar anda tergantung-gantung baca. Saya janji saya sambung entri ni. Janji! Cross my heart. Cewah.

Sambil menunggu, enjoy this feel good song! Dah macam deejay pulak gua. :P .

Thursday, June 9, 2011

Anak Penakan Lauk Ayam.

"Ok, ok lagu AJL yang mana yang kau tahu?" tanya kawan saya. "Sorry la Nan, aku tak berapa amik tahu pasal AJL..." jawab saya. "Lagu Goo Goo Dolls jom?" saya menyambung. "Iris, lagu yang popular time sekolah menengah dulu..". "Ala lagu English je, jom try lagu Melayu la pulak. Anuar Zain boleh?" dia menjawab. Terus tergelak dengar cadangan terakhir.

"Lagu Kak Limah? Cinta Kristal?" tanya beliau lagi. "Eh tu lagu Rahim Maarof dulu kan? Boleh cuba, tengok chords dengan lirik dulu", jawab saya. Lalu ber-jamming jamming lah dua anak muda (kunun) dari pukul 12 tengah malam sampai ke pukul 3 pagi dengan pelbagai lagu dari lagu zaman 60-an sampailah ke lagu raya. Semua bantai.

*****

Kembali ke tajuk. Saya baru belajar frasa tu sebenarnya. Apa maksudnya? Meh dekat sikit takyah saya cakap terjerit-jerit. Kalau tak mandi, langkah satu hasta ke belakang. Ewah mengada-ngada.
Anak penakan tu dalam bahasa lain, anak saudara. Lauk ayam tu tafsiran yang straight to the point. Ayam yang telah cukup umur lalu dikorbankan kemudian dicuci, dan dimasak untuk dijadikan lauk. Habis tu, apa kaitan anak saudara dengan lauk ayam? (Macam nak menerangkan konsep fizik pulak LOL).

Lauk ayam ni pada suatu ketika dahulu lauk yang dianggap mewah sangat. Pada ketika masyarakat bergantung hidup pada hasil-hasil cucuk tanam, belaan sendiri dan pelbagai kaedah yang hampir pupus terima kasih kepada pembangunan yang memudahkan lagi hidup. Boleh kata nak rasa lauk ayam ni kalau anda bukan anak orang kaya, kena tunggu ada event special, atau tetamu yang bertandang ke rumah. Kalau tak ada, ikan sungai, pucuk-pucuk ulang sampai ada peristiwa-peristiwa yang disebut di atas. Takpun sampai anak-anak kat rumah (suami pun sekali) merengek-rengek nak makan ayam. Eh mengada-ngada betul suami kalau merengek-rengek. Tampor aje...teringat lagu Tamparan Wanita kumpulan Elite LOLOLOL..~Aha...caraku dan caramu...~

Baiklah kembali ke mesej teras. Anak penakan lauk ayam ni membawa maksud, sanak saudara yang bertandang ke rumah pada masa tertentu aja. Masa tertentu? Bila ada event special ataupun bila tuan rumah tengah mewah. Masa tuan rumah tengah susah atau tak ada apa-apa majlis, no way! "I busy la. Kucing I nak beranak kena cari doktor. Mana ada masa nak melawat sedara-sedara ni" Ok itu contoh.

Saya percaya tak perlu kot saya terangkan lebih lanjut dengan contoh-contoh yang boleh bikin rasa pedas. Bukan apa, saya pasti semua kita dah pernah melalui perkara sedemikian. Saya bukan menulis untuk mengadili, tapi cuma untuk saling mengingatkan. Sebagai siapa kita dilahirkan ke dunia ini bukan pilihan kita. Lebih kepada ujian untuk kita.

"Kau rasa kau kaya? Mari lihat bagaimana kau gunakan kekayaan kau."

"Kau rasa kau bijak? Mari lihat untuk apa kau gunakan kebijaksanaan kau."

"Kau rasa kau cantik atau kacak? Mari lihat bagaimana kau guna kelebihan fizikal kau."
Lebih kurang begitulah.

Mak saya pernah cakap pada saya masa saya kecik-kecik dulu, kena jaga hubungan saudara-mara ni, sebab bila kita kahwin, diorang ni jugaklah yang akan menumpang gembira, datang meramaikan majlis. Bila kita meninggal dunia, harap-harap mereka jugalah yang berbondong-bondong datang membaca Yaasin dan mendoakan kesejahteraan kita di sana. Nak tulis jugak macam mana mak saya cakap dalam bahasa Rawa (Rao), "Kao kono pandei bersodagho. Kawin ke mati kilen (kilen=uolss la ni) sodagho kao jugak yang datang."

Pendek cerita, jaga saudara ketika susah dan senang. Kita takkan tahu bila masa kita akan memerlukan mereka.

Oh cerita di sebalik bagaimana saya belajar pepatah ni begini, kawan saya ada sedara di satu tempat. Dia cuma melawat time Hari Raya ja. Bila dia bagitau dekat mak dia pasal sikapnya, mak dia pun ajaq kat dia pasai pepatah ni. "Hang ni...anak penakan lauk ayam betui noooo!!"kata ibunya sambil goyang-goyang gelang kat tangan. Ok yang terakhir saya exaggerate.

Ok enjoy, lagu Iris. Suara serak-serak basah agak seksi. Apa? Walaupun saya lelaki, jangan risau saya tidak berhayun ke arah itu.