Thursday, May 26, 2011

Kemelut.

Bila baca balik entri yang lepas, rasa mahu ditampor aje diri ini dengan entri separuh masak, rebus tak lembut, goreng tak garing tu. Tapi setelah teringat sakitnya kena tampor, terus tak jadi, sebaliknya mengusapi pipi dengan pencuci muka jenama sekian sekian.

Apakah halnya (Apekeheinye) tajuk macam cerita cinta yang macam ada kaitan dengan cerita cinta 3 segi, hero berupa seperti Awie, naik motor besor ke hulu ke hilir bawak anak dara orang last-last clash? Tu jauh betul tanda soal dari kata soal tu. Saya sebenarnya teringinlah berbicara tentang kemelut di dalam diri ini dan juga mungkin diri-diri yang lain.

Apakah kemelutnya? Saya menulis tentang sifat sabar, mengapa perlu sabar, dalam banyak entri. Bukan dekat blog ni ja, malah blog saya yang pertama. Tapi sebenarnya hampir setiap masa saya bergelut untuk mengekalkan sifat sedemikian.
Saya seorang yang gelojoh dalam mengejar cita-cita. Tak kisahlah cita-cita dalam kerjaya ka, hidup ka, benda-benda lain ka (cececece malu nak sebut yang lain lettew).
TAPI kali ni saya nak menulis tentang kemelut yang saya hadapi dalam mengekalkan sifat yang sepatutnya dalam mengejar perkembangan kerjaya.
Mengapa perlu tulis? Sebab nak bagi diri saya sendiri beringat dan kalau orang lain belajar sesuatu dari apa yang saya tulis, tampar telapak tangan saya dengan riang gembira (high five!).

Saya masih muda dan mentah (ok orang lain mungkin akan kata, mentah mungkin, muda? Hmmmm haha) dan jika diletakkan diri saya di sebelah garis kerjaya saya, saya berada di tempat yang agak baik tapi sebenarnya saya tak berpuas hati sebab ada manusia yang jauh lebih BERUMUR berada di tempat yang lebih baik. Itulah kelemahan saya, saya tak nampak umur mereka, berapa tempoh lama yang diperlukan untuk mereka sampai ke sana. Saya cuma nampak, oooh mengapa aku belum berada di sana.

Kadang-kadang saya sedar, tapi bila saya terfikir kemahuan peribadi, sifat tidak sabar muncul kembali macam "Tadaaa! Saya sifat tidak sabar anda!" Lantas diri menjadi tidak selesa, gelisah tak semena-mena.

Apa yang saya buat bila sifat sedemikian menjelma? Kalau saya sedar situasi perasaan saya pada masa tersebut, saya cuba fikir apa yang saya kejar sebenarnya? Wang? Kemewahan? Kemudian saya fikir kelayakan saya. Dalam bidang saya, pengalaman tidak boleh dipaksa-paksa, dan kaedah cuba jaya juga tidak boleh diterima pakai. Segala penyelesaian harus berdasarkan informasi yang pasti bukan 'I think' I think'. Mesti 'I believe'! Syukur Alhamdulillah, apabilasaya berdepan perasaan sedemikian, kerap kali Allah akan bagi masalah baru pada saya. Masalah yang buat saya berkerut dahi, tertekan dalam keadaan yang terkawal, berpeluh-peluh ketiak, habis baju kerja basah dan buat saya terpaksa merendahkan ego dan bertanya pada mereka yang lebih tahu.
Terduduk saya dibuatnya. Nah, baru tahu kau tahu kau layak atau tidak untuk berada di tempat yang kau impikan. Kau rasa kau patut dapat tempat tu? Fikir semula.
Apa jadi kalau saya tak sedar? Mulalah buka Google, dan cari peluang kerjaya di tempat lain merentas benua tak kira negara. Hati gelisah dan lupa untuk berserah. Otak ligat memikir helah sekiranya dipanggil untuk temuduga. Bahaya, bahaya, saya bermain dengan nyawa manusia. Yang paling penting sekali, saya lupa bersyukur ketika ramai manusia seusia saya bergelut mencari kerja dan jika sudah bekerja bergelut untuk menyukai kerja mereka.

Moga-moga saya berupaya mengekalkan sifat waspada dan bersyukur dengan bagaimana kehidupan mengajar saya bagaimana mahu menjadi manusia yang berwibawa.

p/s: entri ni agak serius. Selalunya entri serius agak memenatkan bila habis baca, maka henyakkan diri anda di kerusi empuk dan nikmati video ini.

Sunday, May 22, 2011

Dah lama...

Hai kawan-kawan (macam rancangan Along pulak)! Alright, akhirnya, dapat sikit kekuatan untuk menulis. Al-maklumlah, semenjak bertukar fungsi jawatan ni, saya semakin penat. Balik rumah berpeluh-peluh. Masak pun ala carte ja, opps ala kadar saja. Ye la, dulu duduk dalam aircond, sekarang kerja kat kapal balik. Mencelah sebelah sana, merangkak sebelah sini, mencangkung sebelah sinun, meniarap sebelah sitok. Memang teringin nak menulis setiap kali dapat idea, tapi setiap kali tu lah balik rumah, terjelepok, mengarut kejap kat FB, mata dah mandom dan ulang semula rutinnya setiap hari. Tapi hari ni entah macam mana rasa ada extra energi sikit, maka ingin lah saya berkongsi nilai-nilai kehidupan yang saya pelajari.

Stress
Stress bagus dalam amaun yang tertentu. Malah sebenarnya kita boleh mengawal amaunnya. Dengan syarat kita kena sedar. Saya bercakap dari pengalaman sendiri dan kerusus-kerusus (kursus) yang saya pernah hadiri. Stress menyebabkan kita lebih tekun, lebih fokus, lebih bertekad. Tapi kita kena keep in mind, tidak ada benda yang sepatutnya worth the stress it causes. Macam mana saya nak bagi faham ye...hmmm contoh kejadian masa kerja tadi, saya dan rakan sekerja sedang mengganti salah satu kabel antenna salah satu helikopter, dan kerjanya agak rumit sebab kena masuk ruang-ruang sempit lepas tu kami sedang mengejar masa, sebab kapal nak pergi test flight dalam masa 2-3 jam sahaja lagi. Rakan sekerja saya mengomel, mengeluh, berkerut dahi, entah berapa kali perkataan bermula dengan huruf F tu dilontarkannya. F itu, F ini, F segala. Lantas saya cakap kat dia, "Relax, there's no use stressing over this, it's not worth it. We got this, keep our cool yea?" Terus dia senyap dan tampak lebih relaks sikit. Saya pun sembang lah, "Do you know there's a new cinema in Miri? I just watched Pirates of Carribbean last Friday" dan et cetera et cetera...Kerja kami siap lebih awal dan masing-masing ber-high-five-hi-five-an. Haha.

Moralnya, jadilah individu yang sentiasa waspada dengan stress dan belajar menukarkannya kepada pemangkin yang memudahkan kerja kita.

Cita-cita
Cita-cita sama ke dengan mimpi? Kalau sama, sebab apa dulu masa zaman sekolah cikgu tak tanya macam ni,"Anwar apa mimpi kamu?"..."Saya bermimpi nak jadi Robot Akop (robocop) cikgu"...Ok contoh tak konkrit. Faham-faham sendiri lah yek? Cita-cita menyebabkan stress. Stress ini seterusnya memandu kita untuk berusaha mencapai cita-cita. Bila berusaha kena sabar. Kalau kita rasa kita susah, ada orang lebih susah dari kita, dan ada orang yang lebih susah dari orang yang lebih susah dari kita dan seterusnya dan begitulah ceritanya.

Alamak saya sudah penatlah. Mintak maaf, harap dapatlah anda semua nikmati entri separuh masak ni. Gas sudah habis.

Saya akhiri dengan lagu karaoke kegemaran saya yang bisa memenangi pertandingan karaoke peringkat bilik setempat. Selamat Malam!

p/s: entri kali ni sangat bermutu, tapi bermutu rendah.