Tuesday, April 26, 2011

Vee.

V: [Evey pulls out her mace] I can assure you I mean you no harm.

Evey Hammond: Who are you?

V: Who? Who is but the form following the function of what and what I am is a man in a mask.

Evey Hammond: Well I can see that.

V: Of course you can. I'm not questioning your powers of observation I'm merely remarking upon the paradox of asking a masked man who he is.

Evey Hammond: Oh. Right.

V: But on this most auspicious of nights, permit me then, in lieu of the more commonplace sobriquet, to suggest the character of this dramatis persona.

V: VoilĂ ! In view, a humble vaudevillian veteran, cast vicariously as both victim and villain by the vicissitudes of Fate. This visage, no mere veneer of vanity, is a vestige of the vox populi, now vacant, vanished. However, this valorous visitation of a by-gone vexation, stands vivified and has vowed to vanquish these venal and virulent vermin van-guarding vice and vouchsafing the violently vicious and voracious violation of volition.
[carves V into poster on wall]

V: The only verdict is vengeance; a vendetta, held as a votive, not in vain, for the value and veracity of such shall one day vindicate the vigilant and the virtuous.
[giggles]
V: Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me V.

Evey Hammond: Are you like a crazy person?

V: I am quite sure they will say so. But to whom, might I ask, am I speaking with?

Evey Hammond: I'm Evey.

V: Evey? E-V. Of course you are.

Evey Hammond: What does that mean?

V: It means that I, like God, do not play with dice and I don't believe in coincidences.

Dialog di atas di petik dari filem V for Vendetta (D untuk Dendam~hahahahaha). Saya juga guna skrip ni untuk sesi ujibakat teater muzikal berbahasa Inggeris di KLPac. Dua-dua part saya lakonkan/suarakan (lelaki dan perempuan). Tapi sayang, tak dapat apa-apa watak sebab, kaki keras sikit (hello, ini audition untuk muzikal, bukan watak sebagai semak samun) time menari ala shuffle-shuffle, turn, kick, turn, kick, kick-kick-turn, untuk saringan kedua, itu je yang kacau. Al-maklumlah kaki orang bersukan, keras semacam, lepas tu lantai studio tu tak rata sebenarnya, muzik pun tak kena (eh lebih-lebih pulak alasan).

Oh tujuan entri kali ni sebab saya nak share video yang bagi saya hampir berjaya menghidupkan emosi ayat-ayat di atas. Masa saya ujibakat, tak banyak aksi, cuma intonasi suara, emphasis pada bahagian yang betul yang menghidupkan mesejnya. Selamat beremo-emo!

Nota khakis: watak V dilakonkan oleh Hugo Weaving, lelaki yang sama memegang watak Agent Smith dalam cerita The Matrix. Suara dia awesome, bunyi setiap perkataan yang dituturkannya juga cukup awesome, penyampaiannya tajam dan jelas. Dalam erti kata lain, awesome!


Monday, April 25, 2011

Stereotyping.

1: to make a stereotype from
2 a : to repeat without variation : make hackneyed b : to develop a mental stereotype about
ste·reo·typ·er noun

Examples of STEREOTYPE

  1. It's not fair to stereotype a whole group of people based on one person you don't like.

sumber: dari akak merriam webster

Kisah seorang kenalan yang dikenali sejak sekian lama. Jatuh cinta dengan jejaka kacak lagi segak. Untungnya si dia, perasaannya disedari si jejaka lantas masing-masing meluahkan apa yang terperam di dada.

Namun, dek pekerjaannya sebagai bunga penyeri angkasa lantas ditentang sehebat-hebatnya oleh insan yang diharapkan bakal menjadi mertua. Kasihan...kasihan...kasihan :( .

Bertahun-tahun mereka berusaha meyakinkan bahawa si gadis bukanlah seperti apa yang diwar-warkan oleh pandangan umum dari cerita-cerita durja yang memalit habis semua yang tidak berdosa. Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terkena sama. Tetapi si gadis tidaklah seperti kerbau (kehkehkeh), malah begitu jelita orangnya. Tak sangka kami pernah belajar bersama. Mungkin benar pekerjaannya membolehkan dia bersua dengan pelbagai rupa, budaya, bangsa dan agama, tetapi jati dirinya sebagai gadis melayu lagi muslim tidak pernah terpadam dari jiwa. Siapa yang tidak ingin menulusuri jalan yang benar insyaAllah membawa bahagia sementara menunggu jasad terpisah dengan nyawa? Berpimpin tangan dengan yang tercinta, harap ia membawa ke syurga?

Kasihan, kasihan, kasihan...

Bertahun berusaha tiada juga hasilnya. Habis segala persalinan sesopan yang mungkin dicari, dijalin. Habis segala adab diamal, dipraktis, dipamer tetapi apakan daya gagal segagalnya...

Sang jejaka begitu budiman orangnya, tiadalah sanggup melawan kehendak bonda. Si gadis,...jika benar dia jahat orangnya, sudah pastilah dihasut, dirayu akan si jejaka agar meneruskan ikrar mereka, persetan segala hukum-hakam agama, restu mereka yang membesarkannya...Hancur hati, berderai air mata, menggigil segala sendi, alam bagaikan turut menangis sekali, mendengarkan akhirnya tiadalah kesampaian episod sebuah cinta yang mengimpikan pengakhiran yang suci. Masing-masing membawa diri, dengan harapan agar ketemu jiwa yang bakal memaniskan segala duka sekiranya takdir tidak mahu menemukan mereka kembali.

Apakah moral yang cuba saya sampaikan di sini? Dah terang dah kot.

Usahlah terlalu mudah mengadili buku hanya berdasarkan rupa kulitnya. Saya tidak berada di tempat si ibu/bapa dalam kisah di atas, maka saya juga tiadalah hak sebenarnya untuk meletakkan ayat di bibir mereka. Saya percaya pasti ada rasionalnya cuma yang buat saya terluah apa yang saya rasa sebab saya sangat percaya si gadis ini baik orangnya dan sekiranya tidak baik di pandangan mata mereka, dia bersedia membaiki apa yang dirasa tidak sempurna.

Kita perlu berhenti mengadili. Perlu berhenti melabel individu dengan negativiti berdasarkan nilai-nilai yang umum. Kenali, baru kita tahu menghargai.
Tak perlu lah kot saya bagi contoh, sebab semua ada di keliling kita.
Saya pun nak berhenti dari berkata sebegini rupa, ternganga-nganga, akhirnya takashima, maaf, terkesima.







Wednesday, April 20, 2011

Kita dan impian.

Agak klise tajuk entri kali ini. Klise dengan apa? Klise dengan sikap orang emo? :P . Klise dengan sesuatu. Tapi saya nak tulis jugak.

Saya baru habis baca sebuah buku garapan seorang penulis antarabangsa dalam bahasa mat salleh. Tak bukan buku rujukan pembelajaran, tapi novel. Novel, biasalah, ada intro, ada kemuncak, ada waktu mendatar, ada menurun, ada terkejut, ada cinta, ada saspen, ada bosan, macam-macam ada! (tengok ekspresi pun klise, klise sungguh!)

Apekebenda saya nak karutkan
ni? Salah satu cerita mini dalam novel tersebut yang mengakui sedikit sebanyak impian dan fitrah manusia ni sebenarnya.

Cerita dalam cerita? Impian dalam impian? Macam cerita Insepsi opps Inception (habis semua nak di-Melayukan). Mari kita ke cerita mini tersebut. TAPI. Ada unsur-unsur yang kurang sesuai dengan golongan bawah umur, takpelah saya cuba olah dalam bahasa yang mudah, bagai bunga dengan lebah.


Begini ceritanya...Alkisah...tayyib...sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke bawah duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun..

Ceritanya berkenaan seorang wanita Andalusia yang menjadikan keserakahan nafsu lelaki sebagai sumber rezeki. Wanita digambarkan berperwatakan sangat menarik, dengan kulit gangsa, sempurna tanpa cacat cela, bebas dari sebarang tanda, berambut ikal, bibir menguntum bak delima, mata melirik manja tiap kali menyusun kata, memang hebat persis sungguh dengan watak penggoda yang sempurna. Namun, di suatu malam, ketika dirinya leka berpura-pura melayan seorang lagi pelanggan, terlintas di benaknya, bila dia akan berhenti. Dia sedar betapa dia mendamba kasih seorang lelaki sebagai suami, melahirkan zuriatnya sendiri, berkeluarga, berleter sebagaimana normanya menjadi seorang ibunda yang tidak mahu insan yang dikasihinya alpa. Sayang, di kala dia bermimpi itulah, wataknya dimatikan oleh penulis mat salleh tersebut, ditembak oleh seorang pembunuh upahan. Maka tamatlah sudah wataknya yang bagai puing-puing di tepi jalan menuju ke idea sebenar yang cuba dikongsi si penulis.

Ok sudah sudah saya perlu keluar dari mood berkata-kata sedemikian rupa...
di bawah bulan purnama kita bercengkerama... -.-.

Apa yang saya cuba ekstrak sebenarnyew ni? (LOL nak keluar dari mood bermadah bak pujangga haprak merayu-rayu di bawah pohon kelapa)

Watak perempuan tu dari segi pandangan masyarakat, diukur dengan hukum-hakam agama, diletak bersebelahan nilai-nilai moral yang sepunya amatlah jijik, hina dan macam dah takda harapan dah nak cium bau syurga. Tapi kita lupa, dia manusia, kita pun manusia.

Ustazah saya pernah cakap, fitrah manusia ni amatlah suci. Fitrah, the basics. Kita dilahirkan suci. Maka saya percaya, fitrahlah bila kita tertarik, kepingin dengan, impikan benda yang baik. Tapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Di dalam kisah yang saya kongsi tersebut, tidak disebut bagaimana wanita tersebut rasa dengan pekerjaannya, apa yang diceritakan wanita tersebut sedang mengumpul uwang dan dia sememangnya mahu berhenti dan mengejar mimpinya yang suci. Mimpinya suci, caranya tak kena. Caranya tak kena bagi mereka yang dilahirkan ke dunia terus dikelilingi nilai-nilai yang tertentu sebagai panduan. Saya Islam, bagi saya caranya salah. Bagi mereka yang tidak beragama, tidak kenampakan lah apa yang salahnya, duit tetap duit. Takdir saya dilahirkan sebagai saya. Takdir mereka jugalah sekian sekian ceritanya.

disclaimer: Saya bukan ahli agama, malah banyak lagi ilmu yang saya perlu belajar. Bukan ustaz, bukan penceramah. Cuma orang yang dikurniakan idea.

Kita boleh bermimpi dan bekerja untuk mengejar impian kita tapi usahakan lah agar ia tidak bercanggah dengan nilai-nilai yang kita fahami dari agama kita (jika ayat ini relevan dengan kepercayaan anda).

Secara peribadi saya percaya binatang pun punya impian (anda boleh kata saya tengok ciite katun banyak sangat). Tengok kucing yang duduk atas tembok termenung tu, apa la gamaknya yang bermain di fikiran. Mungkin? "Semalam aku tengok iklan Friskies, ada 'kejutan' di dalam setiap butir biskut tu...eee bila la aku nak merasa. Harap-harap tuan aku beli makanan tu untuk aku suatu hari nanti...". Haha! Saya bukan ejen Friskies mahupun ejen apa juga makanan binatang, saya cuma mudahkan gambaran apa yang saya rasa atau teka. Kalau ikut pandangan saya, sedangkan binatang pun bermimpi apatah lagi manusia yang berakal, bisa berkata-kata, (walau sebagaimana kejinya status mereka di mata dunia) pastilah bisa memilih, merancang elok-elok apa yang mahu dimimpi atau diimpikan. (Betul ke salah ni BM saya ni?) edit: perkataan-perkataan berwarna rasanya baru tersampai maksud yang saya nak sampaikan.

Ok, ok, saya dah taip banyak sangat ni. Apa yang saya cuba katakan ialah teruskan bermimpi dan berusaha untuk memenuhi apa yang kita impikan, tapi cubalah berpaut pada titian yang benar. Selalunya dia susah sikit tapi membawa berkat dan rahmat insyaAllah. Satu lagi, kesusahan ketika berusaha bukan sekadar membawa kepuasan malah membina personaliti yang lebih matang dan awesome.


Penutup entri ni agak menghampakan.


Nota: Versi Abba lagi bestlah dari versi Westlife. To each their own I guess.




Monday, April 18, 2011

Ralat!

Dalam entri "Adaptasi" sebelum ini, saya menulis Thomas Alva Edison sebagai pereka telefon. SALAH! Dia hanya membuat penambahbaikan. Itulah apabila penulisan dibuat dalam keadaan separuh sedar dan berdasarkan memori semata-mata. Alexander Graham Bell yang mereka telefon, manakala Thomas Alva Edison mereka fonograf (phonograph)/macam pemain piring hitam. Peranti yang boleh merakam dan menghasilkan bunyi. Harap maklum!

p/s: Google di hujung jari.

Tuesday, April 12, 2011

Terganggu.

Petang tadi, saya dikejutkan dengan berita helikopter terhempas di Sibu. Saya benci sangat berita berita sebegini. Isteri kepada rakan sekerja saya yang bekerja di Sibu memberitahu suaminya menerusi telefon. Dia salah seorang saksi kejadian. Suaminya tagged pula saya di salah satu gambar yang dirakam isterinya di FB...

Apa yang terjadi sebenarnya? Saya tak nak buat spekulasi, biar Jabatan Penerbangan Malaysia yang buat siasatan. Tapi yang saya berani kongsi ialah, helikopter tu pada waktu tu baru nak take-off selepas menurunkan penumpang dan muatan. Helikopter adalah mesin yang sangat-sangat versatil. TAPI, sangat-sangat sensitif pada persekitarannya. Dia jauh berbeza dari kapal terbang biasa. Sekiranya berlaku perubahan arah angin yang mendadak, helikopter amat cenderung untuk menjadi tidak setabil.Pada ketinggian yang rendah, sangat sedikit masa untuk pengendali helikopter mengawal semula sebelum ia menyentuh tanah.

Kipas helikopter yang besar tu (rotor blade), apabila berpusing, merupakan komponen utama yang menyumbangkan daya angkat (lift) untuk helikopter, dan juga merupakan komponen utama yang dikawal apabila perubahan pada pergerakan helikopter diperlukan. Tapi, apabila main rotorblade ini berputar, ia cenderung untuk memutarkan sekali badan helikopter (inertia), untuk mengatasi daya ini, kipas pada ekor helikopter, tail rotorblade akan melawan daya ini dengan menghasilkan daya tolakan yang sama magnitud tapi berlawanan arah dengan kecenderungan untuk memusingkan badan helikopter. Bahagian ekor ini jugalah bahagian yang paling sensitif terhadap gangguan. Menurut beberapa orang, ketika helikopter tadi nak take-off, berlaku power loss (kehilangan kuasa pada main rotorblade), tapi ini sepatutnya tidak cukup untuk membuat heli tersebut terbalik ke satu bahagian. Jadi, ada pihak yang mengatakan kemungkinan angin kuat menyumbang kepada tragedi ini. INGAT, jangan buat spekulasi. Ada banyak kemungkinan. Faktor alam, faktor mesin dan faktor manusia. Dalam keadaan terkejut, kadang-kadang refleks kita mungkin mengganggu judgement kita. Saya pernah ketika memandu apabila tiba di selekoh tiba-tiba berhadapan dengan motorsikal yang menggunakan laluan salah, disebabkan terkejut, saya tertekan pedal minyak dengan lebih kuat dan bukan brek, nasib baik kawalan stereng saya tak terpengaruh dan saya berjaya mengelak, kalau tak wallahualam. Contoh lain, syarikat Airbus, lebih mempercayai mesin berbanding manusia, jadi mereka cuba mencipta kapal terbang yang memerlukan interaksi manusia yang minimal. Berbeza dengan Boeing, yang lebih percaya kepada manusia. Ini falsafah design diorang. Saya cuma kongsi.

Ok enough theory.

Apa yang buat saya terganggu sebenarnya, sebab juruterbang tu saya kenal. Dia pernah bekerja di kompeni saya beberapa bulan yang lepas. Arwah seorang yang sangat merendah diri.

Di dalam aviation, di mana gajinya tinggi, ke situlah orang akan pergi, baik juruterbang mahupun jurutera.

Saya benci sangat bila orang yang saya kenal pergi dengan sedemikian rupa. Ya, sudah disahkan Kapten Sahaimi Ghazali sudah kembali ke rahmatullah 8.30 malam hari Isnin, 11 April 2011. Al-Fatihah untuk arwah.

Ini merupakan kali pertama perkara ni berlaku pada saya. Saya belum cukup kuat sebenarnya. Saya sangat muda dalam industri ni. Saya akui saya ada terasa sedikit trauma. Sampai sekarang. Ya Allah, saya harap sangat ini yang pertama dan yang terakhir.

Sebelum berita pemergian disahkan saya bersembang dengan boss saya sewaktu bekerja tadi,

"I hope I don't die in an aircraft crash", kata saya

Boss menjawab, "When you enter an aircraft, you don't think about that. You got no choice. What else can you do?"

Terus terdiam. Benarlah, aircraft bukan kereta. Rosak boleh berhenti tepi jalan. Nasib baik, crash landing. Nasib tak baik, wallahualam.

Sebagai salah seorang tenaga kerja yang diberi kepercayaan untuk memastikan kapal terbang/helikopter berada dalam keadaan yang baik, airworthy, apa yang saya boleh buat ialah memastikan kerja saya adalah yang sehabis baik. Itu ikrar saya. Saya tak nak, astaghfirullah, ada anak menanti bapak yang tak pulang, isteri yang menangis-nangis merindui yang disayang.

Memang benar, setiap yang hidup pasti akan mati, tapi sekiranya masa saya tiba, biarlah ia datang apabila orang yang saya sayangi bersedia baik dari segi emosional mahupun material.

Saya hanya mampu mendoakan agar arwah berada di kalangan golongan yang dikasihi-Nya. Untuk keluarga arwah, kuatkan hati, tabahkan jiwa. Amin.


Saturday, April 9, 2011

Entri emo. Eeee.

Sebelum saya mula, izinkan saya gelak kecil dahulu. *gelak kecil hik hik hik, sambil cuba bundarkan mata*

Saya sebenarnya dah agak, ada sesetengah orang yang akan anggap saya ni jenis manusia emo. Tak saya bukan emo, saya cuma mudah membenarkan aturan perkataan, karya oleh manusia memberikan saya peluang untuk menikmati perasaan yang cuba dikongsi oleh penulis-penulis, pemuzik-pemuzik artikel/lirik yang saya baca. Kalau mood artikel marah, maka saya juga akan rasa marah dan takut kena marah, kalau sedih, terikutlah sekali perasaannya, kalau penuh semangat dan bercita-cita, saya pun turut sama. Begitulah ceghitenye. Emo ke macam tu? Kalau anda rasa emo, maka emo lah jadinya. Personally, yang saya faham, emo ni lebih kurang tambah tolak macam, Romance Kimia Ku, My Chemical Romance. Ketrampilannya 'dark', suicidal, huruf EFFF terhadap makhluk sekeliling dan yang sekeluarga dengannya.

Kalau tak emo, habis tu apa dia? Saya suka terma sensitif. Dalam bahasa urban, Lelaki Sensitif Alaf Baru. LSAB (macam skim pelaburan amanah saham pulak), Sensitive New Age Guy. SNAG.

Bukan lelaki lembut! Auww mintak simpang nyah!

Saya suka cuba describe apa yang saya rasa ke dalam bentuk yang saya rasa boleh buat orang lain nampak apa yang saya nampak atau rasa. Salah satu entri saya sebelum ini ada describe berkenaan 'kuisan-kuisan pada tali gitar yang seolah-olah mengiringi pari-pari berlari di atas air berpakaian seperti penari ballet'. Feminin ke? Emo? So? Saya rasa indah, maka saya kongsi. Saya akuilah, masa kecik-kecik, selain makanan, video-video kartun disney antara sarapan saya setiap hujung minggu. Faveret? Heroin Disney paling cun pada pandangan saya? Sleeping Beauty! Cinta kanak-kanak pertama.

Satu contoh, dalam salah satu perjumpaan dengan saudara-mara saya, saya describe pada diorang yang perut saya rasa kenyang macam....dalam satu beg, anda letak batu, lepas tu letak pasir, lepas tu letak simen, lepas tu letak air, sendat nak mamfus! Seronok lah kalau anda dapat describe apa yang anda rasa ke dalam suatu bentuk yang lain.

Apa lagi contoh ek?

Oh saya suka berlari. Pernah terlintas di dalam salah satu artikel yang saya baca, berlari ni sukan yang memerlukan passion. Yelah macam mana seorang manusia ni boleh paksa/dera diri dia berlari je tanpa henti tanpa passion (cinta terhadap berlari-sukar nak cari perkataan yang sesuai)? Bila dah sampai hujung hujung, saki baki tenaga yang tinggal, terasa pergelutan di antara semangat dengan kemampuan fizikal saya. Otak saya terasa kosong, tak mampu fikir. Bila dah sampai momen sedemikian, saya cuma boleh fikir ni je 'Keep Going and going and going and going and going and going....'. Tangan dah tak mampu nak hayun (dalam teknik larian yang betul, hayunan tangan sangat minimal), saya biar dia terlunjur ke bawah. Kaki je yang hayun. Setiap hayunan tu mengerah segala keringat, betul-betul terasa-rasa badan ni mencari-cari di segenap seluruh tubuh mana lagi nak dapat sumber tenaga. Pandangan saya masa tu, memang blank. Saya pandang menerusi orang. Kalau zombie tengok pun, dia akan cakap, "Mamat ni takde perasaan ni. Seramnye....".

Bila saya berhenti, ya Allah, sangat-sangat terasa hidupnya diri saya. I feel alive! Terasa seperti saya mampu melakukan apa sahaja. Penat memang penat, tapi kepuasannya memang takde perkataan yang sesuai yang dapat saya utarakan sekarang. Selatankan pun takda.

Ehh alamak, waktu lunch nak habis. Nanti kita beremo-emo lagi. >_>

Enjoy, cinta kanak-kanak pertama saya. LOL!

Tuesday, April 5, 2011

Adaptasi

Terlelap awal sangat. Terbangun lepas tu ter-on lappy, lepas tu terlelap balik, lepas tu terjaga balik, terus decide nak buat entri baru.

Masa saya darjah 6, cikgu Alam dan Manusia saya pernah cakap, salah satu kelebihan manusia yang paling penting ialah adaptasi, kebolehsuaian. Ada sesetengah orang mungkin ragu-ragu, tapi salah satu kekuatan saya, ialah memori. Saya benci menghafal, benci sangat-sangat, tapi kalau ada konsep tentang sesuatu perkara yang saya dapat tangkap, insyaAllah saya boleh ingat untuk jangka masa yang panjang, teori, kata-kata hikmah dan yang seadik-beradik dengannya. Dia bagi contoh, seorang ahli angkat berat amatur yang mula-mula akan angkat beban yang tak berapa berat, lepas tu hari demi hari dia akan tambah berat beban tu. Jadi beban yang sebagai contoh mungkin 50 kilo akan naik lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampailah ke batasan yang dia sanggup harungi. Batasan muktamad tak ada sesiapa boleh putuskan dengan muktamad.

Apa yang terjadi sebenarnya dalam proses adaptasi ni?

Dalam bahasa senang, contoh bila kita bersenam, kita sebenarnya meregang dan mengendurkan otot-otot kita. Sampai satu tahap, otot-otot ni akan tercedera, bila tercedera (ni bukan injured macam terkoyak otot paha lepas tu tersadai atas katil 2-3 bulan untuk pemulihan ye), respon automatis badan kita dia akan cuba repair. Bila repair, badan akan assess kerosakan dan buat pembaikkan yang patut. Lalu terhasillah badan yang lebih kuat dan cergas dan juga pepatah orang putih, "What doesn't kill you makes you stronger".

"Ohhh, ada gap di antara otot ni dengan otot di sebelah, hah repair, repair cepat, tampung!"

Haha contoh agak sucks. Tapi antara tips untuk mendapatkan badan yang toned, langsing, ialah, selepas bersenam buat senaman regangan, kalau boleh cium lutut masa kaki straight memang terbaik. Boleh rasa keregangan otot betis, dan otot paha. Masa tu otot-otot tersebut fleksibel dan mudah 'dicederakan'. Selain tu, amalkan pilates selepas senaman berat, baik untuk tulang belakang sebab dia bina kekuatan core (area perut) untuk turut sama menampung berat badan dan juga membentuk tubuh badan langsing. Video kat youtube banyak bab-bab pilates ni, pandai-pandailah pilih yang sesuai dan paling informatif. OH pilates nampak mudah, tapi cuba dulu :) .

Selain tu, kebolehsuaian manusia ni di-demo-kan lagi menerusi perkara yang berkaitan perasaan. Pengalaman saya tinggal di asrama di Kedah. Masa mula-mula masuk Form 1, awal-awal memang seronok sebab dapat lari kejap dari mak saya yang suka berleter-leter sayang. Ramai kawan-kawan yang saya jumpa pun macam tu. Tapi lepas seminggu, ramai yang start buat perangai. Demam lah, pura-pura meracau lah (serius!), keluar dari shower room mata merah-merah, bengkak-bengkak, rupa-rupanya menangis bawah pancuran air supaya ke-macho-an tu tak terjejas. Mana boleh beb, awek cun-cun. Kacau aa gua punya imej kalau menangis open-open. Saya seminggu ok lagi. Sebab dah terbiasa pergi kursus-kursus zaman sekolah rendah. Tapi masuk sebulan, udahlah katil saya tepi tingkap dekat dengan tempat parents jemput anak-anak diorang, tangkap dalam beb! Genggam bantal tu macam boleh terkoyak sarung dia tengok diorang balik, asrama pun sunyi je boleh bikin jiwa kacau. Bila cakap dengan mak pun macam menggigil-gigil rindu. Menangis la kejap, tapi lepas tu lama-kelamaan ok. Malah makin kuat hati ni sebab dah terbiasa hadapi banyak perkara seorang diri.

Antara perkara-perkara lain yang boleh dikaitkan dengan kebolehsuaian manusia ni ialah akal.

Thomas Alva Edison pernah cakap "Genius is 1% inspiration, 99% perspiration. Siapa dia ni? Anda boleh google, tapi saya bagi info ringkas. Seorang manusia yang pernah jadi bengap, seorang manusia yang pekak tapi bertanggungjawab dalam mencipta mentol lampu. Itu satu, dia juga pencipta teknologi telefon. Ibunya salah seorang individu yang berperanan besar dalam membentuk jati diri Thomas Alva Edison ni. Dia juga antara penemu banyak konsep-konsep manufacturing. Ayat pendek, manusia yang percaya genius adalah hasil usaha yang sangat-sangat keras.

Orait, mengantuk saya dah datang balik. Sebelum saya tidur, saya tinggalkan anda dengan kata-kata hikmah ni. Mari kita renungkan sambil kembali ke alam mimpi.

Pain is temporary. It may last a minute, or an hour, or a day, or a year, but eventually it will subside and something else will take its place. If I quit, however, it lasts forever.
Lance Armstrong

Video ni salah satu contoh adaptasi manusia. Nak capai kelajuan pukulan tu sangat susah. Latihan dia membosankan, saya dah try tapi disebabkan kerjaya dan komitmen pada perkara-perkara lain saya tak dapat la nak follow. Dengan teknik yang betul, anda hanya guna jari-jemari je untuk pergerakan selaju tu. Ok, ok sudah, sudah main point is, kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih.