Saturday, March 26, 2011

L.A.M.E. part 2

Haha sebenarnya saya agak menyampah buat episod-episod ni. Tapi kadang-kadang karutan melebih-lebih, maka terpanjang lah entri yang sepatutnya pendek. Satu lagi, saya agak keliru sebenarnya nak menerangkan berkenaan sistem perlesenan jurutera sekarang, sebab bulan 6 (Jun 2011) nanti, sistem kita akan berubah secara besar-besaran. Sebelum ni, kita ikut sistem British yang lama, tapi sekarang diorang dah lama dilaraskan dengan sistem di Eropah, jadi sekarang kita akan cuba untuk selaraskan pulak dengan sistem Eropah. Kalau guna nama khas, dari British Civil Aviation Requirements kepada European Aviation Safety Agency punya sistem. Kita guna acuan sendiri, tapi contents sama.

Di mana kita ya? Oh bagaimana mahu menjadi L.A.M.E? Ada cara mudah, ada cara susah. Setiap jalan yang bakal dibentangkan, ada kelebihan, ada kekurangan. Tapi sebelum kita pergi lebih jauh, ada beberapa perkara saya kena tekankan.

1) L.A.M.E. BUKAN degree engineer. Tapi, if you got the license, you boleh sambung masters terus dalam related field. Most universities yang iktiraf lesen ni di UK. Di Malaysia saya kurang pasti. Perkara ni berubah-rubah, bergantung kepada perundangan penerbangan kita dan juga antarabangsa.

2) Ada dua cabang lesen. Satu yang lebih menjurus ke arah mekanikal yang buat masa sekarang dipanggil 'A and C (Airframe and Powerplant)' dan satu lagi dipanggil avionics yang lebih menjurus ke arah sistem elektrikal, eletronik dan cabang ni dikhususkan lagi kepada Electrical (E), Instrument (I), Autopilot, dan Radio (R). Saya dalam cabang yang kedua.

3) Kena sabar dan usaha. Sabar, sabar, sabar dan sabar.

4) Kebanyakan jalan yang bakal diutarakan memerlukan kelayakan minima untuk ditemuduga: SPM, BI, Math and Physics must be strong.

Method 1
Join Malaysian Airlines punya apprenticeship program.
On paper, this is the easiest way, tak payah keluar duit sendiri. Diorang dah buat benda ni dah lama dah. Acuan dah siap, keluar masuk engineernya.
So watch out for their ad in the newspapers. Sesiapa yang ada saudara mara yang bekerja dengan MAS, you guys got the upperhand. Sebab sepatutnya lebih awal tahu mengenai pengambilan (antara sebab-sebab lain).
Programnya 5 tahun, sepanjang program, sesi kelas yang diselang-seli dengan praktikal (hands-on). Anda akan dihantar sama ada ke Subang atau ke KLIA untuk sesi praktikal. Dapat elaun bulanan. Amaun saya tak pasti. Anda juga turut menikmati faedah sebagai staf MAS.
Biasanya, pada tahun terakhir sebagai apprenticeship, anda akan dihantar untuk kelas pengkhususan kepada jenis-jenis kapal terbang yang dimiliki oleh Malaysia Airlines. Anda akan diikat dengan bond. Biasalah, kursus ini yang akan menambah nilai gaji seorang L.A.M.E. Tak ikat nanti, dapat course terus cabut. Ramai dah cabut pergi middle-east. Siap ada perkampungan Malaysia lagi kat sana.

Method 2
Join UniKL MIAT.
Durasi, 3.5 tahun. Lepas SPM sudah boleh apply. Praktikal, 6 bulan terakhir di penghujung pengajian.
Yuran, boleh apply MARA.
Lokasi praktikal? Merata-rata. Akan dibantu oleh pihak pengurusan universiti.
Anda akan dapat diploma dalam Aircraft Maintenance dengan pengkhususan tertentu dan anda juga akan layak untuk menduduki peperiksaan untuk memperoleh lesen. Konsep studi macam dekat universiti. Maknanya jadualnya agak free. >_>

MIAT click sini!

Method 3
Join Aero-Precision Resources Training Centre. APR. Saya datang dari sini. Private college. Durasi: 3 tahun. Kelayakan minima: Diploma atau Ijazah dalam bidang berkaitan.
Yuran: Sendiri, dulu boleh apply MARA, tapi sekarang saya tak pasti.
Praktikal merata-rata jugak. Pattern pengajian macam Malaysia Airlines (3 bulan kelas, 3 bulan praktikal selama 3 tahun lebih kurang), kelas 5 hari seminggu, 9-5 petang. Hasil sudah terbukti. Ewah promote lebih. Tak saya tak dapat apa-apa share, saya suka tolong kolej ni sebab MD dia antara father figure yang banyak memberi semangat pada saya untuk kejar cita-cita saya. Juga seorang LAME.
Perlu tunggu pengiklanan untuk pengambilan di akhbar-akhbar utama. Ohhh berita dari rakan saya, hari Sabtu 2 April 2011, ada assessment untuk intake baru. Ohhh tidak, tidak boleh walk in, tapi boleh try submit permohonan jika masih berminat.

APR click sini!


OK, saya bagi 3 sahaja. Ada beberapa kolej lagi, tapi setakat ni yang saya dah jumpa hasilnya dan agak meyakinkan adalah dari 3 kolej disebut di atas. Juga, menjelang perubahan besar-besaran yang saya sebutkan di awal entri, 3 kolej ni berada dalam posisi yang terbaik, baik dari segi persediaan modul/silibus pembelajaran mahupun pengiktirafan dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (ini yang paling penting! sangat penting! sangat sangat penting!).

Modul-modul pengajian? Hmmmm nak terangkan jugak ke? Banyak, lebih kurang 13-14 modul bagi cabang lesen yang utama (faham ke ayat ni?) merangkumi aspek teknikal (of course), human faktor, legislasi aviasi (haha mengada-ngada) perundangan penerbangan lah.

Ingat, apa yang saya kongsi di sini adalah sangat-sangat dinamik. Ianya akan berubah-rubah dan selalunya dipengaruhi oleh perkembangan perundangan antarabangsa dan juga negara kita. Kalau berminat, cari yang diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. Hey saya agak mengantuk dengan karangan saya sendiri. Tapi kalau berminat (tengok ayat tak kreatif dah berulang-ulang) bolehlah bertanya di alamat sesawang yang diberikan di atas. Tak tanya tak tahu. Nak tanya saya pun boleh. Saya cuba jawab.

Industri ni (selenggaraan pesawat) sangat sangat memerlukan kuasa manusia (manpower). Baik di Malaysia, mahupun di seberang laut serata dunia.
Okay, perut lapar, kalau ada maklumat yang saya rasa perlu tambah, saya akan buat entri baru.

Hari ni saya nak kongsi video ni sebab bunyi petikan guitar dia buat saya terbayang pari-pari pakai baju ballet (tutu) sambil berlari-lari atas air ikut irama gitar tersebut. Ahhhhhh serius saya dihantui oleh setiap kuisan pada tali gitar tu....ok ok pay attention.






Tuesday, March 22, 2011

Ka la oke.

*Bukak kekuda, tangan kanan atas paha kanan, tangan kiri lunjur ke depan* Saya challenge anda berkaraoke lagu ni di waktu senggang. Haha.

Sunday, March 20, 2011

L.A.M.E. part 1

Saya baru balik dari Hari Kerjaya yang diadakan di Pustaka Miri. Apa yang saya alami, perhati membuatkan saya teringin nak berkongsi. Ramai sangat yang tak tahu tentang situasi dunia penerbangan di Malaysia ni terutamalah kalau tak ada ahli keluarga mereka yang terlibat dalam industri ni. Saya pun tak ada, tapi saya bersyukur sebab beberapa peristiwa yang terjadi di zaman persekolahan menyebabkan saya teringin nak berlari ke langit. Tak nak jejak ke bumi. Lalu di sini saya berdiri.

Ok cukup, kita tinggalkan peristiwa tersebut di situ.

Selalunya kalau kita tengok kapal terbang yang gah di angkasa, kita akan terbayang juruterbang-juruterbang yang segak, pramugari-pramugari yang menawan, dan keajaiban teknologi dalam dunia penerbangan.

Kita jarang terfikir tentang mereka yang beraksi di belakang tabir.

L.A.M.E. akronim untuk Licensed Aircraft Maintenance Engineer. Jurutera Penyenggaraan Kapal Terbang Berlesen. Lebih kurang la.

Soalan yang kerapkali diajukan waktu ekspo tadi, "Diorang buat apa ek?"

Senangkan cerita, tiap kali juruterbang turun dari pesawat, kepada LAME inilah tempat mereka mengadu. "Yob, terbang tadi kan, warning dari sistem ni asyik keluar lah, ape ke he nye?" . LAME,"Nanti teman tengokkan".

Aduan tak dibuat dalam percakapan semata-mata, tapi untuk formaliti ditulis dalam buku log kapal terbang, aircraft technical logbook. Industri ni adalah industri yang sangat mementingkan setiap rekod aktiviti senggaraan yang dijalankan ke atas sesebuah pesawat. Mengikut perundangan, setiap rekod perlu disimpan sehingga 2 tahun selepas kapal terbang tidak lagi terbang ataupun out of service. Jadi arkib untuk setiap pesawat memang besarrrrrrrrr. Dari lah waktu ia dilahirkan sehinggalah waktu habis madunya.

So, lepas dapat report dari juruterbang tadi, LAME buat apa? Buat lawak. Tak, LAME ni akan cuba membaikpulih kerosakan, kemengadaan yang telah diadukan. Selagi kerosakan tu tak diatasi, selagi tu LAME tidak akan membenarkan pesawat tadi beroperasi. Kalau LAME kata 'No Go', maksudnya 'No Go'. Apahal kerek semacam? Well, LAME yang akan sign off pesawat tu A OK, tanggungjawab yang dihenyakkan ke atas bahu sangat-sangat besar. Pesawat tu nanti nak bawak anak orang, bapak orang, mak orang, tunang orang, isteri orang, suami orang, pendek kata nyawa yang sangat tidak ternilai harganya. Bila LAME dah puas hati, dia akan catat pula tindakan yang telah diambilnya untuk mengatasi kerosakan tersebut di dalam buku log yang di sebut awal tadi.

Contoh:

Defect
During flight, system A warning intermittently popped

Action Taken
Test on system A carried out. Found sensor at location X malfunctioned, sensor replaced. Test carried out found satisfactory. Nil warning observed.

Kemudian LAME akan sign off. Setiap tandatangan yang diturunkan mewakili pernyataan ini, pernyataan yang perlu dihayati dan dihafal oleh setiap LAME kerana ia merupakan petikan ayat perundangan.

The work recorded has been carried out in accordance with the Malaysian Civil Aviation Regulation 1996 for the time being in force, and in that respect, the aircraft/equipment is considered fit for release to service.

Sekiranya terjadi sebarang insiden atau kemalangan pada kapal tersebut, tandatangan terakhir yang membenarkan pesawat untuk terbang akan menjadi orang pertama yang dicari untuk siasatan.

Jadi, saya pendekkan cerita sekali lagi (nak masak dinner! tapi nak taip jugak sebab tengok betapa terpinga-pinganya bebudak sekolah tadi buat saya teruskan jugak), LAME ni kumpulan professional yang sangat-sangat terlatih yang membaiki sebarang kerosakan pada kapal terbang. Merekalah yang kata, ok this aircraft is good to go. InsyaAllah, saya akan cuba terangkan dengan lebih lanjut tentang LAME di entri akan datang, termasuk jalan-jalan yang ada di Malaysia dan luar negara dan juga potensi sebenar kerjaya ni.



Lagu ni lebih kepada juruterbang sebenarnya, tapi LAME dilatih untuk memahami segala sistem yang beroperasi di dalam sesebuah pesawat, sooooo ;) we know the system, we just need more practical.

Thursday, March 17, 2011

Ingin menarik perhatian!

Ingin menarik perhatian kepada entri yang telah digubal seperti yang dijanjikan! Nikmatilah!

Skrol ke bawah sikit je.

Tuesday, March 15, 2011

Satu Malam Bersama Abang Michael Buble (Revisited and revamped)



Alrighty! Sekarang nak kongsi secara terperinci (kot) peristiwa yang berlaku! Girang girang!

Khamis, 10 Mac 2011- Penerbangan pulang. Hati melompat riang. Michael Bublé nak pulang ke gagang.

Jumaat, 11 Mac 2011- Pelan awal nak berlari di waktu pagi bagaikan zombie tidak menjadi. Perlu melawat Putrajaya untuk urusan kerja dan menggembirakan hati boss sendiri dan juga kompani.

Malam hari, bertemu rakan lama, melantak pizza sambil membuka cerita-cerita nostalgia. Juru-juru tera dan terbang bertepuk bertampar meraikan persahabatan kami.

Sabtu, 12 Mac 2011 - akhirnya! Pagi-pagi berlari bagai tidak berkesudahan energi ini. Rindu sungguh pada Tasik Permaisuri! Rugi pada mereka yang tidak reti menghargai indahnya pagi permulaan hari.

Balik terus ke bilik mandi, bersiap untuk mengambil dokumentasi-dokumentasi (tiket le)bagi menyaksi konsert abang Michael Bublé yang dirindui.

Tengahari, melawat makcik yang disayangi, sambil mengambil kek yang sudah ditempahi bagi meraikan hari jadi beliau yang sudah seminggu berlari (haha nak bagi beritma di sini).

Pavlova ditusuki dengan pisau yang tajam sekali, bersama saudara-saudari dinikmati! Sebelum itu penulis ini melayan nafsu dijamu dengan kek aiskrim Baskin Robbins, jangan risau sentiasa ada ruang di perut ini bagi makanan yang indah dan berseri-seri. "Hari ini hari menggemukkan diri!" umum penulis pada yang disayangi sambil meratah ayam dimasak kari juga ikan temenung masak bercuka berkunyit bercili.


Wajah pavlova sebelum dikebumikan di dalam perut-perut manusia lahap. :D . Buah yang tercicir di tepi di sebabkan teknik pemanduan yang kurang hasam tambah garam.

Ahad, 13 Mac 2011 - Hari ini hari yang dinanti. Bangun pagi berlari lagi, bersemangat berkali-kali. Tidak reti mahu berenti hinggalah tapak kaki meraung-raung minta tengoklah sini!

Peha, betis, menggigil-gigil..."Giiiigilll...menggigil aku..."ecewah. Ahh peduli! Tiket konsert ditatap berulang kali, tersenyum-senyum sendiri, terlupa diri ini juga lelaki. >_>




Tiket Konsert. Envelop untuk tiket konsert.

5 ptg - penulis memandu ke arah Shah Alam bersama Ibu dan juga adik yang dimanjai. Memecut bagai orang gila yang lari dari Hospital Bahagia. "Wa, slow sikit" kata ibunda melihat meter mencecah kelajuan yang bikin goncang jiwa dan raga.

5.40 ptg - Tiba jua akhirnya, girang sungguh melihat posta idola. (Kesilapan disengajakan). Tapi sayang pintu dewan hanya dibuka pabila 7.30 ptg dijangkau pada jam penjaga. Penulis lalu duduk membuang masa, menikmati muzik dari penghibur amatur yang dijemput oleh pihak pengelola. Ohh lupa juga wajah-wajah manusia yang turut sama mendamba. Ramai betul manusia jelita. Apa ada apa rupa jika hati tidak sama ronanya.

7.00 ptg - pintu dewan dibuka awal. "Masuklah", kata manusia berbadan gempal. Sekali lagi hati ini terasa seperti anak gadis yang menerima surat cinta penuh puitis.

Mencari Michael Buble.

7.30 ptg - Sementara menunggu persembahan Najwa, diri merayau mencari surau. Oh ada. Terserempak pula dengan Timbalan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Muhyidin Yassin namanya.

Tiba-tiba, Sarimah tampil terkocoh-kocoh. Suara lantang penuh kepoh. Patutla, dia rupanya juruacara. Cantik, manis dan lucu orangnya.



Najwa dan rakan-rakan. Memang berkelas dunia.


8.30 ptg - Genderang berbunyi mendebarkan hati! Michael Buble bakal menghiburkan kami! Pemuda ini terjerit kecil bagai budak-budak munggil lalu terus terkesima apabila melihat rancaknya warna dan juga irama melihat persembahan yang bakal diukir di sudut mindanya. Ahhh sungguh indahnya...

Lagu intronya? Tangisi aku sebatang sungai. Cry me a river.





Nota: Ini bukan video yang dirakam oleh penulis. Penulis terlalu sibuk (malas) untuk meng-hupload video sendiri. Besar weh! HD! HD!



The man.





"Ha! Anwar! I see you!" Ok. Adik saya dapat bersalam dengan dia time dia turun dari pentas.

Malam berlalu dengan pantas. Michael Buble memang penghibur yang tuntas. Setiap golongan, lapisan rasanya telah terjatuh cintan. Lelaki-lelaki perlu belajar darinya bagaimana mahu menjadi lelaki budiman. Berketerampilan tampan, menghormati perempuan. Oh perhatian! Dia sudah dimiliki orang. Pria manis lagi periang.

10.30 mlm - Persembahan berakhir, diakhiri dengan lagu A Song For You. Penceritaan mengenai isi jiwa pemuda yang berkelana ke seluruh dunia, tapi hatinya masih lagi tetap setia dan kekal terpana dengan gadis yang menawan hidupnya.

Penulis melangkah keluar dari dewan, merasa puas dan tidak puas. Puas kerna berjaya memenuhi hasrat yang sekian lama dipendami, tidak puas kerna masih banyak lagu yang penulis mahu didengari. Terima kasih Michael Bublé, sekurang-kurangnya kami turut sama belajar menikmati irama lama yang melagukan segala rasa terus terhilang gundah gulana, yang tinggal hanya bahagia.

Bukan Michael Bublé.





Nota: Juga bukan video yang dirakam oleh penulis. Sekali lagi, penulis terlalu 'sibuk'. Tapi beginilah pengakhirannya.

Monday, March 14, 2011

Abang Michael Buble menawan hati!

Semalam, saya bawak adik dan mama saya menonton konsert Michael Buble! Memang worth every penny. Malah saya terasa-rasa kalaulah dia kata dia akan repeat malam keesokannya, la la tu jugak saya beli tiket! Haha. Ok tapi update tentang konsert dia bukan dalam entri kali ni. Gambar banyak sangat. Just nak share salah seorang artis tempatan yang saya percaya deserve international recognition sebab suara dia memang soulful dan classy! Dia buat opening act untuk konsert Michael Buble. Dipersembahkan Najwa!

Thursday, March 10, 2011

Biar saya terangkan.

Dalam entri sebelum ni, saya ada link satu video yang agak awesome. Secara jujurnya, ada satu perasaan bahagia tiap kali saya tonton video tu. Saya tak sekadar tonton, tapi saya cuba perhati keunikan setiap senario yang dipaparkan. Oleh itu, meh duduk dekat sikit, atok nak terangkan apa yang best dalam setiap senario yang dikongsi. Kahkahkah.

Mumbai, India- Sungguh raw. This is India. Bukan rumah banglo 3-8 tingkat macam dalam filem. Dengan berhabuknya, dengan padatnya bangunan dan penghuninya. Variasi, rencah kehidupan. Rencah dan rempah juga berlambak di India. Tengok orang yang tengah kacau sesuatu di skrin sebelah kanan.

Pharo, Bhutan- Pemandangan berhampiran cerun, curam sentiasa indah dan awesome.

Giant's Causeway, Northern Island- Struktur batu sangat awesome! Macam mana alam decide nak tarah batu bentuk tu? Kalau ikut wiki, ianya disebabkan letusan gunung berapi. Sila wiki sendiri untuk maklumat lanjut :P .

Stone Town, Zanzibar- tengok surface jalan. Cantikkan? Bangunan pun comel-comel.

Lancelin, Australia- Padang pasir. Kecantikan yang mengerikan.

Lisse, The Netherlands- Tulips. Enough said. Kebanyakan cerita hindustan mesti ada tulips. Mak saya pun gila tulips.

Christmas Island, Australia- penghijrahan ketam merah dari sarang ke laut semata-mata untuk bertelur. Masa penghijrahan, beribu-ribu ketam akan keluar, cover habis jalanraya. Seingat saya, Majalah 3 pernah buat liputan pasal fenomena ni dulu. Dulu-dulu duluuuuuu.

Kuwait City, Kuwait- Anjing yang macam nak menari sama tu yang menarik perhatian saya.

Teotihuacan, Mexico- Struktur yang besar tu lah. Peninggalan tamadun Mayan.

Seljalandsfoss, Iceland- Air terjun.

Lepas tu, the buildup of the song sampai ke salah satu kemuncaknya. Pandai dia tunjuk orang lari untuk berhimpun serentak dengan kemasukan irama yang lebih rancak, dan muzik yang rich.

Madrid, Spain- Cari lelaki yang berbaju biru dan berjambang. Dia menari macam .."woh woh woh dunia bergegar, tak dapat kawal tarian!"

Antserananana, Madagascar- Perhati telatah setiap budak. Sesetengah nya macam berlari setempat je pun, tapi kegembiraan yang terpancar tu sangat sangat sangat ikhlas. :*)

Brisbane, Australia- tengok lelaki yang berbadan agak 'sedap' sikit berbaju biru. Sebelah kanan. Dia menari macam, "I am gonna do my thang. I don't care what the world will think about me!"

Dublin, Ireland- Lelaki berseluar khakis, berambut blonde. Berjaket gelap, berskaf hijau. Berada di dalam dunia sendiri. Sebelah kanan.

Buenos Aires, Argentina- Lelaki di tengah-tengah, pakai jersi Argentina. Dia nampak happy sangat.

Chakachino, Zambia- Telatah budak-budak dengan pondok berbumbung rumput. Bertuah betul kita di Malaysia ni.

Istanbul, Turkey- Telatah penari-penari yang agak berusia dan nampak macam serba-salah nak ikut Si Matt agak lucu. Masing-masing tengok orang sebelah, terlompat-lompat.

Wainivilase, Fiji-Telatah budak-budak never fails to amuse.

London, England- Lelaki bertopi 'polis' berseluar pendek hitam. >_> <_<>_>

Alhambra, California- Saya suka suasana tu sebab nampak sangat inteletual.

Tel Aviv, Israel- Religious, War issues aside. Bangunan warna-warni di belakang.

East Jerusalem, West Bank- Religious, War issues aside. Tengok susun atur bangunan ala-ala Itali. Bangunan bentuk segiempat sama, jalan sempit-sempit. Menarik.

Paris, France- Pastilah Eiffel Tower dan mamat berambut rasta, ber t-shirt putih . Di tengah tengah.

Montreal, Quebec- Payung. Macam dalam muzikal. Raindrops keep falling on my head...~

Nellis Airspace, Nevada- Semua. Nak kongsi sikit. Diorang cipta suasana tersebut yang dipanggil situasi microgravity. Kapal terbang tu akan terbang ke altitud tertentu dan akan menjunam pada sudut tertentu. Ok, kapal terbang tu akan 'jatuh' pada kelajuan yang amat tinggi. TAPI penumpang pesawat tu tak jatuh pada kelajuan yang sama. Macam bila naik roller coaster, bila wagon tu meluncur turun, kita terasa seperti tak terikut. Seolah-olah ditarik kebawah. Hmmmm tak tahu lah sampai ke tak. Tapi boleh search pasal microgravity untuk maklumat lanjut :) .

Los Angeles, California- Theme park dekat belakang dengan lelaki berkerusi roda sebelah kanan skrin.

Sau Paulo, Brazil- Tugu-tugu dekat belakang dengan 'headbangers' depan obor haha.

Seattle, Washington- Struktur merah belakang tu. Takde idea langsung untuk apa.

Hoh, habis jugak akhirnya. Apa yang saya tulis adalah elemen yang menarik sebahagian besar perhatian saya setiap kali saya tonton video ni. Elemen apa? Elemen kemanusiaan. Pernah dengar "There is only 1 race. The human race"? Ataupun firman Allah yang antara lain membawa maksud, tujuan dijadikan pelbagai kaum di muka bumi ini adalah untuk saling kenal mengenali/ faham memahami?

Untuk memudahkan pembaca supaya tak tercari-cari video tersebut, saya link balik. Serius, kadang-kadang rasa terharu sangat bila ada manusia yang memandang manusia lain tanpa sebarang prejudis.

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia!

Sila lihat tajuk! Selamat Hari Wanita Sedunia!

Fikir-fikir: Kepada mereka yang mendatangi pelacur-pelacur, yang mendampingi GRO, tidakkah terlintas yang wanita-wanita ini mungkin, ibu seseorang, anak seseorang,adik seseorang, kakak seseorang, isteri seseorang? Dan jika anda menjawab, mereka yang menawarkan perkhidmatan sedemikian, perlukah anda melayannya? Macam kempen jangan pakai produk berasaskan haiwan- When the buying stops, the killing stops too.



Enjoy! Dia sebut Juanita, bunyinya macam wanita.

Tak tertahan lagi.

Dah lama sangat tunggu. Rasa nak terbukak dada ni disebabkan perasaan yang sungguh...mengujakan.

Tak sabar nya ya Allah. Tak sabar nak jumpa Abe Buble! Hujung minggu ni 13 Mac 2011, di Stadium Melawati Shah Alam!

Wednesday, March 2, 2011

Sungguh-sungguh.

Sewaktu di zaman sekolah menengah, pengetua sekolah saya menekankan satu prinsip dalam diri setiap pelajar. Asal dapat peluang berucap je, berjam-jamlah kami mendengar celoteh/ceramah/nasihat/bebelan beliau. Lepas tu diulang-ulangnya prinsip tersebut macam pemain piring hitam yang dah tersengguk-sengguk, berulang-ulang. Tapi beliau berjaya. Memang tertanam prinsip tersebut dalam diri saya. Serasa-rasa sayalah, sampai sekarang saya masih mempraktikkannya. Syabas! Syabas! (sambil bayangkan yang saya tepuk-tepuk bahu pengetua tu macam kawan lama).

Apa prinsip yang dilaung-laungkannya tu?

Bila belajar, belajar sungguh-sungguh. Bila main, main sungguh-sungguh. Bila makan, makan sungguh-sungguh. Bila tidur, tidur sungguh-sungguh.

Konteks. Konteks. Konteks. Kalau pembaca perasan, saya suka tekankan konteks yang saya nak sampaikan. Sebab, tafsiran manusia bila baca sesuatu penulisan ni pelbagai.

Contoh: "Awak ni hensem la"
Tafsiran 1: Dia ni ikhlas
Tafsiran 2: Dia ni nak mengorat gua ni
Tafsiran 3: Dia ni perli gua ni, gua bukan hensem pun. Tahap mat bond je pun.
Tafsiran 4: Ok sudah, tafsir la apa yang nak ditafsirkan. You guys get the idea.

Belajar sungguh-sungguh.
Ini sudah terjelas secara sendirinya. Belajar, involve, tanya, soal, faham, tahu.

Main sungguh-sungguh.
Berikan yang terbaik, main seolah-olah nak wakil pasukan kebangsaan. Gunakan segala elemen yang kita ada. Fizikal+mental. Nak tahu tak antara kesan best bila bermain sesuatu permainan dengan bersungguh-sungguh? Pernah tengok bila pemain-pemain bola sepak Eropah bukak baju diorang lepas perlawanan? Berketul siot! Sculpted! Dia tak bulky, tapi toned. Ok ok jangan salah tafsir konteks yang nak disampaikan di sini. Rasa puas bila kita bersungguh-sungguh dalam sesuatu permainan. Cuma post-game perlulah dititik beratkan jugak. Dulu zaman sekolah, saya main bola keranjang. Saya buat latihan individu secara intensif, tapi silapnya, penjagaan selepas latihan kureng sikit. So sekarang lutut ada sedikit sakit. Kadang-kadang lepas main apa-apa game, cucuk-cucuk juga dalam ada rasa. Kapla dahi, tepuk juga.

Makan sungguh-sungguh
Hah! Ini mesti banyak yang nak loyar buruk. Maksudnya, amalkan pemakanan yang sihat. Bukan makan banyak-banyak sampai sendat perut, kena longgarkan tali pinggang, tali leher bagai, hantar seluar ke tailor untuk dibesarkan. Kurangkan junkfood dan makanan ringan. Anda tidak akan menjadi ringan bila makan terlalu banyak makanan ringan, tidak juga anda menjadi pantas bila selalu makan fastfood. Anda mungkin pantas dalam menyahut seruan untuk makan fastfood. Tapi tapi tapi tidak pantas dalam aktiviti seharian.

Tidur sungguh-sungguh
Tak bukan tidur bila matahari menjelma dan bangun bila matahari menjelma di hari yang kemudiannya. Maksudnya, tidur dalam postur yang betul. Cadar, bantal, biar bersih, wangi sikit.
Bagi yang muslim, baca doa dan ayat-ayat Quran yang rasa nak baca. Dr. Fadzilah Kamsah pernah cakap, kalau boleh sebelum tidur, kita maafkan semua orang, insyaAllah, tidur kita lebih nyenyak. Kalau salah bab ni, tegur je. Saya ingat-ingat ayam sebenarnya.

Ohhh untuk mereka yang berada di alam pekerjaan, saya ada tips. Pernah dengar tak "The 30 mins work cycle"? Saya bagi konsep je ek.

Spend 30 minit untuk buat kerja anda betul-betul. Tanpa sebarang gangguan. Biarkan diri anda terpuruk (betul ke perkataan ni?) dalam kerja anda selama 30 minit. Habis 30 minit tu, spend the next 30 minit untuk relaks betul-betul. Jangan fikir pasal kerja langsung. Baca benda yang fun. Menulis ke, mendengar lagu ke. Tapi pandai-pandai la ek. Sekali dapat boss yang tak faham, terus kena "Anda telah diapikan! (You're fired- tafsiran bendul)". Lepas 30 minit relaks, serius balik buat kerja. Boss saya cool. Umur dah 58, tapi cool. Ayat paling cool dia cakap dekat saya, "Anwar, you do what you have to do, I'll take the heat for you". Rasa macam ada protector ...ahhh terharu.

Ok balik kepada kitaran 30/30. Berkesan ke? Hehe cubalah sendiri ;). Personally saya rasa lebih relaks, dan lebih fokus. Oh ya, pandai-pandailah sesuaikan dengan suasana kerja masing-masing. Konsepnya, work, then play, then work, rinse and repeat. Pernah kan time kerja kita berdepan dengan masalah yang berjam-jam spend pun tak solve lagi? Lepas tu, stop kejap, relaks, buat apa yang patut. Balik nak buat kerja, tetiba ilham tu datang. Macam..macam..macam...macam tu je! Tak perlu jegil-jegil mata, kerut-kerut dahi, getap-getap gigi. Satu lagi konsep dekat sini...konsep:

Pisau Cukur Occam (sebutan Okkam), Occam's Razor. The simplest explanation is most likely the correct one. Kadang-kadang, suatu permasalahan hanya memerlukan penyelesaian yang paling simple. Baca dan fahamkan. Pernah tak kita nak on laptop sekali tak boleh on, belek sana belek sini, rupanya bateri sudah flat, lepas tu plug pulak tak switched on? Takpun bagi yang selalu godek-godek pc di rumah, dah pasang semua siap, try nak on, tak nak on? Belek punya belek punya belek rupanya, ada komponen yang tak masuk slot dia betul-betul.
Saya nak balik ni, kena pergi beli barang keperluan, tapi saya cuba habiskan entri ni dulu (dari saya taip ni baik saya taip penutup terus...eh eh). Pointnya? Kalau berdepan masalah, teknikal ke, kurang teknikal ke, attack the easiest solution dulu. Kalau kereta tak boleh start, jangan terus tukar enjin, cek kunci kereta dah masuk slot ke belum, main tekan je pedal minyak memang tak jalan. Ini hanya contoh tau, bukan betul-betul. Saja nak bagi gelak sikit. Sikit je. Alrighty. Jumpa lagi!


Video ni awesome.Dah lama, tapi still awesome. Tajuk lagu yang digunakan "Praan". Sajak Bengali yang bermaksud, Stream of life.