Wednesday, February 23, 2011

Hidup.

Adik tiri saya pernah call saya sewaktu dia masih belajar di salah sebuah politeknik di Perak. Sebelum mengakhiri perbualan, dia mintak nasihat. Saya agak terkelu tapi saya bagitahu dia, masuk universiti ke politeknik ke, bukan sekadar belajar perkara-perkara ilmiah. Tapi belajar sekali macam mana nak hidup. Saya tak tahu lah kalau dia faham konteks yang saya cuba sampaikan. Tapi dari responnya, saya anggap dia faham.

Untuk para pembaca inilah maksud yang saya cuba sampaikan.

Belajar kerenah manusia dan macam mana hendak menanganinya. Kita tidak akan dapat buat semua orang suka dengan kita. Untuk sesuatu sebab, ada manusia yang hanya nampak keburukan orang lain sepanjang masa. Saya tak tahu sebab apa manusia macam ni ada, tapi dia memang wujud. Saya juga tak tahu macam mana orang macam ni menghadapi hari-hari dia bekerja dengan orang yang dia tak gemar. Bak kata Will Smith dalam lagu 'Just the two of us', "The hate in your heart will consume you too". Tak penat ke hidup macam tu? Datang je tempat belajar atau bekerja, timbul perkara yang bikin spoil mood. Saya pernah menghadapi zaman tu, tapi syukur sebab saya ternampak akibat dia, saya jadi penat, nak buat kerja pun pemikiran terganggu. Produktiviti tinggal jadi yillek Last-last, saya pilih untuk jadi the bigger person. Badan dah besar dah pun (harap-harap tak membesar dah), bigger person as in bigger personality and professionalism.

Hormat.

Hormat dan takut ni dua perkara yang sangat sangat sangat berbeza. Hormat perlu dibina, perlu dipupuk. Takut? Mudah aja mahu disentap keluar dari koleksi perasaan dalam diri (FUH ayat!).
Antara buku-buku yang saya pernah baca dan juga nasihat sesetengah individu, salah satu cara nak timbulkan rasa hormat orang pada kita, ialah kita perlu ingat kita bekerja dengan manusia. Another person. Lihat pada rakan sekerja, sebagai manusia. Bukan hamba, bukan jentera, jauh sekali dari binatang. Contoh, bila perkenalkan seseorang rakan sekerja pada orang lain: "Perkenalkan, ni Ahmad, kerani tempat kerja I", banding kan dengan "Perkenalkan, ni kerani tempat kerja I, Ahmad".

Nampak tak perbezaannya? Nama sebelum jawatan, dan jawatan sebelum nama. Kesannya sangat berbeza. Even bila salah seorang rakan sekerja saya (pangkatnya lebih tinggi dari saya) datang melawat tempat kerja saya, beliau merupakan Safety and Quality manager, Asia Tenggara+Australia dan bila beliau mengetahui nama saya, sedangkan kami belum pernah bersua muka, ia menimbulkan rasa hormat saya pada dirinya.

"This is Anwar right?" seraya menghulurkan tangan. "You must be Rob yeah?". Terus kamcing! Dia tak cakap, this must be the guy who holds a something something position. Sebelum dia datang tu, punya la takut sebab saya tak tahu expectation dia. Dalam bidang saya, if possible, please know everything there is to know. Penat jugak fikir, tapi ini yang saya pilih. So hadapi je lah. Dengan approach yang betul, kami mudah berbincang. Tak ada siapa yang salah, tak ada siapa yang pincang, cuma siapa punya idea yang lebih baik, lebih mudah dirancang. Umur di sini hanya angka. Kalau hidup lama pun, tak ada pengisian yang betul, minum arak, main nombor ekor, tak guna jugak. (Ewah ewah ayat macam ayat kedai kopi).

Ada banyak cara untuk menimbulkan rasa hormat, tapi langkah pertama yang saya nampak, itulah, ingat kita bekerja dengan manusia.

Kalau diikutkan perasaan, bekerja dengan manusia sangat sangat susah, sekiranya kita mempunyai cita-cita yang besar. Dengki, irihati, itu semua biasa. Saya lebih prefer bekerja dengan jentera (terbang), tak payah jaga hati, tak payah puji puji, tak payah bodek-bodek. Godek-godek dengan screwdriver, balik rumah terus lupa, bersedia untuk cabaran hari esok pulak. Tapi itulah, Allah nak test. Mamat ni mampu tapi dia tak tahu, Kita test dia! Harap-harap saya terus tabah insyaAllah.

Enjoy video ni! Dia buat muka selamba je main chord susah-susah, laju-laju!

Monday, February 14, 2011

Saya ko oghang Ghawo.

Rasanya tak semua faham maksud perkataan-perkataan dekat dalam tajuk tu. Bahasa ni perkara yang kita guna setiap hari tapi sebenarnya agak misteri. Cewah. Serius, contohnya, macam mana kita boleh putuskan yang maksud sesuatu perkataan tu bermaksud apa yang kita mahu perkataan tu maksudkan? Saya pun pening taip ayat tadi. Takpe, saya bagi contoh. Macam mana kita boleh putuskan yang binatang yang berbalung, berparuh, tak boleh terbang tinggi, berkaki dua, berbulu pelepah, tu dipanggil ayam? Apasal tak panggil....mmmm kucing? Kenapa kucing tu dipanggil kucing? Ok, nak mempersoalkan hal ni, sampai kucing bertanduk pun tak habis.

Berbalik kepada subjek, bukan ayam bulu bolak-balik tau (wujud binatang ni!), saya orang Perak. Tapi saya bukan orang Perak yang cakap teman, mike (bukan Mike, tapi macam Mika penyanyi tu), saya orang Rawa. Bukan Jowo. Tapi Ghawo (Rawo). Saya ni orang Rawa.

Saya dah tak pandai sangat dah cakap Rawa. Sebab dah lama tinggal. Asyek dudok Kay Ell jerr, tu yang hilang abes tew.Masa kecik-kecik dulu, saya tinggal dekat area kampung, yang ramai cakap Rawa dan ramai jugak lah yang cakap Perak piyor. Cakap Perak macam dalam cerita HKLBR tu lah. Tapi takde la pulak seingat saya sesiapa yang bercakap sambil pusing-pusingkan tangan dia atau sampai senget-senget dagu (kehkehkeh).

Ramai dah tahu macam mana bunyi nya Perak piyor ni. Tapi tak berapa ramai yang tahu pasal etnik Rawa dan loghatnya.

Yang buat saya terdetik nak buat entri pasal ni sebab perbualan saya bersama sepupu perempuan saya di dinding facebook saya. Seronok. Dia sekarang bekerja di US dan A. Seorang yang sangat merendah diri. Tak segan-segan nak bertutur dalam loghat ni. Saya pulak tengah beria pos status mesej dalam bahasa orang putih. Saya petik sikit:

Hehe...itulah..ni gulei lomak masih maken ko indo do?ikan roboih udah lupo kuak? Duduk di kolumpuo udah lupo semuonyo iko yo..hehe...

Maksudnya: Lol...Ni gulai lemak makan lagi ke tak? Ikan rebus dah lupa agaknya? Duduk di KL, dah lupa semuanya ni ya...lol...

Bunyi dia memang macam bunyi loghat nogori sikit. Ejaan dalam ayat di atas bukan salah, tapi begitulah bunyinya. Nak cakap pun macam berlagu-lagu.Taburan etnik Rawa ni boleh ditemui di Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Dan juga di KL... >__>

Dari mana asal-usul orang Rawa ni? Dari Sumatera barat. Kalau nak baca fakta lebih lanjut sila ke sini. Link ni selamat. Laman rencana Berita Harian berkenaan etnik Rawa.

Sebagaimana yang kita sedia maklum (tudia ayat macam Majalah 3), loghat ni sebenarnya identiti unik setiap etnik. Saya yang pernah melalui zaman tak matang, zaman fikiran budak-budak pernah beranggapan yang loghat ni macam tiadalah kelessss (nak sebut ni kena guna suara dasar/bass). Pemikiran budak-budak (penekanan di sini). Saya malu nak guna kalau ketemu saudara dari bandar sedangkan diorang begitu beria-ia menyebut setiap patah perkataan dalam loghat Rawa. Saya tak nampak keunikan tersebut. Kena pulak bunyinya jauh lari dari sebutan Bahasa Melayu standard.

Syukurlah, masa berlalu, saya belajar yang inilah asal saya (tiba-tiba teringat iklan Astro, "Aku tahu asal-usul mu!") . Bahasa inilah yang digunakan oleh datuk, nenek, opah, moyang, saya untuk membentuk tamadun yang sedikit sebanyak menyumbang kepada siapa saya hari ini.
Malah, saya ingat lagi ketika emak (saya panggil mama sebenarnya) memujuk saya dalam loghat Rawa, rasa sejuk sangat hati ni. Contoh:

"Jangenla kao meghajuk-ghajuk, indo elok. Kao ko janten".
Janganlah kamu merajuk, tak elok. Kamu ni lelaki.

Hai, kalau lah saya boleh masukkan suara dalam ayat ni, dapat lah jugak kongsi betapa lembutnya suara emak saya memujuk dalam loghat tersebut. Saya pun dah ingat-ingat lupa perkataan-perkataan spesifik yang diucapkan. Dia cakap ni masa kaki kanan saya kena timpa dahan pokok rambutan yang saya potong. Bengkak terus! Dia urut sambil terkumat-kamit entahle apa dibaca nya.

Kepelbagaian etnik, latar belakang ni, sebahagian dari rencah yang 'menyedapkan' lagi hidup yang sememangnya sangat sangat menarik. Tapi tak dapat tidak, ada di antara kita yang terlalu mudah melabelkan sesuatu etnik dengan sesuatu nilai buruk yang umum hanya disebabkan perilaku satu dua pihak yang tidak bertanggungjawab dan kurang didikan.

Saya pernah utarakan yang kita tak dapat pilih sebagai siapa kita mahu dilahirkan. Kita mempunyai pilihan untuk menggunakan apa yang kita ada untuk menambahbaikkan diri kita yang dilahirkan insyaAllah baik. Begitulah juga dalam soal etnik. Yang negatif kita jauhkan, yang baik kita amalkan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul!
Kongsi-kongsi: Mengikut pendapat ulama, sambutan hari lahir Rasul ni bidaah yang baik. Maksudnya tak salah cuma tak pernah diamalkan masa zaman Nabi dulu. Sekali kita selawat untuk dia, sepuluh kali para malaikat selawat untuk kita, insyaAllah. Wallahualam.




Monday, February 7, 2011

Tertipu...

Saspen kan? Melihatkan 3 titik noktah selepas tajuk di atas...teruskan membaca...

Alkisah...tayyib...

Hari Ahad yang lalu berlangsung Rumah Terbuka 1Malaysia peringkat kebangsaan sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Miri. Ramailah orang besar dan orang besar-besar yang berkunjung ke tapak sambutan termasuklah yang menulis ni. Saya besar secara sihat. Haha. Rangka besar nak buat macam mana. Ok kita tinggalkan perihal perihal besar.

Entri kali ni tak perlu kerut-kerut dahi, tak serius sangat. Cuma nak cakap pasal perkara lucu (pada pandangan sayalah) yang saya alami.

Rumah terbuka. Selalunya kalau cakap rumah terbuka mesti ada makanan free. Betul tak? Entah di mana silapnya sambutan ni takda makanan fercuma! Saya dan sahabat handai datang sebab pemahaman kitorang tentang rumah terbuka memang sebegitu.

Rumah terbuka = makanan free + tuan rumah tak sanggup nak halau + kesedaran sendiri untuk berhenti makan

Macam tu lah pemahaman kitorang. So masing-masing fikir, tak payah kotorkan dapur malam ni, tak payah basuh pinggan mangkuk. Off we go! Diorang pergi awal sikit, saya pergi dalam pukul 8.30. Isyak di sini dalam area 7:50-7:55 sekarang. Malas nanti balik penat-penat, kenyang-kenyang, malas nak sembahyang.

"Nan, jem tak?" saya call member saya. "Tak, okla tolerable". Sekali saya pergi, terpaksa parking lebih kurang 500-600 meter dari tapak sambutan. Tak kisah kena jalan jauh sikit, tapi...tapi...haha kadang-kadang malas jugak.

"Korang dah makan ke?" saya tanya member saya bila jumpa diorang. Masa tu menteri menteri tengah berucap. "Dah, kitorang pergi keluar balik kejap tadi beli nasi lemak kat kedai bawak datang sini", salah seorang jawab. Nasib baik saya makan sikit sebelum keluar, makan buah je, tapi okla alas perut. Balik kena fill in betul-betul jugak.

Malam tu memang meriah. Seronok tengok selonggok kanak-kanak comel pakai topeng singa yang kecik-kecik tu menari.

Artis paling top malam tu? Abang Jamal Abdillah, nyanyi Lagu "Siapa Bilang Gadis Malaysia Tak Menawan". Tapi satu lagu tu je. Dia ubah 1 perkataan untuk sesuaikan dengan tema 1Malaysia.

Bila semua artis-artis jemputan habis buat persembahan, menteri-menteri pun bergerak ke tempat yang dijadualkan untuk diorang, pengacara buat pengumuman, "Kami meminta para hadirin untuk tidak pulang dahulu, kerana sebentar lagi anda akan DIHIDANGKAN...." dengar perkataan hidang itu otak terfikir makanan tapi...."DIHIDANGKAN dengan pelbagai lagi persembahan artis-artis jemputan malam ini!". Seraya saya menuturkan pada sahabat handai di sekeliling,"Apara, kita suda kena tipu...". Nasib baik penari-penari yang terlibat dalam persembahan tampak bersungguh-sungguh dan sungguh ayu belaka. Haha. Caterpillar is already climbing up on the leaf! Kitorang pun terpana lalu tertonton persembahan-persembahan yang DIHIDANGKAN sehingga pukul 11 lebih.

Seronok jugak tengok persembahan yang sebegini secara live, apatah lagi kalau peserta-peserta nya begitu bersungguh-sungguh (dan ayu :P ) . Remaja remaja semuanya. Mak saya pun pernah terlibat dalam acara tarian-tarian tradisional, jadi bila ada steps yang familliar, terasa nostalgia sikit. (Alasan).

Begitulah ceritanya, dalam perjalanan balik, saya singgah dekat KFC 24hrs, beli set hidangan snack plate yang baru untuk dibawa balik. Ala, yang ada gegelung ikan (betul ke?) . Verdictnya:
Biasa-biasa aje. Nothing to shout about.

Moral: Sekali-sekala hadirkan diri ke event yang ada unsur nasionalisme ni ok jugak. Sebab Malaysia ni negara yang sungguh berwarna-warni. Dulu saya ingat lagi, masa Kuala Lumpur jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 1998, saya rasa sungguh bangga tengok opening dengan closing ceremony, kena pulak Ella nyanyi lagu "Standing in the Eyes of the World", boleh menangis :*). Kita ada banyak perkara yang negara-negara lain tak ada. Masa handover bendera Komanwel kepada tuan rumah yang seterusnya, London, persembahan diorang? Kumpulan kumpulan rock/alternatif. Saya minat muzik, tapi dalam event sebegini, tak unik. Setiap hari kita DIHIDANGKAN musik yang sedemikian. Anda nampak perkara yang saya cuba sampaikan, kan?


Tuesday, February 1, 2011

Saya tak suka membaca (Episod Kedua)

Tujuan saya tulis entri ni bukan untuk merendah-rendahkan sesiapa atau mengecilkan sesiapa pun. Saya hanya menyampaikan situasi yang kawan-kawan saya alami. Ada yang lari kerja di seberang laut sebab the difference in salary. Berganda-ganda, malah ada yang berpuluh ganda bezanya!
Sekiranya anda dilahirkan dalam keluarga yang memiliki atau terlibat dalam perniagaan, you're lucky because you have the access untuk terus belajar macam mana sesuatu sistem itu berfungsi. Jika tidak, anda mungkin perlu makan gaji terlebih dahulu untuk belajar selok belok pengurusan organisasi. Kalau berani, terus 'kecebur'kan diri. Banyak hasilnya, banyak jugalah risikonya. Tak ada benda yang tak ada risiko. Keluar rumah je dah macam-macam risiko, kena ragut, kena 'pow', kena langgar. Tak keluar pun risiko jugak! Obesiti, selulit (haha) sebab asyik tersandar kat sofa je, pembuluh darah tersumbat dan se-angkatan dengannya.

Orait. Kembali ke subjek. Saya cakap kalau tak faham maknanya tak tahu jugak lagi. Macam mana nak faham? Tanya! Tanya diri sendiri. Serius. Bukan buat lawak. Kalau diri sendiri tak dapat jawab, confirm tak faham. Baru cari sumber lain. Bila dah faham apa yang kita baca, lambat laun minat tu akan bercambah. Itu yang saya alami. Banyak lagi benda yang saya tak tahu, tapi saya cuba sediakan diri saya dalam keadaan sentiasa nak tahu sebab tak rugi pun. Otak kita ni kapasiti dia lagi besar dari cakera keras yang paling terkini. Mengikut kajian, kapasiti otak manusia ni dia boleh dicambahkan. Makin push, makin bertambah! Ada kajian cakap dalam figura, kapasiti otak ni boleh sampai 2.5 petabytes (100 million gigabytes)! Lebih kurang 3 juta jam rancangan televisi. Opps lupa tambah tanda seruan. !!!!!. Menangis produser Awan Dania tu nak penuhkan otak penonton-penonton dengan siri tu ja. Lebih kurang 300 tahun tayangan tanpa henti untuk isi sampai sendat! Banyak sungguh tanda seruan!

Saya ulang (jari telunjuk tangan kiri dan kanan tunjuk ke dahi sekarang). Baca, tanya, pastikan dapat jawapan dan baca lagi. Mula-mula memang kena paksa. Tapi lama-lama....sukew. EEEEEEEE. Ok sudah. Lebih-lebih pulak.

Kadang-kadang kita tak tahu sebenarnya kita berkebolehan dalam banyak perkara tapi bila start membaca, dia ajar kita perkara yang tak pernah didedahkan kepada kita sebelum ni. Tak kenal maka tak cinta bak kata orang. Kalau tak suka pun dia akan mencetuskan idea yang luar dari kotak (out of the box), yang lain dari norma-norma kehidupan kita seharian. Sebagai contoh, mengapa mesti disempitkan seorang jurutera hanya perlu baca berkenaan mesin-mesin, nombor-nombor? Mengapa tidak bab-bab menjahit, menenun? Ok saya akui, saya pun tak baca lagi bab-bab tu, tapi kalau setakat seluar terkoyak, butang tercabut ke, no hal. Repair/Jahit zip je tak reti. Tak, zip rosak bukan sebab perut bertambah besar, tapi sebab usia seluar. >_> <_< ^_^ .

Ingat, cara paling senang nak tahu. Baca. Tak payah cakap "Hello, nama saya sekian sekian. Saya ingin mengetahui le"....Tak. Ambik je buku, baca. Banyak gila perkara menarik yang dikongsi oleh penulis-penulis seantero dunia. Pasal kad tarot ada, pasal macam mana nak baca bahasa badan ada, pasal...pasal...pasal...(ghairah sangat ingat subjek-subjek yang dipersembahkan dalam buku zaman sekarang)banyak benda!
Bila dah tahu, amal (kalau bertentangan dengan agama, tak perlulah ye, but it's good to know. InsyaAllah bertambah iman).
Knowledge is Power.
Kalau tak amal pun, rugi ada kuasa tersebut.
Habis time lunch menulis pasal ni. Takpe, heavy breakfast boleh tahan sampai petang.
Paipai!

p/s: dalam kompeni-kompeni besar atau multinasional, semasa sesi brainstorming atau meeting, salah satu cara mereka cuba memperolehi idea-idea baru untuk pemasaran ke, produk ke ialah dengan melontarkan atau menyebut sebarang perkataan-perkataan rawak. Dari perkataan tu diorang cuba kaitkan dengan produk yang berpotensi atau strategi pemasaran yang rasa-rasanya boleh tarik perhatian pembeli. Contoh: Syarikat Aiskrim: "Perkataan: Kayu Besbol - aiskrim besar macam kayu besbol, bentuk macam kayu besbol, keras macam kayu besbol berperisa coklat". Tak ke lain sikit bunyi nye?