Friday, January 28, 2011

Saya tak suka membaca (Episod Pertama)

Sebelum saya masuk universiti, saya punya pandangan (dan saya pasti bukan saya seorang):

Engineering: Tak banyak membaca, lebih kepada praktikal atau hands-on
Lain-lain course: Jadi ulat buku la engkau dibuatnya.

Keputusan akhir: Totally salah ataupun tak kena.

Saya dulu pernah tak suka membaca. Sebab saya malas nak memahamkan apa yang saya baca. Tapi syukur sebab saya 'terdaftar' dalam program yang buat saya rasa.."Eeee nak tahu lagi dan lagi dan lagi.."
Lepas tu ketemu pulak dengan pensyarah yang approach pengajaran dia saya rasa sangat awesome.

Konsep! Konsep! Konsep! dan Konsep! Fahamkan konsep dulu. The most surface idea of how a theory works. Sebab apa pentingnya fahamkan betul-betul hukum-hakam fizik yang paling asas. For every action there is a reaction dan yang seadik-beradik dengannya.

Encik Nazri. Kurus je orangnya. Masters holder dalam salah satu cabang bidang aeronautikal...mmm tak ingat dari Wichita ke lain-lain universiti di US kepada A. Tegas dan genius dari pandangan saya. Agak eksentrik. Very very logical man dan concerned dengan pelajar-pelajarnya. "Saya tengok muka awak berkerut-kerut saya tahu awak tak faham kan? Apasal tak tanya?" . Dia suka buat tangan macam Mr Burns (The Simpsons Series) sebut "Excellent.." bila time mengajar. Dialah yang membangkitkan isu yang cuba saya ketengahkan sekarang. "If you think you don't need to read a lot when you picked Engineering, you are dead wrong." Tak dia tak kata awak akan mati kerana bersalah, maksud dia "Awak ni salah nak mampus! (salah gila!)" .

Benar, setakat nak dapat ijazah tanpa pengisian, tanpa maksud memang senang. Malah salah seorang sahabat saya yang mengambil bidang architecture pernah mengutarakan tentang jumlah lepasan kejuruteraan lain dengan bidangnya dalam masa beberapa tahun yang lepas. Beribu-ribu bezanya! Di Malaysia saje tew! Saya malas nak betah, sebab keluhannya berasas. Itu pasal lah tak hairan bila dengar gaji jurutera ijazah yang masih fresh mampu mencapai (kehkehkeh) serendah RM1600++ basic -.- . Kualiti, kuantiti, undervalued, semua perkataan ni dah diutarakan dalam macam-macam diskusi. Kalau lepasan luar negara lain pulak ceritanya. Ada yang kata double, ada yang kata setakat tambah lagi RM1000. Ini isu yang sensitif, cuma yang saya boleh kata, secara peribadi saya rasa tak cukup. Banyak faktor yang boleh dimanipulasi tapi senang ceritalah kata orang, zaman sekarang amaun tu tak cukup (ingat ini personal view). Ada yang kata besar periuk, besarlah keraknya. Oh ya jangan lupa ke-halal-annya.

Oh tunggu, di mana kita tadi? Mengapa pentingnya membaca tak kira bidang apa pun. Sebab yang paling penting ialah pengetahuan. Perkataan asas: tahu. Membaca ni cara paling senang nak tahu. Ambik buku duduk baca. Dah tahu. Haha tak senang macam tu, kalau tak faham maknanya still tak tahu.
Alamak saya nak membebel lagi ni, tapi hari ni ada jamuan lah, sempena kejayaan cemerlang di audit Cengkerang Kapal Terbang Antarabangsa (terjemahlah sendiri). Dah terbau-bau buffet tu...(melayang-layang dah ni!)

Monday, January 24, 2011

Kamu, aku dan orang Uganda itu.

If it's on the Internet, it must be true.
Kalau ianya berada di Internet, ianya pasti benar.

Wrong. Salah. Pernyataan di atas adalah bersifat menyindir (sarkastik). Sesiapa yang pernah melalui zaman berforum, zaman-zaman menjadi perwira papan kekunci pasti pernah berdepan dengan kenyataan sedemikian.

Apa yang nak disampaikan sebenarnya? Jangan percaya bolat-bolat apa yang anda baca di Internet.

Saya nak membebel sebab kadang-kadang even di dalam kompani besar, ada orang yang suka menyebarkan legenda urban (urban legend) tanpa menyiasat terlebih dahulu. Yang terbaru saya terima, pasal lelabah pembunuh yang kadang-kadang ditemui di bawah tempat duduk tandas jenis duduk. Berbagai statistik, atau kes yang dibentangkan. Yang menyebarkan pun guna segala anugerah/pangkat yang direka-reka, Dr la, Ir la. Ayat dia....dramatik tak ingat. Pendek kata, boleh dengar lagu filem JAWS bila tengah baca tu.

Bila saya search spesis lelabah tersebut...tak berbisa langsung. Harmless lagi. Kesian lelabah, difitnah membabi buta. Mentang-mentangla dia tak dapat nak menjawab.

Fakta: 80% statistik diada-adakan on the spot. Termasuklah yang ini! (Lihat apa saya sudah lakukan? Jangan percaya please! Cewah sungguh skema)

Contoh lain: Hi, awak sungguh bertuah, sebab keluarga saya salah seorang taikun (tycoon) di Uganda. Kami memerlukan bantuan untuk transfer berjuta-juta-juta duit kami dan antara berbilion manusia di dunia, anda merupakan 'The Chosen One'. Anda cuma perlu bagi kami 10000 USD sahaja untuk bayar yuran transfer. Selepas itu, duit berjuta-juta-juta yang kami transfer itu, kita bahagi 3. Best kan? Selepas itu kita beramai-ramai nyanyi "I wanna be a billionaire..so freakin bad..". Kami buat ni sebab kami risau dikejar orang jahat di sini. Tolong ye...

Jangan percaya please. Apasal saya nak risau? Pasal percaya atau tidak, masih ramai yang terpedaya. Bapak saya kadang-kadang call saya semata-mata nak bagitau masih banyak lagi report pasal rakyat Malaysia yang bijak pandai yang masih lagi tertipu dengan peraduan gores dan menang.

Kekayaan tidak akan datang bergolek. Melainkan bapa@datuk@sedara anda yang kaya terfikir untuk membuat lawak literal lalu meletakkan duit/kemewahan yang bakal diwariskan kepada anda di dalam tong, lalu digolekkan dari atas bukit ke arah anda. Kalau macam tu, saya pun akan terkelu lalu ketawa.

Satu lagi pasal wikipedia, ianya boleh di-edit oleh sesiapa. Always take the info from the Internet with a pinch of salt. Tapi hari demi hari, saya percaya wikipedia cuba memastikan maklumat yang tersiar itu legit. It's never wrong to be cautious.

Kalau profil palsu dekat laman sesawang sosial lagi lah. Yang ni saya pasti, ramai pembaca yang arif. Guna nama gila gempak kadang-kadang...Deanna Solstis Musim Salju (ok ini melampau), lepas tu info dia letak sikit je, gambar dia letak la gambar supermodel yang kurang berjaya. (Ceh cakap macam pernah kena je). Tak, tak pernah kena. Betul, percayalah...

Kesimpulannya, Internet ni pisau yang banyak mata (macam serampang dua mata, tapi nak jugak guna pisau, sebab lebih melukakan). Be careful. Buat baik boleh, buat jahat lagila, siap ada step-by-step instruction.

Tips: kalau dapat chain letter, guna subjek email untuk search dekat Google. Mesti dapat result yang discuss pasal hoax tersebut. Ataupun boleh terus pergi ke salah satu websites yang saya refer to setiap kali dapat email hoax - www.snopes.com



Ok tonton video ni bila mana anda perlukan lawak-lawak yang agak stupid. Sekali tengok mungkin kurang lawak. Saya letak sebab heroin ada sebut "Chosen One!".

Tuesday, January 18, 2011

Pilihan-pilihan.

Kita tak diberi peluang untuk memilih sebagai apa atau siapa kita nak dilahirkan ke dunia ini (kalau saya salah bab ni, sila tegur, jangan simpan-simpan). Tapi kita diberikan pilihan macam mana kita nak menjalani hidup kita.

Kebelakangan ni lah, saya banyak terfikir, kalaulah saya ni dilahirkan sebagai orang lain dari yang saya sekarang, orang Bangladesh lah contohnya, sanggup ke saya merisikokan nyawa membelah Lautan Hindi untuk ke Malaysia? Kalau dah konfem ada tawaran untuk berlakon dalam sketsa lucu yang bertemakan pembaikpulihan kereta (Spanar sekian sekian tu la), mungkin sanggup. Tapi kalau sekadar berdasarkan janji-janji manis tekong bot yang konfem takde hitam putih, sanggup ke? Silap-silap mati tak bernisan, mayat kena makan ikan.

Baru-baru ni, berita pasal orang Nepal yang mati atas pokok kelapa tu...alahai. Saya tak nak komen pasal nasib orang selepas mati. Itu urusan atasan. Atasan kepada segala atasan. Ok, kembali ke pokok kelapa di mana ada orang mati di atasnya (ayat putar-putar). Sedih sebab macam tu lah hidupnya. Mencuri benda entah tak sampai sepuluh ringgit gamaknya, kena kejar, kena hambat, kena maki hamun, akhirnya mati atas pokok kelapa.

Masa saya muda sikit dulu, form one lah senang cerita, saya nakal sikit. Sedikit je. Saya ponteng sembahyang terawih, menyorok dalam dorm. Warden dapat tahu, dia berkejar ke asrama lelaki, dia ketuk pintu dorm tu mak ai....luruh jantung ni. Takutnya...seingat saya lah, itulah perasaan takut yang paling menakutkan yang pernah menakutkan saya. Saya menyorok dalam loker kosong, tak nak keluar. Menggigil. Nak menangis air mata tak keluar, nak buat suara tikus (menyamar la kunun), otak tak boleh berfikir. Takut tu menyelubungi satu badan. Itulah saja berkongsi perasaan takut bila kena tangkap buat salah ni.

Tak tahulah kalau keluarga dia akan tahu nasib dia (kalau lah dia dilahirkan dalam organisasi keluarga). Nak buat macam mana, dia pilih jalan yang dia sangka mudah, tapi tragis sungguh endingnya.

Apa yang saya nak melalut sebenarnya ni? Tak saya bukan nak suruh kita bersimpati dengan orang yang memilih jalan salah untuk hidup, tak jugak saya suruh benci. Itu masing-masing boleh fikir, tepuk dada, tanyalah apa juga yang ada di dalamnye. Saya cuma nak cuba mencetuskan idea atau ilham akan pilihan pilihan yang kita ada sebenarnya. Sebab? Sebab kadang-kadang kita tak sedar atau kita enggan pandang keliling lalu tak sedar.

Memetik lirik lagu Metallica (huish metalnya! tak, tak metal, sentimental juga ada) Unforgiven 3:

How can I be lost, when I got nowhere to go?
Bagaimana aku boleh sesat, bila aku tiada tempat yang nak dituju?

Saya suke nak terjemah ikut konteks yang saya faham. Macam mana kita kata kita sesat atau tak tahu nak buat apa bila kita tak set target kita atau hala tuju kita? Belum apa-apa dah emo, dah menyerah kalah, dah nak amik jalan gelap, jalan yang selalunya nampak mudah. Belum keluar rumah, dah kata, "Alamak, sudah sesatlah!". Jalan dulu, laksanakan plan dulu. Kalau sesat, buat apa yang patut. Apa yang patut dibuat? Kalau sesat jalan secara literal, tanya orang kat tempat yang sesat tu.
Orang-orang bijaksana pernah berkata,

When you are not sure what to do, do the right thing.
Bila tak pasti apa nak buat, buat benda yang betul.

Apekebenda yang betul? Apekebenda yang salah? Dah dasar nak berdebat, semua benda dia nak persoalkan. Betul, baik, benar, bagus ada titik rujukan dia. Agama, pemahaman moral yang sepunya (common moral understanding? kehkehkeh), situasi, rasional-rasional, etika, prinsip peribadi. Cuma kena ambik masa berfikir kejap tentang kesan tindakan kita. Fikir dan pilih je. Tapi ingat, diri sendiri yang pilih, diri sendiri yang kena laksanakan, diri sendiri jugalah yang akan menangani akibatnya sama ada positif atau negatif.

Saya tak alim, tak bagus sangat pun, tapi saya suka memikirkan yang saya berada dalam posisi yang membolehkan saya nampak dengan jelas sebab-sebab tindakan saya dan insyaAllah kesan-kesannya. Macam lifeguard yang duduk atas kerusi tinggi tu, nampak segala makhluk-makhluk yang berenang kat tepi pantai (ececece menggatal pulak). Nampak mana yang 'panas', yang terer, dan nampak mana yang nak lemas.
Nak buat benda yang betul ni tak susah dan tak senang sebenarnya. Tapi seronok bila kena struggle sikit, baru lah rasa macam hidup! Kepuasannya bila berjaya? Ohhhhhhh yeahhhhhhh.
Ok nak balik, office ni je yang terang. Kalau ada pembaca yang belajar sesuatu dari artikel ni pun dah cukup awesome dah. Oh yeah, sentiasa ada pilihan dalam apa jugak yang kita lakukan. Sekian.

Lagu ni asalnye dinyanyikan oleh Miriam Mekeba, tapi tak jumpa pulak versi nye di youtube. Lagu ni pasal orang-orang muda yang bermandi manda di sungai. Mesej terasnya, hidup yang rileks, menari, nikmati apa yang ada di sekeliling kita. Tajuk lagu ni Jikele Maweni atau terjemahannya 'The Retreat'. Ok sekarang, goyang, goyang sikit-sikit je.

Monday, January 17, 2011

Ironi.

Hujan turun tak berhenti-henti selama 3 hari termasuk hari ni. Kalau berhenti pun macam 'take 5' je. Lepas tu turun balik.

Yang best sekali, hari ni air takde. Ironi kan? Hujan, laut punya lah berlambak dekat luar tu. Mencurah-curah turun dari langit, berasak-asak menghempas pantai (hoh ayat best ni :P ). Dekat dalam rumah sendiri boleh takde air. Telefon apartment management, barulah dapat tahu ada paip pecah entah dekat mana entah. Habis, air dalam tank dah habis, sempatlah berwudhuk. Kerja tetap kerja. Nasib baik antara kegemaran (minuman) saya ialah air mineral, jadi ada banyak stok air mineral. Cukuplah buat basuh muka, gosok gigi, gosok apa yang patut (hah jangan bayang lebih-lebih).
What a way to start your Monday. Takpe, aircond, wangian sikit boleh bagi impresi yang diri berada dalam keadaan segar bugar. Senyum sikit, touch up rambut dengan gel. Voila!

Adat manusia moden. Semua kena tersedia. Teringat zaman kecik-kecik dulu (tak kecik sangat, darjah 6 kot) temankan mak bawak rombongan budak sekolah dia camping di Kuala Woh, Tapah, Perak.

Waktu malam, hari hujan, perut lapar, tubuh terasa sejuk, students kepingin kopi.

"Cikgu, mana nak dapat air cikgu?" tanya seorang pelajar. Mak saya tepuk dahi,"Ya Allah, kita ni camping tepi sungai. Kamu boleh tanya mana nak dapat air? Pegilah cedok kat sungai. Lepas tu jerang dekat unggun api tu. Dapat lah kamu air minum, kalau tak yakin, tapis guna kain bersih. Jerang betul-betul."

Saya tengok mak saya. Orang lama. Orang dulu-dulu. Kagum. Merekalah yang merealisasikan pepatah mat salleh, "Necessity is the mother of invention - Keperluan adalah ibu kepada penciptaan/perekaan". Mereka boleh mengusahakan makanan dari apa jugak sumber dari keliling kita. Golongan orang dulu-dulu, kalau diberikan peluang sebagaimana orang-orang muda yang hari ni dapat, saya berani bertaruh, mereka boleh jadi lebih gempak, lebih hebat, lebih awesome. Tapi ditakdirkan mereka jadi golongan yang menemukan, yang meneroka, yang membuka peluang. Terima kasih.
Saya bersyukur jadi golongan zaman sekarang. Tapi jangan lupa, setiap era ada cabaran dia yang saya rasa kita boleh fikir sendiri. Mental, kewangan, sosial, agama. Semua. Everything. Brace yourselves kalau tak nak dibawa arus.

Edit: nak tambah sedikit lawak (kalau lawak lah). Orang dulu-dulu kalau diberi kayu, boleh buat kayu masak lemak, bagi batu, batu rebus lemak, bagi kasut, kasut cicah sambal, arang, arang bancuh kopi, stokin, stokin salai (smoked-lol). Ok sudah, lebih-lebih pulak. Rasanya pembaca sudah dapat ideanye.

Nota kaki: Saya baru tahu, kalau save draft pun akan show seolah-olah ada new post pada yang follow. Cais! Tak suspen la ini maciam. Walaupun tak tahu isi, tapi tajuk dah tahu memang tak best (secara peribadinya-lah) .



Video ni awesome. Hidup ni awesome. Kita kena perhati dan belajar menghargai je.

Monday, January 10, 2011

Budaya bertanya. Huh?

17 tahun lalu...

"Ma, orang putih tu kata apa?"

"Orang putih tu kata ...*sekian sekian*"

"Ma, apa maksud perkataan tu?"

"Maksud yang ni pulak?"

Last-last "Ma, apa maksud..." belum sempat habiskan ayat terus kena potong "Pergi amik kamus"..."Tapi.." "Tengok kamus"..."Ala..." "Kamus..." "A..." "Kamus" Toleh je..."Kamus"

Nasib ada mak cikgu, tapi kena jugak refer sendiri akhirnya...sebab anaknya dah terlalu bergantung. Dah biasa nak jawapan la la tu jugak. Sampaikan kalau main scrabble pun mintak tolong dengan mak, padahal mak pihak lawan. Terus kena sabotaj tak dapat nak guna slot untuk Triple Letter Score. Kehkehkeh...sekarang tidak lagi!

Ok,
back to the subject. Budaya bertanya dalam topik kali ini bukan pasal bertanya khabar, atau bertanya cerita-cerita terbaru pasal jiran tapi pasal akademik atau perkara-perkara ilmiah.

Dalam bab-bab mengaji (orang tua-tua/dolu-dolu suka cakap belajar tu mengaji), ramai sebenarnya yang malu nak bertanya. Saya pun pernah lalui zaman tu, pun pernah lalui zaman tak malu bertanya.
Apa dilemanya yang menyebabkan kita malu nak bertanya ni?

1) Ada hati dengan cikgu. Karang tanya dalam keadaan malu-malu tersipu-sipu terus kena bahan dengan member-member.

2) Kalau mata pelajaran bahasa asing, sebab tak pandai nak sebut sesetengah perkataan tu atau memang tak paham langsung. Bahasa ni ubat dia kena amal. Mula-mula memang mak datuk keras nak mamfus. Lantaklah kena gelak, jangka masa panjang punya faedah, tiada hal lah. Saya ada ramai kawan yang pelat negeri asal dia memang pekat piau, sampaikan awal-awal dulu masa mula-mula sembang rasa cakap dengan orang mana la..tak paham langsung! Bila cakap English, mengikut-ngikut bunyi nye. Tapi lama-lama memang ok, malah ada yang boleh cakap BERRRITISH English dengan lenggang lenggok yang cukup awesome! Kata kunci nya? Peduli apa orang kata, usaha!

Sampai sekarang kalau saya jumpa sorang batchmate saya, kitorang akan speaking. Sampai orang keliling pun macam "Wah poyo lah korang cakap BI". Practice makes perfect, latihan melahirkan kesempurnaan. Lebih kurang campur tolak.

3) Takut kena cop bodoh atau malu atau malu takut kena cop bodoh. Ini paling lazim. Saya pun sama. Tapi bila member yang berani tanya, kemudian dapat pulak jawapan yang rope-ropenye ramai yang tak tahu, barula masing-masing buat gaya urut janggut imaginasi sampai ke perut sambil kecik-kecikkan mata konon bijaksana. Nak ubah kena fikir sendiri sebab apa perlu tahu? Sebab tak tahu? Sebab penting untuk kerjaya? Yang kedua ni banyak tolong saya atasi dilema tu. Dalam bidang saya, motto nya, "Tiada soalan yang dianggap bodoh". Of course lah, kalau dah tahu orang tu tengah buat apa, lepas tu tanya lagi tengah buat apa, itu agak hmpfsh-lah. Pandai-pandailah sesuaikan dengan situasi.

Situasi tak patut: Pergi restoran pergi tengok tukang masak tengah masak, terpacul pulak soalan ni,"Abang buat apa tu bang? Masak ke?" Tak ke hmpfsh namanya? "Taklah, tengah menari..Hey nasi goreng, hey sungguh lazat, sungguh sedap, sungguh enak! Digoreng dengan perencah sekian sekian!! ", jawab si tukang masak. Betul tengah menari rupanya...sambil memasak!

4) Malas.
Ini rumit. Penyebabnya banyak, tak minat subjek, bilik kelas tak kondusif, cikgu tak kacak, cikgu tak lawa, cikgu tak pandai mengajar. Yang penting dalam minda, "Cepatlah abis, nak balik ni. Janganla ada orang tanya apa-apa...". Ingatlah duit yang dah ditabur...tahulah yuran universiti tu mungkin jauh lagi murah dari universiti-universiti lain, tapi keringat nak dapat duit tu...Bila malas, dengar tidak, nak bertanya jauh sekali. Yang ditanya, "Encik, bila nak habis kelas?". Ikut pengalaman saya, yang tak pandai mengajar ni, ilmu dia cukup banyak, dia cuma tak reti nak menyampaikan. Kita kena tanya. Bila tanya, boleh nampak macam terbukak pintu percakapan dia. Tak renti-renti mengalir jawapannya. Terus mesra!

5) Subjek senang. Ini...hmmm selalunya subjek senang yang banyak bertanya, sebab pengajar nya banyak merewang sembang benda lain keh keh keh.

6) Overconfident. "Ahh, aku tak perlu tanya, cukup dah". Tak pun, "Nanti lah aku baca sendiri".
Cuba elakkan. Bercakap dari pengalaman sendiri, selalunya dua dialog tu tak jadi. Tak pun gagal nak fahamkan sendiri, takpun ambil masa jauh lebih lama berbanding kalau tanya dengan pengajar. Tak efisien langsung.

Asas-asas untuk bertanya: Bagaimana? Bila? Siapa? Benarkah? Apa? Kalau-kalau tengok balik, asas untuk bertanya, kita kena berfikir. Orang yang suka bertanya ni tak bodoh, dia banyak mempersoalkan dan berani melontarkan idea dia. Kalau otak/akal tak jalan, memang tak tanya lah.

Orait, dah membebel banyak sangat dah ni. Ingat, saya bertutur dari apa yang saya alami. Kalau tak sama dengan teori belajar secara efektif(!) pendita-pendita di luar sana tu logiklah.

Tanya je. Bukan kena makan pun.






Friday, January 7, 2011

Taste orang lama...

Cuba dengar suara dia. Macam Siti Nurhaliza ada, macam burung pun ada. Tapi tetap sedap. Oh yeah, saya suka semua muzik. Kalau sedap/awesome, tak kisah genre/bahasa, tetap akan sukeee.

Tuesday, January 4, 2011

Kuning @ Yellow

Saya tak pandai menulis blog dalam Bahasa Melayu sebenarnya. Dah lama sangat tinggal penulisan Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, antara langkah-langkah awal nak kembalikan keberaliran idea semasa menulis dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan salah satu lagu faveret saya dari Main Sejuk (Coldplay) yang bertajuk Kuning @ Yellow. Enjoy!


Look at the stars
Lihatlah bintang-bintang itu
Look how they shine for you
Lihat bagaimana mereka bersinar untukmu
And everything you do
dan setiap apa yang kamu lakukan (kehkehkeh dah ada bunyi ayat agama pulak)
Y
eah, they were all yellow
Yeah mereka semua kekuningan

I came along
Aku muncul@tiba
I wrote a song for you
Aku tulis lagu untukmu
And all the things you do
dan setiap apa yang kau lakukan
And it was called 'Yellow'
dan ianya dipanggil Kuning@Kekuningan (anda pilih sendiri)

So then I took my time
Lalu aku pun mengambil masa yang ku perlukan
Oh what a thing to've done
Oh perkara yang telah ku lakukan
And it was all yellow
Dan ianya kuning@kekuningan

Your skin, oh yeah, your skin and bones
Kulitmu, oh yeah, kulit mu dan tulang belulang@rangka mu
Turn into something beautiful
Menjelma kepada sesuatu yang cantik@indah
D'you know? You know I love you so
Tahukah kamu? Tahukah kamu aku amat menyintai mu
You know I love you so
Kamu tahu aku amat menyintai mu

I swam across
Aku berenang ke seberang
I jumped across for you
Aku lompat ke seberang kerna mu
Oh what a thing to do
Oh apakah perkara yang telah ku lakukan
'Cause you were all yellow
Kerna kamu kekuningan

I drew a line
Aku lukis satu garisan
I drew a line for you
Aku lukis satu garisan untukmu
Oh what a thing to do
Oh perkara yang telah ku lakukan
And it was all yellow
dan semuanya kuning@kekuningan

Ulang perenggan 4

It's true
Ianya benar
Look how they shine for you Look how they shine for you
Lihat bagaimana mereka bersinar untuk mu
Look how they shine for
Lihat bagaimana mereka bersinar untuk

Look how they shine for you Look how they shine for you
Lihat bagaimana mereka bersinar untuk mu
Look how they shine
Lihat bagaimana mereka bersinar

Look at the stars
Lihatlah bintang-bintang itu
Look how they shine for you
Lihatlah bagaimana mereka bersinar
And all the things that you do
Dan semua perkara yang kamu lakukan...

Olrait, saya try terjemah ikut konteks ayat. Kalau tak kena, sila bagitau. Oh yeah, kuning tu refer pada kaler bintang kot. Chow, kita maghrib dulu!



http://www.youtube.com/watch?v=i-n75KVcGsw

Monday, January 3, 2011

Eh eh eh...salah jalan

Encik, kalau encik datang sini nak cari bahan bacaan yang menarik, encik salah jalan la. Buat masa ni situs ni dalam konstruksi lagi. Penulis nya kering idea. Kalau nak baca jugak hasil perahan otak, ha jemput jemput lah ke sini. Tapi kebanyakan hasil nya dalam English lah ye. Ada sadur sadur sikit dalam Bahasa Melayu. Orait, thank you sebab datang jugak kat teratak yang hina dina ni. :P