Wednesday, June 22, 2011

...sambungan Earth, eh silap heart...

Di mana saya tadi? Ohh tadi di depan tv sekarang di depan lappy (agak effeminated memanggil laptop sebagai lappy, vacation sebagai vacay, whatever sebagai what-e-verrrr, 'e' yang dipanjangkan, bibir bawah dijuihkan sedikit ke depan ketika menyebut 'verrrr' sepanjang 3-4 harkat).

Serius. Serius sekarang. Alrighty, keburukan membiarkan penulisan tergantung ialah agak sukar untuk kembali ke mood yang diperlukan untuk menyambung karangan online ni supaya sampai maksud awalnya. Mula-mula ingat nak tulis pasal hati/heart yang jiwang karat dan jiwang keparat tapi setelah baca balik bahagian pertama, agak terbantut rasanya nak tulis tambahan pulak dah banyak karya yang terhasil yang berkaitan dengan kejiwangan yang boleh buat lelaki yang paling maskulin pun duduk meniarap atas katil sambil peluk bantal kaki bengkok ke atas ketika mentelaah karya berkenaan. Hey don't look at me like that! Hey jangan pandang saya sedemikian! Saya tak tidur meniarap!

Tu dia intro.

*****

Di dalam entri yang lepas saya ada menyebut berkenaan heart sebagai organ yang paling kuat dalam tubuh manusia. Tapi tu heart yang kita rujuk sebagai jantung! Yang pam darah ke seluruh tubuh manusia! Yang saya cakap ni heart/hati yang mana satu ni? Sekarang anda nampak kekeliruan saya dalam hal ni? Kalau tak nampak buat buat nampak. Ok? Calit. Heart/hati yang saya nak refer dalam entri kali ini juga sebenarnya 'komponen' yang paling kuat dalam kejadian manusia.

Sebelum kita pergi lebih jauh ke dalam kekeliruan yang saya cuba timbulkan sila baca ayat di bawah:

Bila nak mintak/suruh orang buat kerja sungguh-sungguh: "Come on lads, put your hearts into it!"

Bila nak tenangkan orang yang baru kenampakan/kena kacau perkara-perkara mistikus: "It's all in the mind".

Bila marah pasal dapat tahu pakwe/makwe yang bukak cawangan baru setelah mencurahkan kasih sayang pada diorang lebih pada keluarga sendiri: "You ni memang tak berhati perut tau! I beli you itu, I beli you ini, sanggup you lukakan hati I!".

Bila be-romatinka di tampoi: "I selalu ingat kat you. Lubang hidung you menjadi pujaan hati I."

Perkataan ditebalkan dengan bersebab. Salah satu sebabnya, saya keliru. Ingat=memori=dalam otak bukan? Agak lama saya tersekat dekat sini. Kalau nak diikutkan kekeliruan saya, entah sampai bila baru entri ni siap. Nak kata falsafah tak la sangat, falsepah ada. Falsafah yang bersepah. Perlu belajar ilmu metafizik baru ada wibawa untuk bercakap berkenaan hal-hal yang terlalu open definisinya. Tapi zaman sekarang, buat apa buang masa belajar susah-susah kalau tak bawa pulang gaji yang lumayan betul tak? Kepada yang tidak faham, itu pernyataan bersifat sindiran. Terpaksa terima hakikat betapa money-oriented nya kehidupan kita. Bila kerajaan bercakap berkenaan brain drain, berkenaan betapa pentingnya golongan ilmuwan, saintis, tersenyum sinis saya dibuatnya. Eh saya tak nak bercakap hal serius macam ni dekat blog saya. Ianya produk sebuah sistem yang tampak elok pada mereka yang tidak mahu ambil tahu atau terlalu penat untuk keep up kerna sebenarnya, piston sudah hancur, gigi gear sudah reput, aci (shaft) tunggu masa untuk patah. Lebih baik saya buat lawak bodoh.

Mengapa saya cakap heart/hati ni salah satu komponen yang terkuat dalam kejadian manusia? Sebab satu komponen ni boleh menentukan hidup atau mati kita. Macam over ja bila sebut hidup atau mati. Ya benar, dalam keadaan kes yang paling teruk, keadaan heart/hati kita bakal menentukan hidup atau mati kita. Dulu saya belajar agama, ustazah/ustaz saya ajar, ajal maut memang di tangan Tuhan, tapi dalam Islam ia antara perkara yang boleh mintak Allah ubah. Selain berdoa, berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah antara amalan yang memanjangkan umur insyaAllah.

Keadaan kes paling teruk? Worst case scenario. Anda pernah tonton siri "I shouldn't be alive" di Discovery Channel? Takpun contoh paling senang, pelombong di Chile yang terperangkap selama hampir 70 hari? Apa yang memberikan mereka kekuatan untuk terus berusaha untuk terus hidup? Keazaman untuk terus hidup? Dari mana datang keazaman? Dari memori dengan yang tersayang? Dari perasaan takut? Cukup-cukuplah dengan soalan tu. Saya percaya saya boleh mudahkan hal ni dengan kata dari heart/hati yang cekal. Saya tak dapat nak jelaskan asas kepercayaan saya cuma saya boleh kata dalam keadaan yang mendesak, setelah puas berdoa, saya boleh harapkan heart/hati (walau di mana jua ia berada dalam konsep kejadian manusia) saya untuk saki baki kekuatan yang diperlukan. Tinggal tubuh badan yang nyata ja sama ada ia mampu atau tidak untuk meneruskan perjalanan dengan kekuatan dari heart/hati ini tadi. Bak kata mat salleh "The mind says yes, but the body says no". Lebih kurang tambah tolak campur macam tu lah.

Semakin panjang saya menulis, semakin jauh saya rasa dari tujuan asal entri ni. Baiklah saya mudahkan kepada 2-3 ayat sahaja lagi. Heart/hati ni komponen dalam kejadian kita yang sangat berpengaruh dalam menentukan siapa kita. Ia kuat. Sangat kuat. Tapi ia mudah dipujuk untuk lemah. Jangan benarkan. Orang yang kita sayangi antara paksi kekuatan heart/hati ini. Diri kita sendiri adalah antara makhluk/orang yang kita patut sayangi.

Heart/hati, I don't really know where you are exactly, but I know I can rely on you. Stay strong.

Hoh penat memikior.


No comments:

Post a Comment