Thursday, June 9, 2011

Anak Penakan Lauk Ayam.

"Ok, ok lagu AJL yang mana yang kau tahu?" tanya kawan saya. "Sorry la Nan, aku tak berapa amik tahu pasal AJL..." jawab saya. "Lagu Goo Goo Dolls jom?" saya menyambung. "Iris, lagu yang popular time sekolah menengah dulu..". "Ala lagu English je, jom try lagu Melayu la pulak. Anuar Zain boleh?" dia menjawab. Terus tergelak dengar cadangan terakhir.

"Lagu Kak Limah? Cinta Kristal?" tanya beliau lagi. "Eh tu lagu Rahim Maarof dulu kan? Boleh cuba, tengok chords dengan lirik dulu", jawab saya. Lalu ber-jamming jamming lah dua anak muda (kunun) dari pukul 12 tengah malam sampai ke pukul 3 pagi dengan pelbagai lagu dari lagu zaman 60-an sampailah ke lagu raya. Semua bantai.

*****

Kembali ke tajuk. Saya baru belajar frasa tu sebenarnya. Apa maksudnya? Meh dekat sikit takyah saya cakap terjerit-jerit. Kalau tak mandi, langkah satu hasta ke belakang. Ewah mengada-ngada.
Anak penakan tu dalam bahasa lain, anak saudara. Lauk ayam tu tafsiran yang straight to the point. Ayam yang telah cukup umur lalu dikorbankan kemudian dicuci, dan dimasak untuk dijadikan lauk. Habis tu, apa kaitan anak saudara dengan lauk ayam? (Macam nak menerangkan konsep fizik pulak LOL).

Lauk ayam ni pada suatu ketika dahulu lauk yang dianggap mewah sangat. Pada ketika masyarakat bergantung hidup pada hasil-hasil cucuk tanam, belaan sendiri dan pelbagai kaedah yang hampir pupus terima kasih kepada pembangunan yang memudahkan lagi hidup. Boleh kata nak rasa lauk ayam ni kalau anda bukan anak orang kaya, kena tunggu ada event special, atau tetamu yang bertandang ke rumah. Kalau tak ada, ikan sungai, pucuk-pucuk ulang sampai ada peristiwa-peristiwa yang disebut di atas. Takpun sampai anak-anak kat rumah (suami pun sekali) merengek-rengek nak makan ayam. Eh mengada-ngada betul suami kalau merengek-rengek. Tampor aje...teringat lagu Tamparan Wanita kumpulan Elite LOLOLOL..~Aha...caraku dan caramu...~

Baiklah kembali ke mesej teras. Anak penakan lauk ayam ni membawa maksud, sanak saudara yang bertandang ke rumah pada masa tertentu aja. Masa tertentu? Bila ada event special ataupun bila tuan rumah tengah mewah. Masa tuan rumah tengah susah atau tak ada apa-apa majlis, no way! "I busy la. Kucing I nak beranak kena cari doktor. Mana ada masa nak melawat sedara-sedara ni" Ok itu contoh.

Saya percaya tak perlu kot saya terangkan lebih lanjut dengan contoh-contoh yang boleh bikin rasa pedas. Bukan apa, saya pasti semua kita dah pernah melalui perkara sedemikian. Saya bukan menulis untuk mengadili, tapi cuma untuk saling mengingatkan. Sebagai siapa kita dilahirkan ke dunia ini bukan pilihan kita. Lebih kepada ujian untuk kita.

"Kau rasa kau kaya? Mari lihat bagaimana kau gunakan kekayaan kau."

"Kau rasa kau bijak? Mari lihat untuk apa kau gunakan kebijaksanaan kau."

"Kau rasa kau cantik atau kacak? Mari lihat bagaimana kau guna kelebihan fizikal kau."
Lebih kurang begitulah.

Mak saya pernah cakap pada saya masa saya kecik-kecik dulu, kena jaga hubungan saudara-mara ni, sebab bila kita kahwin, diorang ni jugaklah yang akan menumpang gembira, datang meramaikan majlis. Bila kita meninggal dunia, harap-harap mereka jugalah yang berbondong-bondong datang membaca Yaasin dan mendoakan kesejahteraan kita di sana. Nak tulis jugak macam mana mak saya cakap dalam bahasa Rawa (Rao), "Kao kono pandei bersodagho. Kawin ke mati kilen (kilen=uolss la ni) sodagho kao jugak yang datang."

Pendek cerita, jaga saudara ketika susah dan senang. Kita takkan tahu bila masa kita akan memerlukan mereka.

Oh cerita di sebalik bagaimana saya belajar pepatah ni begini, kawan saya ada sedara di satu tempat. Dia cuma melawat time Hari Raya ja. Bila dia bagitau dekat mak dia pasal sikapnya, mak dia pun ajaq kat dia pasai pepatah ni. "Hang ni...anak penakan lauk ayam betui noooo!!"kata ibunya sambil goyang-goyang gelang kat tangan. Ok yang terakhir saya exaggerate.

Ok enjoy, lagu Iris. Suara serak-serak basah agak seksi. Apa? Walaupun saya lelaki, jangan risau saya tidak berhayun ke arah itu.








No comments:

Post a Comment