Thursday, May 26, 2011

Kemelut.

Bila baca balik entri yang lepas, rasa mahu ditampor aje diri ini dengan entri separuh masak, rebus tak lembut, goreng tak garing tu. Tapi setelah teringat sakitnya kena tampor, terus tak jadi, sebaliknya mengusapi pipi dengan pencuci muka jenama sekian sekian.

Apakah halnya (Apekeheinye) tajuk macam cerita cinta yang macam ada kaitan dengan cerita cinta 3 segi, hero berupa seperti Awie, naik motor besor ke hulu ke hilir bawak anak dara orang last-last clash? Tu jauh betul tanda soal dari kata soal tu. Saya sebenarnya teringinlah berbicara tentang kemelut di dalam diri ini dan juga mungkin diri-diri yang lain.

Apakah kemelutnya? Saya menulis tentang sifat sabar, mengapa perlu sabar, dalam banyak entri. Bukan dekat blog ni ja, malah blog saya yang pertama. Tapi sebenarnya hampir setiap masa saya bergelut untuk mengekalkan sifat sedemikian.
Saya seorang yang gelojoh dalam mengejar cita-cita. Tak kisahlah cita-cita dalam kerjaya ka, hidup ka, benda-benda lain ka (cececece malu nak sebut yang lain lettew).
TAPI kali ni saya nak menulis tentang kemelut yang saya hadapi dalam mengekalkan sifat yang sepatutnya dalam mengejar perkembangan kerjaya.
Mengapa perlu tulis? Sebab nak bagi diri saya sendiri beringat dan kalau orang lain belajar sesuatu dari apa yang saya tulis, tampar telapak tangan saya dengan riang gembira (high five!).

Saya masih muda dan mentah (ok orang lain mungkin akan kata, mentah mungkin, muda? Hmmmm haha) dan jika diletakkan diri saya di sebelah garis kerjaya saya, saya berada di tempat yang agak baik tapi sebenarnya saya tak berpuas hati sebab ada manusia yang jauh lebih BERUMUR berada di tempat yang lebih baik. Itulah kelemahan saya, saya tak nampak umur mereka, berapa tempoh lama yang diperlukan untuk mereka sampai ke sana. Saya cuma nampak, oooh mengapa aku belum berada di sana.

Kadang-kadang saya sedar, tapi bila saya terfikir kemahuan peribadi, sifat tidak sabar muncul kembali macam "Tadaaa! Saya sifat tidak sabar anda!" Lantas diri menjadi tidak selesa, gelisah tak semena-mena.

Apa yang saya buat bila sifat sedemikian menjelma? Kalau saya sedar situasi perasaan saya pada masa tersebut, saya cuba fikir apa yang saya kejar sebenarnya? Wang? Kemewahan? Kemudian saya fikir kelayakan saya. Dalam bidang saya, pengalaman tidak boleh dipaksa-paksa, dan kaedah cuba jaya juga tidak boleh diterima pakai. Segala penyelesaian harus berdasarkan informasi yang pasti bukan 'I think' I think'. Mesti 'I believe'! Syukur Alhamdulillah, apabilasaya berdepan perasaan sedemikian, kerap kali Allah akan bagi masalah baru pada saya. Masalah yang buat saya berkerut dahi, tertekan dalam keadaan yang terkawal, berpeluh-peluh ketiak, habis baju kerja basah dan buat saya terpaksa merendahkan ego dan bertanya pada mereka yang lebih tahu.
Terduduk saya dibuatnya. Nah, baru tahu kau tahu kau layak atau tidak untuk berada di tempat yang kau impikan. Kau rasa kau patut dapat tempat tu? Fikir semula.
Apa jadi kalau saya tak sedar? Mulalah buka Google, dan cari peluang kerjaya di tempat lain merentas benua tak kira negara. Hati gelisah dan lupa untuk berserah. Otak ligat memikir helah sekiranya dipanggil untuk temuduga. Bahaya, bahaya, saya bermain dengan nyawa manusia. Yang paling penting sekali, saya lupa bersyukur ketika ramai manusia seusia saya bergelut mencari kerja dan jika sudah bekerja bergelut untuk menyukai kerja mereka.

Moga-moga saya berupaya mengekalkan sifat waspada dan bersyukur dengan bagaimana kehidupan mengajar saya bagaimana mahu menjadi manusia yang berwibawa.

p/s: entri ni agak serius. Selalunya entri serius agak memenatkan bila habis baca, maka henyakkan diri anda di kerusi empuk dan nikmati video ini.

No comments:

Post a Comment