Tuesday, April 5, 2011

Adaptasi

Terlelap awal sangat. Terbangun lepas tu ter-on lappy, lepas tu terlelap balik, lepas tu terjaga balik, terus decide nak buat entri baru.

Masa saya darjah 6, cikgu Alam dan Manusia saya pernah cakap, salah satu kelebihan manusia yang paling penting ialah adaptasi, kebolehsuaian. Ada sesetengah orang mungkin ragu-ragu, tapi salah satu kekuatan saya, ialah memori. Saya benci menghafal, benci sangat-sangat, tapi kalau ada konsep tentang sesuatu perkara yang saya dapat tangkap, insyaAllah saya boleh ingat untuk jangka masa yang panjang, teori, kata-kata hikmah dan yang seadik-beradik dengannya. Dia bagi contoh, seorang ahli angkat berat amatur yang mula-mula akan angkat beban yang tak berapa berat, lepas tu hari demi hari dia akan tambah berat beban tu. Jadi beban yang sebagai contoh mungkin 50 kilo akan naik lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampailah ke batasan yang dia sanggup harungi. Batasan muktamad tak ada sesiapa boleh putuskan dengan muktamad.

Apa yang terjadi sebenarnya dalam proses adaptasi ni?

Dalam bahasa senang, contoh bila kita bersenam, kita sebenarnya meregang dan mengendurkan otot-otot kita. Sampai satu tahap, otot-otot ni akan tercedera, bila tercedera (ni bukan injured macam terkoyak otot paha lepas tu tersadai atas katil 2-3 bulan untuk pemulihan ye), respon automatis badan kita dia akan cuba repair. Bila repair, badan akan assess kerosakan dan buat pembaikkan yang patut. Lalu terhasillah badan yang lebih kuat dan cergas dan juga pepatah orang putih, "What doesn't kill you makes you stronger".

"Ohhh, ada gap di antara otot ni dengan otot di sebelah, hah repair, repair cepat, tampung!"

Haha contoh agak sucks. Tapi antara tips untuk mendapatkan badan yang toned, langsing, ialah, selepas bersenam buat senaman regangan, kalau boleh cium lutut masa kaki straight memang terbaik. Boleh rasa keregangan otot betis, dan otot paha. Masa tu otot-otot tersebut fleksibel dan mudah 'dicederakan'. Selain tu, amalkan pilates selepas senaman berat, baik untuk tulang belakang sebab dia bina kekuatan core (area perut) untuk turut sama menampung berat badan dan juga membentuk tubuh badan langsing. Video kat youtube banyak bab-bab pilates ni, pandai-pandailah pilih yang sesuai dan paling informatif. OH pilates nampak mudah, tapi cuba dulu :) .

Selain tu, kebolehsuaian manusia ni di-demo-kan lagi menerusi perkara yang berkaitan perasaan. Pengalaman saya tinggal di asrama di Kedah. Masa mula-mula masuk Form 1, awal-awal memang seronok sebab dapat lari kejap dari mak saya yang suka berleter-leter sayang. Ramai kawan-kawan yang saya jumpa pun macam tu. Tapi lepas seminggu, ramai yang start buat perangai. Demam lah, pura-pura meracau lah (serius!), keluar dari shower room mata merah-merah, bengkak-bengkak, rupa-rupanya menangis bawah pancuran air supaya ke-macho-an tu tak terjejas. Mana boleh beb, awek cun-cun. Kacau aa gua punya imej kalau menangis open-open. Saya seminggu ok lagi. Sebab dah terbiasa pergi kursus-kursus zaman sekolah rendah. Tapi masuk sebulan, udahlah katil saya tepi tingkap dekat dengan tempat parents jemput anak-anak diorang, tangkap dalam beb! Genggam bantal tu macam boleh terkoyak sarung dia tengok diorang balik, asrama pun sunyi je boleh bikin jiwa kacau. Bila cakap dengan mak pun macam menggigil-gigil rindu. Menangis la kejap, tapi lepas tu lama-kelamaan ok. Malah makin kuat hati ni sebab dah terbiasa hadapi banyak perkara seorang diri.

Antara perkara-perkara lain yang boleh dikaitkan dengan kebolehsuaian manusia ni ialah akal.

Thomas Alva Edison pernah cakap "Genius is 1% inspiration, 99% perspiration. Siapa dia ni? Anda boleh google, tapi saya bagi info ringkas. Seorang manusia yang pernah jadi bengap, seorang manusia yang pekak tapi bertanggungjawab dalam mencipta mentol lampu. Itu satu, dia juga pencipta teknologi telefon. Ibunya salah seorang individu yang berperanan besar dalam membentuk jati diri Thomas Alva Edison ni. Dia juga antara penemu banyak konsep-konsep manufacturing. Ayat pendek, manusia yang percaya genius adalah hasil usaha yang sangat-sangat keras.

Orait, mengantuk saya dah datang balik. Sebelum saya tidur, saya tinggalkan anda dengan kata-kata hikmah ni. Mari kita renungkan sambil kembali ke alam mimpi.

Pain is temporary. It may last a minute, or an hour, or a day, or a year, but eventually it will subside and something else will take its place. If I quit, however, it lasts forever.
Lance Armstrong

Video ni salah satu contoh adaptasi manusia. Nak capai kelajuan pukulan tu sangat susah. Latihan dia membosankan, saya dah try tapi disebabkan kerjaya dan komitmen pada perkara-perkara lain saya tak dapat la nak follow. Dengan teknik yang betul, anda hanya guna jari-jemari je untuk pergerakan selaju tu. Ok, ok sudah, sudah main point is, kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih.





No comments:

Post a Comment