Tuesday, April 12, 2011

Terganggu.

Petang tadi, saya dikejutkan dengan berita helikopter terhempas di Sibu. Saya benci sangat berita berita sebegini. Isteri kepada rakan sekerja saya yang bekerja di Sibu memberitahu suaminya menerusi telefon. Dia salah seorang saksi kejadian. Suaminya tagged pula saya di salah satu gambar yang dirakam isterinya di FB...

Apa yang terjadi sebenarnya? Saya tak nak buat spekulasi, biar Jabatan Penerbangan Malaysia yang buat siasatan. Tapi yang saya berani kongsi ialah, helikopter tu pada waktu tu baru nak take-off selepas menurunkan penumpang dan muatan. Helikopter adalah mesin yang sangat-sangat versatil. TAPI, sangat-sangat sensitif pada persekitarannya. Dia jauh berbeza dari kapal terbang biasa. Sekiranya berlaku perubahan arah angin yang mendadak, helikopter amat cenderung untuk menjadi tidak setabil.Pada ketinggian yang rendah, sangat sedikit masa untuk pengendali helikopter mengawal semula sebelum ia menyentuh tanah.

Kipas helikopter yang besar tu (rotor blade), apabila berpusing, merupakan komponen utama yang menyumbangkan daya angkat (lift) untuk helikopter, dan juga merupakan komponen utama yang dikawal apabila perubahan pada pergerakan helikopter diperlukan. Tapi, apabila main rotorblade ini berputar, ia cenderung untuk memutarkan sekali badan helikopter (inertia), untuk mengatasi daya ini, kipas pada ekor helikopter, tail rotorblade akan melawan daya ini dengan menghasilkan daya tolakan yang sama magnitud tapi berlawanan arah dengan kecenderungan untuk memusingkan badan helikopter. Bahagian ekor ini jugalah bahagian yang paling sensitif terhadap gangguan. Menurut beberapa orang, ketika helikopter tadi nak take-off, berlaku power loss (kehilangan kuasa pada main rotorblade), tapi ini sepatutnya tidak cukup untuk membuat heli tersebut terbalik ke satu bahagian. Jadi, ada pihak yang mengatakan kemungkinan angin kuat menyumbang kepada tragedi ini. INGAT, jangan buat spekulasi. Ada banyak kemungkinan. Faktor alam, faktor mesin dan faktor manusia. Dalam keadaan terkejut, kadang-kadang refleks kita mungkin mengganggu judgement kita. Saya pernah ketika memandu apabila tiba di selekoh tiba-tiba berhadapan dengan motorsikal yang menggunakan laluan salah, disebabkan terkejut, saya tertekan pedal minyak dengan lebih kuat dan bukan brek, nasib baik kawalan stereng saya tak terpengaruh dan saya berjaya mengelak, kalau tak wallahualam. Contoh lain, syarikat Airbus, lebih mempercayai mesin berbanding manusia, jadi mereka cuba mencipta kapal terbang yang memerlukan interaksi manusia yang minimal. Berbeza dengan Boeing, yang lebih percaya kepada manusia. Ini falsafah design diorang. Saya cuma kongsi.

Ok enough theory.

Apa yang buat saya terganggu sebenarnya, sebab juruterbang tu saya kenal. Dia pernah bekerja di kompeni saya beberapa bulan yang lepas. Arwah seorang yang sangat merendah diri.

Di dalam aviation, di mana gajinya tinggi, ke situlah orang akan pergi, baik juruterbang mahupun jurutera.

Saya benci sangat bila orang yang saya kenal pergi dengan sedemikian rupa. Ya, sudah disahkan Kapten Sahaimi Ghazali sudah kembali ke rahmatullah 8.30 malam hari Isnin, 11 April 2011. Al-Fatihah untuk arwah.

Ini merupakan kali pertama perkara ni berlaku pada saya. Saya belum cukup kuat sebenarnya. Saya sangat muda dalam industri ni. Saya akui saya ada terasa sedikit trauma. Sampai sekarang. Ya Allah, saya harap sangat ini yang pertama dan yang terakhir.

Sebelum berita pemergian disahkan saya bersembang dengan boss saya sewaktu bekerja tadi,

"I hope I don't die in an aircraft crash", kata saya

Boss menjawab, "When you enter an aircraft, you don't think about that. You got no choice. What else can you do?"

Terus terdiam. Benarlah, aircraft bukan kereta. Rosak boleh berhenti tepi jalan. Nasib baik, crash landing. Nasib tak baik, wallahualam.

Sebagai salah seorang tenaga kerja yang diberi kepercayaan untuk memastikan kapal terbang/helikopter berada dalam keadaan yang baik, airworthy, apa yang saya boleh buat ialah memastikan kerja saya adalah yang sehabis baik. Itu ikrar saya. Saya tak nak, astaghfirullah, ada anak menanti bapak yang tak pulang, isteri yang menangis-nangis merindui yang disayang.

Memang benar, setiap yang hidup pasti akan mati, tapi sekiranya masa saya tiba, biarlah ia datang apabila orang yang saya sayangi bersedia baik dari segi emosional mahupun material.

Saya hanya mampu mendoakan agar arwah berada di kalangan golongan yang dikasihi-Nya. Untuk keluarga arwah, kuatkan hati, tabahkan jiwa. Amin.


No comments:

Post a Comment