Wednesday, April 20, 2011

Kita dan impian.

Agak klise tajuk entri kali ini. Klise dengan apa? Klise dengan sikap orang emo? :P . Klise dengan sesuatu. Tapi saya nak tulis jugak.

Saya baru habis baca sebuah buku garapan seorang penulis antarabangsa dalam bahasa mat salleh. Tak bukan buku rujukan pembelajaran, tapi novel. Novel, biasalah, ada intro, ada kemuncak, ada waktu mendatar, ada menurun, ada terkejut, ada cinta, ada saspen, ada bosan, macam-macam ada! (tengok ekspresi pun klise, klise sungguh!)

Apekebenda saya nak karutkan
ni? Salah satu cerita mini dalam novel tersebut yang mengakui sedikit sebanyak impian dan fitrah manusia ni sebenarnya.

Cerita dalam cerita? Impian dalam impian? Macam cerita Insepsi opps Inception (habis semua nak di-Melayukan). Mari kita ke cerita mini tersebut. TAPI. Ada unsur-unsur yang kurang sesuai dengan golongan bawah umur, takpelah saya cuba olah dalam bahasa yang mudah, bagai bunga dengan lebah.


Begini ceritanya...Alkisah...tayyib...sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke bawah duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun..

Ceritanya berkenaan seorang wanita Andalusia yang menjadikan keserakahan nafsu lelaki sebagai sumber rezeki. Wanita digambarkan berperwatakan sangat menarik, dengan kulit gangsa, sempurna tanpa cacat cela, bebas dari sebarang tanda, berambut ikal, bibir menguntum bak delima, mata melirik manja tiap kali menyusun kata, memang hebat persis sungguh dengan watak penggoda yang sempurna. Namun, di suatu malam, ketika dirinya leka berpura-pura melayan seorang lagi pelanggan, terlintas di benaknya, bila dia akan berhenti. Dia sedar betapa dia mendamba kasih seorang lelaki sebagai suami, melahirkan zuriatnya sendiri, berkeluarga, berleter sebagaimana normanya menjadi seorang ibunda yang tidak mahu insan yang dikasihinya alpa. Sayang, di kala dia bermimpi itulah, wataknya dimatikan oleh penulis mat salleh tersebut, ditembak oleh seorang pembunuh upahan. Maka tamatlah sudah wataknya yang bagai puing-puing di tepi jalan menuju ke idea sebenar yang cuba dikongsi si penulis.

Ok sudah sudah saya perlu keluar dari mood berkata-kata sedemikian rupa...
di bawah bulan purnama kita bercengkerama... -.-.

Apa yang saya cuba ekstrak sebenarnyew ni? (LOL nak keluar dari mood bermadah bak pujangga haprak merayu-rayu di bawah pohon kelapa)

Watak perempuan tu dari segi pandangan masyarakat, diukur dengan hukum-hakam agama, diletak bersebelahan nilai-nilai moral yang sepunya amatlah jijik, hina dan macam dah takda harapan dah nak cium bau syurga. Tapi kita lupa, dia manusia, kita pun manusia.

Ustazah saya pernah cakap, fitrah manusia ni amatlah suci. Fitrah, the basics. Kita dilahirkan suci. Maka saya percaya, fitrahlah bila kita tertarik, kepingin dengan, impikan benda yang baik. Tapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Di dalam kisah yang saya kongsi tersebut, tidak disebut bagaimana wanita tersebut rasa dengan pekerjaannya, apa yang diceritakan wanita tersebut sedang mengumpul uwang dan dia sememangnya mahu berhenti dan mengejar mimpinya yang suci. Mimpinya suci, caranya tak kena. Caranya tak kena bagi mereka yang dilahirkan ke dunia terus dikelilingi nilai-nilai yang tertentu sebagai panduan. Saya Islam, bagi saya caranya salah. Bagi mereka yang tidak beragama, tidak kenampakan lah apa yang salahnya, duit tetap duit. Takdir saya dilahirkan sebagai saya. Takdir mereka jugalah sekian sekian ceritanya.

disclaimer: Saya bukan ahli agama, malah banyak lagi ilmu yang saya perlu belajar. Bukan ustaz, bukan penceramah. Cuma orang yang dikurniakan idea.

Kita boleh bermimpi dan bekerja untuk mengejar impian kita tapi usahakan lah agar ia tidak bercanggah dengan nilai-nilai yang kita fahami dari agama kita (jika ayat ini relevan dengan kepercayaan anda).

Secara peribadi saya percaya binatang pun punya impian (anda boleh kata saya tengok ciite katun banyak sangat). Tengok kucing yang duduk atas tembok termenung tu, apa la gamaknya yang bermain di fikiran. Mungkin? "Semalam aku tengok iklan Friskies, ada 'kejutan' di dalam setiap butir biskut tu...eee bila la aku nak merasa. Harap-harap tuan aku beli makanan tu untuk aku suatu hari nanti...". Haha! Saya bukan ejen Friskies mahupun ejen apa juga makanan binatang, saya cuma mudahkan gambaran apa yang saya rasa atau teka. Kalau ikut pandangan saya, sedangkan binatang pun bermimpi apatah lagi manusia yang berakal, bisa berkata-kata, (walau sebagaimana kejinya status mereka di mata dunia) pastilah bisa memilih, merancang elok-elok apa yang mahu dimimpi atau diimpikan. (Betul ke salah ni BM saya ni?) edit: perkataan-perkataan berwarna rasanya baru tersampai maksud yang saya nak sampaikan.

Ok, ok, saya dah taip banyak sangat ni. Apa yang saya cuba katakan ialah teruskan bermimpi dan berusaha untuk memenuhi apa yang kita impikan, tapi cubalah berpaut pada titian yang benar. Selalunya dia susah sikit tapi membawa berkat dan rahmat insyaAllah. Satu lagi, kesusahan ketika berusaha bukan sekadar membawa kepuasan malah membina personaliti yang lebih matang dan awesome.


Penutup entri ni agak menghampakan.


Nota: Versi Abba lagi bestlah dari versi Westlife. To each their own I guess.




No comments:

Post a Comment