Saturday, April 9, 2011

Entri emo. Eeee.

Sebelum saya mula, izinkan saya gelak kecil dahulu. *gelak kecil hik hik hik, sambil cuba bundarkan mata*

Saya sebenarnya dah agak, ada sesetengah orang yang akan anggap saya ni jenis manusia emo. Tak saya bukan emo, saya cuma mudah membenarkan aturan perkataan, karya oleh manusia memberikan saya peluang untuk menikmati perasaan yang cuba dikongsi oleh penulis-penulis, pemuzik-pemuzik artikel/lirik yang saya baca. Kalau mood artikel marah, maka saya juga akan rasa marah dan takut kena marah, kalau sedih, terikutlah sekali perasaannya, kalau penuh semangat dan bercita-cita, saya pun turut sama. Begitulah ceghitenye. Emo ke macam tu? Kalau anda rasa emo, maka emo lah jadinya. Personally, yang saya faham, emo ni lebih kurang tambah tolak macam, Romance Kimia Ku, My Chemical Romance. Ketrampilannya 'dark', suicidal, huruf EFFF terhadap makhluk sekeliling dan yang sekeluarga dengannya.

Kalau tak emo, habis tu apa dia? Saya suka terma sensitif. Dalam bahasa urban, Lelaki Sensitif Alaf Baru. LSAB (macam skim pelaburan amanah saham pulak), Sensitive New Age Guy. SNAG.

Bukan lelaki lembut! Auww mintak simpang nyah!

Saya suka cuba describe apa yang saya rasa ke dalam bentuk yang saya rasa boleh buat orang lain nampak apa yang saya nampak atau rasa. Salah satu entri saya sebelum ini ada describe berkenaan 'kuisan-kuisan pada tali gitar yang seolah-olah mengiringi pari-pari berlari di atas air berpakaian seperti penari ballet'. Feminin ke? Emo? So? Saya rasa indah, maka saya kongsi. Saya akuilah, masa kecik-kecik, selain makanan, video-video kartun disney antara sarapan saya setiap hujung minggu. Faveret? Heroin Disney paling cun pada pandangan saya? Sleeping Beauty! Cinta kanak-kanak pertama.

Satu contoh, dalam salah satu perjumpaan dengan saudara-mara saya, saya describe pada diorang yang perut saya rasa kenyang macam....dalam satu beg, anda letak batu, lepas tu letak pasir, lepas tu letak simen, lepas tu letak air, sendat nak mamfus! Seronok lah kalau anda dapat describe apa yang anda rasa ke dalam suatu bentuk yang lain.

Apa lagi contoh ek?

Oh saya suka berlari. Pernah terlintas di dalam salah satu artikel yang saya baca, berlari ni sukan yang memerlukan passion. Yelah macam mana seorang manusia ni boleh paksa/dera diri dia berlari je tanpa henti tanpa passion (cinta terhadap berlari-sukar nak cari perkataan yang sesuai)? Bila dah sampai hujung hujung, saki baki tenaga yang tinggal, terasa pergelutan di antara semangat dengan kemampuan fizikal saya. Otak saya terasa kosong, tak mampu fikir. Bila dah sampai momen sedemikian, saya cuma boleh fikir ni je 'Keep Going and going and going and going and going and going....'. Tangan dah tak mampu nak hayun (dalam teknik larian yang betul, hayunan tangan sangat minimal), saya biar dia terlunjur ke bawah. Kaki je yang hayun. Setiap hayunan tu mengerah segala keringat, betul-betul terasa-rasa badan ni mencari-cari di segenap seluruh tubuh mana lagi nak dapat sumber tenaga. Pandangan saya masa tu, memang blank. Saya pandang menerusi orang. Kalau zombie tengok pun, dia akan cakap, "Mamat ni takde perasaan ni. Seramnye....".

Bila saya berhenti, ya Allah, sangat-sangat terasa hidupnya diri saya. I feel alive! Terasa seperti saya mampu melakukan apa sahaja. Penat memang penat, tapi kepuasannya memang takde perkataan yang sesuai yang dapat saya utarakan sekarang. Selatankan pun takda.

Ehh alamak, waktu lunch nak habis. Nanti kita beremo-emo lagi. >_>

Enjoy, cinta kanak-kanak pertama saya. LOL!

No comments:

Post a Comment