Saturday, March 26, 2011

L.A.M.E. part 2

Haha sebenarnya saya agak menyampah buat episod-episod ni. Tapi kadang-kadang karutan melebih-lebih, maka terpanjang lah entri yang sepatutnya pendek. Satu lagi, saya agak keliru sebenarnya nak menerangkan berkenaan sistem perlesenan jurutera sekarang, sebab bulan 6 (Jun 2011) nanti, sistem kita akan berubah secara besar-besaran. Sebelum ni, kita ikut sistem British yang lama, tapi sekarang diorang dah lama dilaraskan dengan sistem di Eropah, jadi sekarang kita akan cuba untuk selaraskan pulak dengan sistem Eropah. Kalau guna nama khas, dari British Civil Aviation Requirements kepada European Aviation Safety Agency punya sistem. Kita guna acuan sendiri, tapi contents sama.

Di mana kita ya? Oh bagaimana mahu menjadi L.A.M.E? Ada cara mudah, ada cara susah. Setiap jalan yang bakal dibentangkan, ada kelebihan, ada kekurangan. Tapi sebelum kita pergi lebih jauh, ada beberapa perkara saya kena tekankan.

1) L.A.M.E. BUKAN degree engineer. Tapi, if you got the license, you boleh sambung masters terus dalam related field. Most universities yang iktiraf lesen ni di UK. Di Malaysia saya kurang pasti. Perkara ni berubah-rubah, bergantung kepada perundangan penerbangan kita dan juga antarabangsa.

2) Ada dua cabang lesen. Satu yang lebih menjurus ke arah mekanikal yang buat masa sekarang dipanggil 'A and C (Airframe and Powerplant)' dan satu lagi dipanggil avionics yang lebih menjurus ke arah sistem elektrikal, eletronik dan cabang ni dikhususkan lagi kepada Electrical (E), Instrument (I), Autopilot, dan Radio (R). Saya dalam cabang yang kedua.

3) Kena sabar dan usaha. Sabar, sabar, sabar dan sabar.

4) Kebanyakan jalan yang bakal diutarakan memerlukan kelayakan minima untuk ditemuduga: SPM, BI, Math and Physics must be strong.

Method 1
Join Malaysian Airlines punya apprenticeship program.
On paper, this is the easiest way, tak payah keluar duit sendiri. Diorang dah buat benda ni dah lama dah. Acuan dah siap, keluar masuk engineernya.
So watch out for their ad in the newspapers. Sesiapa yang ada saudara mara yang bekerja dengan MAS, you guys got the upperhand. Sebab sepatutnya lebih awal tahu mengenai pengambilan (antara sebab-sebab lain).
Programnya 5 tahun, sepanjang program, sesi kelas yang diselang-seli dengan praktikal (hands-on). Anda akan dihantar sama ada ke Subang atau ke KLIA untuk sesi praktikal. Dapat elaun bulanan. Amaun saya tak pasti. Anda juga turut menikmati faedah sebagai staf MAS.
Biasanya, pada tahun terakhir sebagai apprenticeship, anda akan dihantar untuk kelas pengkhususan kepada jenis-jenis kapal terbang yang dimiliki oleh Malaysia Airlines. Anda akan diikat dengan bond. Biasalah, kursus ini yang akan menambah nilai gaji seorang L.A.M.E. Tak ikat nanti, dapat course terus cabut. Ramai dah cabut pergi middle-east. Siap ada perkampungan Malaysia lagi kat sana.

Method 2
Join UniKL MIAT.
Durasi, 3.5 tahun. Lepas SPM sudah boleh apply. Praktikal, 6 bulan terakhir di penghujung pengajian.
Yuran, boleh apply MARA.
Lokasi praktikal? Merata-rata. Akan dibantu oleh pihak pengurusan universiti.
Anda akan dapat diploma dalam Aircraft Maintenance dengan pengkhususan tertentu dan anda juga akan layak untuk menduduki peperiksaan untuk memperoleh lesen. Konsep studi macam dekat universiti. Maknanya jadualnya agak free. >_>

MIAT click sini!

Method 3
Join Aero-Precision Resources Training Centre. APR. Saya datang dari sini. Private college. Durasi: 3 tahun. Kelayakan minima: Diploma atau Ijazah dalam bidang berkaitan.
Yuran: Sendiri, dulu boleh apply MARA, tapi sekarang saya tak pasti.
Praktikal merata-rata jugak. Pattern pengajian macam Malaysia Airlines (3 bulan kelas, 3 bulan praktikal selama 3 tahun lebih kurang), kelas 5 hari seminggu, 9-5 petang. Hasil sudah terbukti. Ewah promote lebih. Tak saya tak dapat apa-apa share, saya suka tolong kolej ni sebab MD dia antara father figure yang banyak memberi semangat pada saya untuk kejar cita-cita saya. Juga seorang LAME.
Perlu tunggu pengiklanan untuk pengambilan di akhbar-akhbar utama. Ohhh berita dari rakan saya, hari Sabtu 2 April 2011, ada assessment untuk intake baru. Ohhh tidak, tidak boleh walk in, tapi boleh try submit permohonan jika masih berminat.

APR click sini!


OK, saya bagi 3 sahaja. Ada beberapa kolej lagi, tapi setakat ni yang saya dah jumpa hasilnya dan agak meyakinkan adalah dari 3 kolej disebut di atas. Juga, menjelang perubahan besar-besaran yang saya sebutkan di awal entri, 3 kolej ni berada dalam posisi yang terbaik, baik dari segi persediaan modul/silibus pembelajaran mahupun pengiktirafan dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (ini yang paling penting! sangat penting! sangat sangat penting!).

Modul-modul pengajian? Hmmmm nak terangkan jugak ke? Banyak, lebih kurang 13-14 modul bagi cabang lesen yang utama (faham ke ayat ni?) merangkumi aspek teknikal (of course), human faktor, legislasi aviasi (haha mengada-ngada) perundangan penerbangan lah.

Ingat, apa yang saya kongsi di sini adalah sangat-sangat dinamik. Ianya akan berubah-rubah dan selalunya dipengaruhi oleh perkembangan perundangan antarabangsa dan juga negara kita. Kalau berminat, cari yang diiktiraf oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. Hey saya agak mengantuk dengan karangan saya sendiri. Tapi kalau berminat (tengok ayat tak kreatif dah berulang-ulang) bolehlah bertanya di alamat sesawang yang diberikan di atas. Tak tanya tak tahu. Nak tanya saya pun boleh. Saya cuba jawab.

Industri ni (selenggaraan pesawat) sangat sangat memerlukan kuasa manusia (manpower). Baik di Malaysia, mahupun di seberang laut serata dunia.
Okay, perut lapar, kalau ada maklumat yang saya rasa perlu tambah, saya akan buat entri baru.

Hari ni saya nak kongsi video ni sebab bunyi petikan guitar dia buat saya terbayang pari-pari pakai baju ballet (tutu) sambil berlari-lari atas air ikut irama gitar tersebut. Ahhhhhh serius saya dihantui oleh setiap kuisan pada tali gitar tu....ok ok pay attention.






No comments:

Post a Comment