Sunday, March 20, 2011

L.A.M.E. part 1

Saya baru balik dari Hari Kerjaya yang diadakan di Pustaka Miri. Apa yang saya alami, perhati membuatkan saya teringin nak berkongsi. Ramai sangat yang tak tahu tentang situasi dunia penerbangan di Malaysia ni terutamalah kalau tak ada ahli keluarga mereka yang terlibat dalam industri ni. Saya pun tak ada, tapi saya bersyukur sebab beberapa peristiwa yang terjadi di zaman persekolahan menyebabkan saya teringin nak berlari ke langit. Tak nak jejak ke bumi. Lalu di sini saya berdiri.

Ok cukup, kita tinggalkan peristiwa tersebut di situ.

Selalunya kalau kita tengok kapal terbang yang gah di angkasa, kita akan terbayang juruterbang-juruterbang yang segak, pramugari-pramugari yang menawan, dan keajaiban teknologi dalam dunia penerbangan.

Kita jarang terfikir tentang mereka yang beraksi di belakang tabir.

L.A.M.E. akronim untuk Licensed Aircraft Maintenance Engineer. Jurutera Penyenggaraan Kapal Terbang Berlesen. Lebih kurang la.

Soalan yang kerapkali diajukan waktu ekspo tadi, "Diorang buat apa ek?"

Senangkan cerita, tiap kali juruterbang turun dari pesawat, kepada LAME inilah tempat mereka mengadu. "Yob, terbang tadi kan, warning dari sistem ni asyik keluar lah, ape ke he nye?" . LAME,"Nanti teman tengokkan".

Aduan tak dibuat dalam percakapan semata-mata, tapi untuk formaliti ditulis dalam buku log kapal terbang, aircraft technical logbook. Industri ni adalah industri yang sangat mementingkan setiap rekod aktiviti senggaraan yang dijalankan ke atas sesebuah pesawat. Mengikut perundangan, setiap rekod perlu disimpan sehingga 2 tahun selepas kapal terbang tidak lagi terbang ataupun out of service. Jadi arkib untuk setiap pesawat memang besarrrrrrrrr. Dari lah waktu ia dilahirkan sehinggalah waktu habis madunya.

So, lepas dapat report dari juruterbang tadi, LAME buat apa? Buat lawak. Tak, LAME ni akan cuba membaikpulih kerosakan, kemengadaan yang telah diadukan. Selagi kerosakan tu tak diatasi, selagi tu LAME tidak akan membenarkan pesawat tadi beroperasi. Kalau LAME kata 'No Go', maksudnya 'No Go'. Apahal kerek semacam? Well, LAME yang akan sign off pesawat tu A OK, tanggungjawab yang dihenyakkan ke atas bahu sangat-sangat besar. Pesawat tu nanti nak bawak anak orang, bapak orang, mak orang, tunang orang, isteri orang, suami orang, pendek kata nyawa yang sangat tidak ternilai harganya. Bila LAME dah puas hati, dia akan catat pula tindakan yang telah diambilnya untuk mengatasi kerosakan tersebut di dalam buku log yang di sebut awal tadi.

Contoh:

Defect
During flight, system A warning intermittently popped

Action Taken
Test on system A carried out. Found sensor at location X malfunctioned, sensor replaced. Test carried out found satisfactory. Nil warning observed.

Kemudian LAME akan sign off. Setiap tandatangan yang diturunkan mewakili pernyataan ini, pernyataan yang perlu dihayati dan dihafal oleh setiap LAME kerana ia merupakan petikan ayat perundangan.

The work recorded has been carried out in accordance with the Malaysian Civil Aviation Regulation 1996 for the time being in force, and in that respect, the aircraft/equipment is considered fit for release to service.

Sekiranya terjadi sebarang insiden atau kemalangan pada kapal tersebut, tandatangan terakhir yang membenarkan pesawat untuk terbang akan menjadi orang pertama yang dicari untuk siasatan.

Jadi, saya pendekkan cerita sekali lagi (nak masak dinner! tapi nak taip jugak sebab tengok betapa terpinga-pinganya bebudak sekolah tadi buat saya teruskan jugak), LAME ni kumpulan professional yang sangat-sangat terlatih yang membaiki sebarang kerosakan pada kapal terbang. Merekalah yang kata, ok this aircraft is good to go. InsyaAllah, saya akan cuba terangkan dengan lebih lanjut tentang LAME di entri akan datang, termasuk jalan-jalan yang ada di Malaysia dan luar negara dan juga potensi sebenar kerjaya ni.



Lagu ni lebih kepada juruterbang sebenarnya, tapi LAME dilatih untuk memahami segala sistem yang beroperasi di dalam sesebuah pesawat, sooooo ;) we know the system, we just need more practical.

2 comments:

  1. ur blog sgt best..
    artikel-artikel sgt menarik..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih! Nasib baik sangat menarik, kalau sangat menolak... >_>

    ReplyDelete