Wednesday, February 23, 2011

Hidup.

Adik tiri saya pernah call saya sewaktu dia masih belajar di salah sebuah politeknik di Perak. Sebelum mengakhiri perbualan, dia mintak nasihat. Saya agak terkelu tapi saya bagitahu dia, masuk universiti ke politeknik ke, bukan sekadar belajar perkara-perkara ilmiah. Tapi belajar sekali macam mana nak hidup. Saya tak tahu lah kalau dia faham konteks yang saya cuba sampaikan. Tapi dari responnya, saya anggap dia faham.

Untuk para pembaca inilah maksud yang saya cuba sampaikan.

Belajar kerenah manusia dan macam mana hendak menanganinya. Kita tidak akan dapat buat semua orang suka dengan kita. Untuk sesuatu sebab, ada manusia yang hanya nampak keburukan orang lain sepanjang masa. Saya tak tahu sebab apa manusia macam ni ada, tapi dia memang wujud. Saya juga tak tahu macam mana orang macam ni menghadapi hari-hari dia bekerja dengan orang yang dia tak gemar. Bak kata Will Smith dalam lagu 'Just the two of us', "The hate in your heart will consume you too". Tak penat ke hidup macam tu? Datang je tempat belajar atau bekerja, timbul perkara yang bikin spoil mood. Saya pernah menghadapi zaman tu, tapi syukur sebab saya ternampak akibat dia, saya jadi penat, nak buat kerja pun pemikiran terganggu. Produktiviti tinggal jadi yillek Last-last, saya pilih untuk jadi the bigger person. Badan dah besar dah pun (harap-harap tak membesar dah), bigger person as in bigger personality and professionalism.

Hormat.

Hormat dan takut ni dua perkara yang sangat sangat sangat berbeza. Hormat perlu dibina, perlu dipupuk. Takut? Mudah aja mahu disentap keluar dari koleksi perasaan dalam diri (FUH ayat!).
Antara buku-buku yang saya pernah baca dan juga nasihat sesetengah individu, salah satu cara nak timbulkan rasa hormat orang pada kita, ialah kita perlu ingat kita bekerja dengan manusia. Another person. Lihat pada rakan sekerja, sebagai manusia. Bukan hamba, bukan jentera, jauh sekali dari binatang. Contoh, bila perkenalkan seseorang rakan sekerja pada orang lain: "Perkenalkan, ni Ahmad, kerani tempat kerja I", banding kan dengan "Perkenalkan, ni kerani tempat kerja I, Ahmad".

Nampak tak perbezaannya? Nama sebelum jawatan, dan jawatan sebelum nama. Kesannya sangat berbeza. Even bila salah seorang rakan sekerja saya (pangkatnya lebih tinggi dari saya) datang melawat tempat kerja saya, beliau merupakan Safety and Quality manager, Asia Tenggara+Australia dan bila beliau mengetahui nama saya, sedangkan kami belum pernah bersua muka, ia menimbulkan rasa hormat saya pada dirinya.

"This is Anwar right?" seraya menghulurkan tangan. "You must be Rob yeah?". Terus kamcing! Dia tak cakap, this must be the guy who holds a something something position. Sebelum dia datang tu, punya la takut sebab saya tak tahu expectation dia. Dalam bidang saya, if possible, please know everything there is to know. Penat jugak fikir, tapi ini yang saya pilih. So hadapi je lah. Dengan approach yang betul, kami mudah berbincang. Tak ada siapa yang salah, tak ada siapa yang pincang, cuma siapa punya idea yang lebih baik, lebih mudah dirancang. Umur di sini hanya angka. Kalau hidup lama pun, tak ada pengisian yang betul, minum arak, main nombor ekor, tak guna jugak. (Ewah ewah ayat macam ayat kedai kopi).

Ada banyak cara untuk menimbulkan rasa hormat, tapi langkah pertama yang saya nampak, itulah, ingat kita bekerja dengan manusia.

Kalau diikutkan perasaan, bekerja dengan manusia sangat sangat susah, sekiranya kita mempunyai cita-cita yang besar. Dengki, irihati, itu semua biasa. Saya lebih prefer bekerja dengan jentera (terbang), tak payah jaga hati, tak payah puji puji, tak payah bodek-bodek. Godek-godek dengan screwdriver, balik rumah terus lupa, bersedia untuk cabaran hari esok pulak. Tapi itulah, Allah nak test. Mamat ni mampu tapi dia tak tahu, Kita test dia! Harap-harap saya terus tabah insyaAllah.

Enjoy video ni! Dia buat muka selamba je main chord susah-susah, laju-laju!

9 comments:

  1. hormat itu perlu...

    waima dengan siapapun kita berbicara.. ia menunjukkan jati diri kita.. begitu uga dalah perhubungan suami ister.. atas hormat itulah yang menguatkan rasa..
    antara famili. rasa hormat akan mengakrabkan lagi..
    antara kwan2.. sikap hormat ini akan kekal jd imej baik andai kita berpegang pada prinsip menghormati..

    its the way we deliver ourselves in community...

    ReplyDelete
  2. Hamzah: very the cool.
    A.s.t.i.n.a: Tiada yang salah dalam statement anda. Benar-benar belaka.

    Thanks for dropping by orang cool!

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya berkerja dengan diri sendiri. Dengan mixer, tepung dan akhir bertemu juga dengan orang.Selalu ingatkan diri sendiri orang tinggi macam saya banyak orang yang tak senang hati. Jadi biarlah itu cabaran orang tinggi. Maksud tinggi boleh dimaksudkan tingi fizikal, tinggi sedikit kedudukan, tinggi sedikit keuntungan berniaga dan sebagainya.Kalau kita tak punya apa-apa, contohnya tak da sorang yang akan iri hati. Jadi untuk berada tinngi di atas pasti lalui segala ketidaksenangan hati2 manusia yang berada disekliling. Hadapi dan jadikan semangat!!!!

    ReplyDelete
  4. ye, masuk uni bukan sekadar blaja bnda ilmiah, kita kena blaja dan prepare mcm mana nk survive di dunia luar nant

    ReplyDelete
  5. betul kata bidadari. Fuh macam ayat drama!

    ReplyDelete