Tuesday, January 18, 2011

Pilihan-pilihan.

Kita tak diberi peluang untuk memilih sebagai apa atau siapa kita nak dilahirkan ke dunia ini (kalau saya salah bab ni, sila tegur, jangan simpan-simpan). Tapi kita diberikan pilihan macam mana kita nak menjalani hidup kita.

Kebelakangan ni lah, saya banyak terfikir, kalaulah saya ni dilahirkan sebagai orang lain dari yang saya sekarang, orang Bangladesh lah contohnya, sanggup ke saya merisikokan nyawa membelah Lautan Hindi untuk ke Malaysia? Kalau dah konfem ada tawaran untuk berlakon dalam sketsa lucu yang bertemakan pembaikpulihan kereta (Spanar sekian sekian tu la), mungkin sanggup. Tapi kalau sekadar berdasarkan janji-janji manis tekong bot yang konfem takde hitam putih, sanggup ke? Silap-silap mati tak bernisan, mayat kena makan ikan.

Baru-baru ni, berita pasal orang Nepal yang mati atas pokok kelapa tu...alahai. Saya tak nak komen pasal nasib orang selepas mati. Itu urusan atasan. Atasan kepada segala atasan. Ok, kembali ke pokok kelapa di mana ada orang mati di atasnya (ayat putar-putar). Sedih sebab macam tu lah hidupnya. Mencuri benda entah tak sampai sepuluh ringgit gamaknya, kena kejar, kena hambat, kena maki hamun, akhirnya mati atas pokok kelapa.

Masa saya muda sikit dulu, form one lah senang cerita, saya nakal sikit. Sedikit je. Saya ponteng sembahyang terawih, menyorok dalam dorm. Warden dapat tahu, dia berkejar ke asrama lelaki, dia ketuk pintu dorm tu mak ai....luruh jantung ni. Takutnya...seingat saya lah, itulah perasaan takut yang paling menakutkan yang pernah menakutkan saya. Saya menyorok dalam loker kosong, tak nak keluar. Menggigil. Nak menangis air mata tak keluar, nak buat suara tikus (menyamar la kunun), otak tak boleh berfikir. Takut tu menyelubungi satu badan. Itulah saja berkongsi perasaan takut bila kena tangkap buat salah ni.

Tak tahulah kalau keluarga dia akan tahu nasib dia (kalau lah dia dilahirkan dalam organisasi keluarga). Nak buat macam mana, dia pilih jalan yang dia sangka mudah, tapi tragis sungguh endingnya.

Apa yang saya nak melalut sebenarnya ni? Tak saya bukan nak suruh kita bersimpati dengan orang yang memilih jalan salah untuk hidup, tak jugak saya suruh benci. Itu masing-masing boleh fikir, tepuk dada, tanyalah apa juga yang ada di dalamnye. Saya cuma nak cuba mencetuskan idea atau ilham akan pilihan pilihan yang kita ada sebenarnya. Sebab? Sebab kadang-kadang kita tak sedar atau kita enggan pandang keliling lalu tak sedar.

Memetik lirik lagu Metallica (huish metalnya! tak, tak metal, sentimental juga ada) Unforgiven 3:

How can I be lost, when I got nowhere to go?
Bagaimana aku boleh sesat, bila aku tiada tempat yang nak dituju?

Saya suke nak terjemah ikut konteks yang saya faham. Macam mana kita kata kita sesat atau tak tahu nak buat apa bila kita tak set target kita atau hala tuju kita? Belum apa-apa dah emo, dah menyerah kalah, dah nak amik jalan gelap, jalan yang selalunya nampak mudah. Belum keluar rumah, dah kata, "Alamak, sudah sesatlah!". Jalan dulu, laksanakan plan dulu. Kalau sesat, buat apa yang patut. Apa yang patut dibuat? Kalau sesat jalan secara literal, tanya orang kat tempat yang sesat tu.
Orang-orang bijaksana pernah berkata,

When you are not sure what to do, do the right thing.
Bila tak pasti apa nak buat, buat benda yang betul.

Apekebenda yang betul? Apekebenda yang salah? Dah dasar nak berdebat, semua benda dia nak persoalkan. Betul, baik, benar, bagus ada titik rujukan dia. Agama, pemahaman moral yang sepunya (common moral understanding? kehkehkeh), situasi, rasional-rasional, etika, prinsip peribadi. Cuma kena ambik masa berfikir kejap tentang kesan tindakan kita. Fikir dan pilih je. Tapi ingat, diri sendiri yang pilih, diri sendiri yang kena laksanakan, diri sendiri jugalah yang akan menangani akibatnya sama ada positif atau negatif.

Saya tak alim, tak bagus sangat pun, tapi saya suka memikirkan yang saya berada dalam posisi yang membolehkan saya nampak dengan jelas sebab-sebab tindakan saya dan insyaAllah kesan-kesannya. Macam lifeguard yang duduk atas kerusi tinggi tu, nampak segala makhluk-makhluk yang berenang kat tepi pantai (ececece menggatal pulak). Nampak mana yang 'panas', yang terer, dan nampak mana yang nak lemas.
Nak buat benda yang betul ni tak susah dan tak senang sebenarnya. Tapi seronok bila kena struggle sikit, baru lah rasa macam hidup! Kepuasannya bila berjaya? Ohhhhhhh yeahhhhhhh.
Ok nak balik, office ni je yang terang. Kalau ada pembaca yang belajar sesuatu dari artikel ni pun dah cukup awesome dah. Oh yeah, sentiasa ada pilihan dalam apa jugak yang kita lakukan. Sekian.

Lagu ni asalnye dinyanyikan oleh Miriam Mekeba, tapi tak jumpa pulak versi nye di youtube. Lagu ni pasal orang-orang muda yang bermandi manda di sungai. Mesej terasnya, hidup yang rileks, menari, nikmati apa yang ada di sekeliling kita. Tajuk lagu ni Jikele Maweni atau terjemahannya 'The Retreat'. Ok sekarang, goyang, goyang sikit-sikit je.

1 comment:

  1. Kita adalah di antara hambaNya yang terpilih.. Syukurlah...

    ReplyDelete