Monday, January 24, 2011

Kamu, aku dan orang Uganda itu.

If it's on the Internet, it must be true.
Kalau ianya berada di Internet, ianya pasti benar.

Wrong. Salah. Pernyataan di atas adalah bersifat menyindir (sarkastik). Sesiapa yang pernah melalui zaman berforum, zaman-zaman menjadi perwira papan kekunci pasti pernah berdepan dengan kenyataan sedemikian.

Apa yang nak disampaikan sebenarnya? Jangan percaya bolat-bolat apa yang anda baca di Internet.

Saya nak membebel sebab kadang-kadang even di dalam kompani besar, ada orang yang suka menyebarkan legenda urban (urban legend) tanpa menyiasat terlebih dahulu. Yang terbaru saya terima, pasal lelabah pembunuh yang kadang-kadang ditemui di bawah tempat duduk tandas jenis duduk. Berbagai statistik, atau kes yang dibentangkan. Yang menyebarkan pun guna segala anugerah/pangkat yang direka-reka, Dr la, Ir la. Ayat dia....dramatik tak ingat. Pendek kata, boleh dengar lagu filem JAWS bila tengah baca tu.

Bila saya search spesis lelabah tersebut...tak berbisa langsung. Harmless lagi. Kesian lelabah, difitnah membabi buta. Mentang-mentangla dia tak dapat nak menjawab.

Fakta: 80% statistik diada-adakan on the spot. Termasuklah yang ini! (Lihat apa saya sudah lakukan? Jangan percaya please! Cewah sungguh skema)

Contoh lain: Hi, awak sungguh bertuah, sebab keluarga saya salah seorang taikun (tycoon) di Uganda. Kami memerlukan bantuan untuk transfer berjuta-juta-juta duit kami dan antara berbilion manusia di dunia, anda merupakan 'The Chosen One'. Anda cuma perlu bagi kami 10000 USD sahaja untuk bayar yuran transfer. Selepas itu, duit berjuta-juta-juta yang kami transfer itu, kita bahagi 3. Best kan? Selepas itu kita beramai-ramai nyanyi "I wanna be a billionaire..so freakin bad..". Kami buat ni sebab kami risau dikejar orang jahat di sini. Tolong ye...

Jangan percaya please. Apasal saya nak risau? Pasal percaya atau tidak, masih ramai yang terpedaya. Bapak saya kadang-kadang call saya semata-mata nak bagitau masih banyak lagi report pasal rakyat Malaysia yang bijak pandai yang masih lagi tertipu dengan peraduan gores dan menang.

Kekayaan tidak akan datang bergolek. Melainkan bapa@datuk@sedara anda yang kaya terfikir untuk membuat lawak literal lalu meletakkan duit/kemewahan yang bakal diwariskan kepada anda di dalam tong, lalu digolekkan dari atas bukit ke arah anda. Kalau macam tu, saya pun akan terkelu lalu ketawa.

Satu lagi pasal wikipedia, ianya boleh di-edit oleh sesiapa. Always take the info from the Internet with a pinch of salt. Tapi hari demi hari, saya percaya wikipedia cuba memastikan maklumat yang tersiar itu legit. It's never wrong to be cautious.

Kalau profil palsu dekat laman sesawang sosial lagi lah. Yang ni saya pasti, ramai pembaca yang arif. Guna nama gila gempak kadang-kadang...Deanna Solstis Musim Salju (ok ini melampau), lepas tu info dia letak sikit je, gambar dia letak la gambar supermodel yang kurang berjaya. (Ceh cakap macam pernah kena je). Tak, tak pernah kena. Betul, percayalah...

Kesimpulannya, Internet ni pisau yang banyak mata (macam serampang dua mata, tapi nak jugak guna pisau, sebab lebih melukakan). Be careful. Buat baik boleh, buat jahat lagila, siap ada step-by-step instruction.

Tips: kalau dapat chain letter, guna subjek email untuk search dekat Google. Mesti dapat result yang discuss pasal hoax tersebut. Ataupun boleh terus pergi ke salah satu websites yang saya refer to setiap kali dapat email hoax - www.snopes.com



Ok tonton video ni bila mana anda perlukan lawak-lawak yang agak stupid. Sekali tengok mungkin kurang lawak. Saya letak sebab heroin ada sebut "Chosen One!".

2 comments:

  1. Haha video yang berkaitan sungguh takle nak blah..

    tapi betullah tu.. manusia mudah percaya pada yang tak nyata.. yang nyata pula selalu diperlekehkan...

    ReplyDelete