Monday, January 17, 2011

Ironi.

Hujan turun tak berhenti-henti selama 3 hari termasuk hari ni. Kalau berhenti pun macam 'take 5' je. Lepas tu turun balik.

Yang best sekali, hari ni air takde. Ironi kan? Hujan, laut punya lah berlambak dekat luar tu. Mencurah-curah turun dari langit, berasak-asak menghempas pantai (hoh ayat best ni :P ). Dekat dalam rumah sendiri boleh takde air. Telefon apartment management, barulah dapat tahu ada paip pecah entah dekat mana entah. Habis, air dalam tank dah habis, sempatlah berwudhuk. Kerja tetap kerja. Nasib baik antara kegemaran (minuman) saya ialah air mineral, jadi ada banyak stok air mineral. Cukuplah buat basuh muka, gosok gigi, gosok apa yang patut (hah jangan bayang lebih-lebih).
What a way to start your Monday. Takpe, aircond, wangian sikit boleh bagi impresi yang diri berada dalam keadaan segar bugar. Senyum sikit, touch up rambut dengan gel. Voila!

Adat manusia moden. Semua kena tersedia. Teringat zaman kecik-kecik dulu (tak kecik sangat, darjah 6 kot) temankan mak bawak rombongan budak sekolah dia camping di Kuala Woh, Tapah, Perak.

Waktu malam, hari hujan, perut lapar, tubuh terasa sejuk, students kepingin kopi.

"Cikgu, mana nak dapat air cikgu?" tanya seorang pelajar. Mak saya tepuk dahi,"Ya Allah, kita ni camping tepi sungai. Kamu boleh tanya mana nak dapat air? Pegilah cedok kat sungai. Lepas tu jerang dekat unggun api tu. Dapat lah kamu air minum, kalau tak yakin, tapis guna kain bersih. Jerang betul-betul."

Saya tengok mak saya. Orang lama. Orang dulu-dulu. Kagum. Merekalah yang merealisasikan pepatah mat salleh, "Necessity is the mother of invention - Keperluan adalah ibu kepada penciptaan/perekaan". Mereka boleh mengusahakan makanan dari apa jugak sumber dari keliling kita. Golongan orang dulu-dulu, kalau diberikan peluang sebagaimana orang-orang muda yang hari ni dapat, saya berani bertaruh, mereka boleh jadi lebih gempak, lebih hebat, lebih awesome. Tapi ditakdirkan mereka jadi golongan yang menemukan, yang meneroka, yang membuka peluang. Terima kasih.
Saya bersyukur jadi golongan zaman sekarang. Tapi jangan lupa, setiap era ada cabaran dia yang saya rasa kita boleh fikir sendiri. Mental, kewangan, sosial, agama. Semua. Everything. Brace yourselves kalau tak nak dibawa arus.

Edit: nak tambah sedikit lawak (kalau lawak lah). Orang dulu-dulu kalau diberi kayu, boleh buat kayu masak lemak, bagi batu, batu rebus lemak, bagi kasut, kasut cicah sambal, arang, arang bancuh kopi, stokin, stokin salai (smoked-lol). Ok sudah, lebih-lebih pulak. Rasanya pembaca sudah dapat ideanye.

Nota kaki: Saya baru tahu, kalau save draft pun akan show seolah-olah ada new post pada yang follow. Cais! Tak suspen la ini maciam. Walaupun tak tahu isi, tapi tajuk dah tahu memang tak best (secara peribadinya-lah) .



Video ni awesome. Hidup ni awesome. Kita kena perhati dan belajar menghargai je.

No comments:

Post a Comment