Monday, January 10, 2011

Budaya bertanya. Huh?

17 tahun lalu...

"Ma, orang putih tu kata apa?"

"Orang putih tu kata ...*sekian sekian*"

"Ma, apa maksud perkataan tu?"

"Maksud yang ni pulak?"

Last-last "Ma, apa maksud..." belum sempat habiskan ayat terus kena potong "Pergi amik kamus"..."Tapi.." "Tengok kamus"..."Ala..." "Kamus..." "A..." "Kamus" Toleh je..."Kamus"

Nasib ada mak cikgu, tapi kena jugak refer sendiri akhirnya...sebab anaknya dah terlalu bergantung. Dah biasa nak jawapan la la tu jugak. Sampaikan kalau main scrabble pun mintak tolong dengan mak, padahal mak pihak lawan. Terus kena sabotaj tak dapat nak guna slot untuk Triple Letter Score. Kehkehkeh...sekarang tidak lagi!

Ok,
back to the subject. Budaya bertanya dalam topik kali ini bukan pasal bertanya khabar, atau bertanya cerita-cerita terbaru pasal jiran tapi pasal akademik atau perkara-perkara ilmiah.

Dalam bab-bab mengaji (orang tua-tua/dolu-dolu suka cakap belajar tu mengaji), ramai sebenarnya yang malu nak bertanya. Saya pun pernah lalui zaman tu, pun pernah lalui zaman tak malu bertanya.
Apa dilemanya yang menyebabkan kita malu nak bertanya ni?

1) Ada hati dengan cikgu. Karang tanya dalam keadaan malu-malu tersipu-sipu terus kena bahan dengan member-member.

2) Kalau mata pelajaran bahasa asing, sebab tak pandai nak sebut sesetengah perkataan tu atau memang tak paham langsung. Bahasa ni ubat dia kena amal. Mula-mula memang mak datuk keras nak mamfus. Lantaklah kena gelak, jangka masa panjang punya faedah, tiada hal lah. Saya ada ramai kawan yang pelat negeri asal dia memang pekat piau, sampaikan awal-awal dulu masa mula-mula sembang rasa cakap dengan orang mana la..tak paham langsung! Bila cakap English, mengikut-ngikut bunyi nye. Tapi lama-lama memang ok, malah ada yang boleh cakap BERRRITISH English dengan lenggang lenggok yang cukup awesome! Kata kunci nya? Peduli apa orang kata, usaha!

Sampai sekarang kalau saya jumpa sorang batchmate saya, kitorang akan speaking. Sampai orang keliling pun macam "Wah poyo lah korang cakap BI". Practice makes perfect, latihan melahirkan kesempurnaan. Lebih kurang campur tolak.

3) Takut kena cop bodoh atau malu atau malu takut kena cop bodoh. Ini paling lazim. Saya pun sama. Tapi bila member yang berani tanya, kemudian dapat pulak jawapan yang rope-ropenye ramai yang tak tahu, barula masing-masing buat gaya urut janggut imaginasi sampai ke perut sambil kecik-kecikkan mata konon bijaksana. Nak ubah kena fikir sendiri sebab apa perlu tahu? Sebab tak tahu? Sebab penting untuk kerjaya? Yang kedua ni banyak tolong saya atasi dilema tu. Dalam bidang saya, motto nya, "Tiada soalan yang dianggap bodoh". Of course lah, kalau dah tahu orang tu tengah buat apa, lepas tu tanya lagi tengah buat apa, itu agak hmpfsh-lah. Pandai-pandailah sesuaikan dengan situasi.

Situasi tak patut: Pergi restoran pergi tengok tukang masak tengah masak, terpacul pulak soalan ni,"Abang buat apa tu bang? Masak ke?" Tak ke hmpfsh namanya? "Taklah, tengah menari..Hey nasi goreng, hey sungguh lazat, sungguh sedap, sungguh enak! Digoreng dengan perencah sekian sekian!! ", jawab si tukang masak. Betul tengah menari rupanya...sambil memasak!

4) Malas.
Ini rumit. Penyebabnya banyak, tak minat subjek, bilik kelas tak kondusif, cikgu tak kacak, cikgu tak lawa, cikgu tak pandai mengajar. Yang penting dalam minda, "Cepatlah abis, nak balik ni. Janganla ada orang tanya apa-apa...". Ingatlah duit yang dah ditabur...tahulah yuran universiti tu mungkin jauh lagi murah dari universiti-universiti lain, tapi keringat nak dapat duit tu...Bila malas, dengar tidak, nak bertanya jauh sekali. Yang ditanya, "Encik, bila nak habis kelas?". Ikut pengalaman saya, yang tak pandai mengajar ni, ilmu dia cukup banyak, dia cuma tak reti nak menyampaikan. Kita kena tanya. Bila tanya, boleh nampak macam terbukak pintu percakapan dia. Tak renti-renti mengalir jawapannya. Terus mesra!

5) Subjek senang. Ini...hmmm selalunya subjek senang yang banyak bertanya, sebab pengajar nya banyak merewang sembang benda lain keh keh keh.

6) Overconfident. "Ahh, aku tak perlu tanya, cukup dah". Tak pun, "Nanti lah aku baca sendiri".
Cuba elakkan. Bercakap dari pengalaman sendiri, selalunya dua dialog tu tak jadi. Tak pun gagal nak fahamkan sendiri, takpun ambil masa jauh lebih lama berbanding kalau tanya dengan pengajar. Tak efisien langsung.

Asas-asas untuk bertanya: Bagaimana? Bila? Siapa? Benarkah? Apa? Kalau-kalau tengok balik, asas untuk bertanya, kita kena berfikir. Orang yang suka bertanya ni tak bodoh, dia banyak mempersoalkan dan berani melontarkan idea dia. Kalau otak/akal tak jalan, memang tak tanya lah.

Orait, dah membebel banyak sangat dah ni. Ingat, saya bertutur dari apa yang saya alami. Kalau tak sama dengan teori belajar secara efektif(!) pendita-pendita di luar sana tu logiklah.

Tanya je. Bukan kena makan pun.






2 comments:

  1. Yeahhh setuju.. zaman mak bapak saya sgt ok coz pengantara belajar dulu BI.. zaman saya hancus...

    Zaman anak2 saya saya latih menjawab setiap pertanyaan tanpa ada rasa bosan... (walhal sgt penat menjawab kerana soalan2 anak2 ini betul2 kita kena fahamkan mereka)
    Contoh mama kerja ape? Ma engineer sayang..
    Engineer tu ape ma?(hoh apeke...)
    Walaupun terpaksa google sebab kerja yang dibuat tu amatlah sgt teknikal utk cete.. huahua..
    sampai at last dia kate.. ok saya juga mau jadi Engineer.. baiklah :)

    sebab budaya bertanya ni nanti akan terbawa2 ke sekolah.. dulu zaman saya cikgu tanya "ade soalan?" semua tunduk takut nak tanya.. sedangkan cikgu punyalah takut kat depan tu, takut tak dapat jawab soalan student..

    Maka didiklah generasi anak2 kita untuk bertanya dengan menjawab tiap persoalan dengan sabar...
    *hoho komen boleh buat satu entry bog ouh*..

    ReplyDelete
  2. Baguslah tu! Tak ramai orang kita yang berfikiran macam tu. Yang tipikal selalunya, kalau bertanya, maknanya bodoh. Anak saya pulak...ops belum ada anak. Keh keh keh, thanks for stopping by :) .

    ReplyDelete