Sunday, April 29, 2012

Saya, gitar dan ruang akustik yang terhad.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Va va va va, seronok pulak hupload menghupload ni. Maka inginlah saya berkongsi youtube page saya. Sila klik sini untuk video yang sudah di upload dan untuk muat naik yang akan datang! Saya buat ni sekadar untuk bergembira menikmati apa jua yang ada secara sederhana. Sambil cuba melaungkan penghargaan buat pemuzik pemuzik yang berkarya bagi melayan hati-hati yang pelbagai kerenahnya! Ok nikmati video yang terbaru yang di upload! Minta maaf lagu tak habis, sbb rangkap seterusnya macam saya tak berapa suka cewah alasan padahal dah mengantuk >__> . Enjoy!

Friday, March 30, 2012

Wah video youtube pertama!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Antara perkara yang saya nak buat dalam hidup saya ialah upload video ke youtube dan kini saya dah capai, kalau sambutan ok, insyaAllah ada lagi! Nak kutuk pun kutuk la ye. Boleh saya repair :)).

Enjoy!


Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Dif-dif kehormat..ewah ewah macam mengacara majlis pulok ye. Wah dah lama tak menulis, apa khabar semua, harapnya sihat dan bahagialah hendaknya.

Ok ke mana saya menghilang? Kalaulah ada yang tertanya-tanya. Saya tak menghilang, cuma kurang masa lapang, idea tak mendatang, putus pulak tembelang. Ewah berhoma irama gitu. Ahaks. Tiada tanda seruan di hujung ketawa tanda ketawa yang tidak serius, yang dibuat-buat.

Apakah pula motifnya kembali menulis setelah lama menyepi? Saya terlalu gembira sebenarnya. Satu sebab bermulanya tahun baru, kedua sebab saya baru dapat tahu esok tempat bekerja saya bercuti, kitaorang selalunya beroperasi 7 hari seminggu dan ketiga tamatlah sudah tahun yang saya rasa paling bermakna buat saya setakat ini.

Mari bermula dengan sebab yang ketiga, tahun 2011 menemukan saya dengan ramai manusia yang berperanan besar dalam membina personaliti, jati diri saya. Setinggi terima kasih buat semua yang ditakdirkan melintasi perjalanan hidup saya. Baik ke buruk ke bukan saya yang adili. Cuma yang saya tahu, saya ketemu kekuatan saya, kelemahan saya, keinginan saya dan keperluan saya. InsyaAllah apa juga yang berlaku secara langsung atau tidak menyumbang kepada siapa Anwar777 dan saya sangat gembira dan bersyukur dengan apa yang saya rasa. Siapakah individu-individu tersebut? Ramai sangat, dari majikan saya, rakan sekerja saya, tutor saya, rakan-rakan ketika belajar dahulu sampailah kepada sahabat-sahabat maya yang hanya bertemu bicara di ruang-ruang forum, email, blog dan sebagainya juga manusia-manusia yang saya perhatikan/tegur setiap kali saya menggunakan pengangkutan yang sepunya dari yang melata hinggalah yang bertebaran megah di angkasa. Anda semua membuka pemikiran saya untuk lebih menjadi lebih luas dan melihat satu-satu isu dari sudut yang berbeza. Untuk anda semua, saya berdoa agar dikurnia bahagia dari dunia hinggalah ke alam yang akhirnya.

Sebab yang pertama. Ini sudah jelas lagi nyata. Tahun baru. Bak kata orang, baru boleh bau kedai. Semangat ja. Juga tanda bonus tahunan sudah hampir nak diterima. Saya memandang ke hadapan untuk ketemu lagi individu-individu yang bakal merubah, mewarna dan memeriahkan hidup saya. Diri saya yang kini lebih matang dan bersedia untuk bersemuka dengan personaliti yang mungkin lagi dahsyat/pelik peelnya. Buku baru sudah bersedia, tinggal tunggu dan lihat sahaja. Oh ya, buat catatan jangan lupa. Kalau diizinkan-Nya, insyaAllah saya kongsi bersama sebagai pengajaran untuk anda, saya, kita semua.

Sebab yang kedua? Tak perlulah dihurai rasanya. Cuma apa yang saya boleh luahkan, manusia bekerja mana yang tak suka cuti? :P

Kepada para pembaca, secara jujurnya saya katakan tak pernah saya sangka ada orang masih lagi menjengah blog yang tidak seberapa tapi saban hari ada ja ziarah dari segelintir manusia. Terima kasih yang tak terhingga. Baiklah sudahlah perlu saya berhenti meninta kata, kalau ada kuderat di waktu akan datang bolehlah saya berdrama. Buat masa ini, kukuhkan kekuda, bersedia untuk tahun seterusnya (2012), tahun segala spekulasi dan teori tamatnya era manusia bakal teruji. Ahhhh! Persetankan, jika anda bertuhankan Yang Maha Esa, pasti anda tahu fikiran yang sewajarnya. Baiklah, sudahkah anda bersedia?

2012! Aku cabar kau!!! (Ewah macam KL menjerrrit pulak) Sekian, wassalam.




p/s: lagu ni senang sangat nak main guna gitar

Monday, July 11, 2011

Masa, jangan pergi dulu...

Ewah ewah sungguh dramatik tajuk itu.

Merayulah macam mana pun tak dapat bro. Lu nanges ke, lu jaga KL ke, lu ada tatu dragon mulut keluar api, dan dalam api tu ada imej ayam kena panggang ke, tak dapat der. Terpengaruh dengan cerita KL Hamster. Biasalah remaja zaman sekarang. Eh eh...

Seperti biasa (kalau biasalah, kalau tak biasa, ganti dengan tak biasa), mari kita tengok motif tajuk yang tersebut di atas. Ramai orang yang menyesal, dan membuang masa dengan terpuruk dalam penyesalan untuk apa yang mereka alami di masa lepas. Saya pun sama. Saya pernah buat perkara yang bongok, bengong, yang kalau orang tengok apa yang saya buat macam kita tengok heroin yang terlebih berani dalam cerita seram masuk tempat gelap walaupun dah tau tempat tu ada hantu, sedang kita terjerit-jerit, menarik-narik rambut di luar kaca tv berusaha nak bagitau heroin tu tentang bahaya yang menunggu. Ala Kasssemmmm.......

Mari kita tengok frasa ini, "perkara....dah....lepas".

Soalan: Anda ada superpower untuk memutar kembali masa? Atau anda ada bela doraemon? Kalau anda ada saka, itu tak boleh diterima sebab umum sedia maklum saka tiada power untuk memutar kembali masa. Muka saya begitu serius ketika menulis ayat ni.

Tak ada bukan? Apa yang anda boleh buat? Pertama, nanges. Kedua, teruskan menanges. Ketiga, memupuk personaliti emo. Keempat, memaksa diri jadi gila. Kelima, mencari apa yang anda pelajari sebenarnya.

Mari lagi, kita lihat perkara kelima. Tak ada signifikan pun saya pilih angka lima, cuma dah abis idea nak tulis benda yang lawak lagi bermakna. Ke-tidak-signifikannya bagaikan brownie points yang diberi oleh selebriti kepada peminat yang berjaya mencetuskan respon yang paling bijak terhadap isu yang dicetuskan oleh selebriti. Eh eh macam ayat whose line is it anyway pulak.

Ok ok, apa yang saya pelajari? Saya belajar yang setiap orang yang kita temui dalam hidup kita menyumbang kepada cerita perjalanan diri kita sendiri. Of course la kan. Itu memang common sense la kan? Tapi common sense is not so common sebenarnya tambahan pulak kalau kita dalam keadaan tertekan. Kita lebih cenderung untuk menyalahkan takdir, atau apa jugak elemen yang boleh dipersalahkan, termasuklah capal putus yang tersadai di tepi jalan yang tak tau pun dia wujud. Nak salahkan diri sendiri pun boleh jugak, tapi agak klise. Cuma yang saya nak tekankan ialah, apekebenda nilai yang kita belajar.

Bersambung....



Saya share sebab silhouette dia masa intro agak cool. Lagu dia pun best.

Wednesday, June 22, 2011

...sambungan Earth, eh silap heart...

Di mana saya tadi? Ohh tadi di depan tv sekarang di depan lappy (agak effeminated memanggil laptop sebagai lappy, vacation sebagai vacay, whatever sebagai what-e-verrrr, 'e' yang dipanjangkan, bibir bawah dijuihkan sedikit ke depan ketika menyebut 'verrrr' sepanjang 3-4 harkat).

Serius. Serius sekarang. Alrighty, keburukan membiarkan penulisan tergantung ialah agak sukar untuk kembali ke mood yang diperlukan untuk menyambung karangan online ni supaya sampai maksud awalnya. Mula-mula ingat nak tulis pasal hati/heart yang jiwang karat dan jiwang keparat tapi setelah baca balik bahagian pertama, agak terbantut rasanya nak tulis tambahan pulak dah banyak karya yang terhasil yang berkaitan dengan kejiwangan yang boleh buat lelaki yang paling maskulin pun duduk meniarap atas katil sambil peluk bantal kaki bengkok ke atas ketika mentelaah karya berkenaan. Hey don't look at me like that! Hey jangan pandang saya sedemikian! Saya tak tidur meniarap!

Tu dia intro.

*****

Di dalam entri yang lepas saya ada menyebut berkenaan heart sebagai organ yang paling kuat dalam tubuh manusia. Tapi tu heart yang kita rujuk sebagai jantung! Yang pam darah ke seluruh tubuh manusia! Yang saya cakap ni heart/hati yang mana satu ni? Sekarang anda nampak kekeliruan saya dalam hal ni? Kalau tak nampak buat buat nampak. Ok? Calit. Heart/hati yang saya nak refer dalam entri kali ini juga sebenarnya 'komponen' yang paling kuat dalam kejadian manusia.

Sebelum kita pergi lebih jauh ke dalam kekeliruan yang saya cuba timbulkan sila baca ayat di bawah:

Bila nak mintak/suruh orang buat kerja sungguh-sungguh: "Come on lads, put your hearts into it!"

Bila nak tenangkan orang yang baru kenampakan/kena kacau perkara-perkara mistikus: "It's all in the mind".

Bila marah pasal dapat tahu pakwe/makwe yang bukak cawangan baru setelah mencurahkan kasih sayang pada diorang lebih pada keluarga sendiri: "You ni memang tak berhati perut tau! I beli you itu, I beli you ini, sanggup you lukakan hati I!".

Bila be-romatinka di tampoi: "I selalu ingat kat you. Lubang hidung you menjadi pujaan hati I."

Perkataan ditebalkan dengan bersebab. Salah satu sebabnya, saya keliru. Ingat=memori=dalam otak bukan? Agak lama saya tersekat dekat sini. Kalau nak diikutkan kekeliruan saya, entah sampai bila baru entri ni siap. Nak kata falsafah tak la sangat, falsepah ada. Falsafah yang bersepah. Perlu belajar ilmu metafizik baru ada wibawa untuk bercakap berkenaan hal-hal yang terlalu open definisinya. Tapi zaman sekarang, buat apa buang masa belajar susah-susah kalau tak bawa pulang gaji yang lumayan betul tak? Kepada yang tidak faham, itu pernyataan bersifat sindiran. Terpaksa terima hakikat betapa money-oriented nya kehidupan kita. Bila kerajaan bercakap berkenaan brain drain, berkenaan betapa pentingnya golongan ilmuwan, saintis, tersenyum sinis saya dibuatnya. Eh saya tak nak bercakap hal serius macam ni dekat blog saya. Ianya produk sebuah sistem yang tampak elok pada mereka yang tidak mahu ambil tahu atau terlalu penat untuk keep up kerna sebenarnya, piston sudah hancur, gigi gear sudah reput, aci (shaft) tunggu masa untuk patah. Lebih baik saya buat lawak bodoh.

Mengapa saya cakap heart/hati ni salah satu komponen yang terkuat dalam kejadian manusia? Sebab satu komponen ni boleh menentukan hidup atau mati kita. Macam over ja bila sebut hidup atau mati. Ya benar, dalam keadaan kes yang paling teruk, keadaan heart/hati kita bakal menentukan hidup atau mati kita. Dulu saya belajar agama, ustazah/ustaz saya ajar, ajal maut memang di tangan Tuhan, tapi dalam Islam ia antara perkara yang boleh mintak Allah ubah. Selain berdoa, berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah antara amalan yang memanjangkan umur insyaAllah.

Keadaan kes paling teruk? Worst case scenario. Anda pernah tonton siri "I shouldn't be alive" di Discovery Channel? Takpun contoh paling senang, pelombong di Chile yang terperangkap selama hampir 70 hari? Apa yang memberikan mereka kekuatan untuk terus berusaha untuk terus hidup? Keazaman untuk terus hidup? Dari mana datang keazaman? Dari memori dengan yang tersayang? Dari perasaan takut? Cukup-cukuplah dengan soalan tu. Saya percaya saya boleh mudahkan hal ni dengan kata dari heart/hati yang cekal. Saya tak dapat nak jelaskan asas kepercayaan saya cuma saya boleh kata dalam keadaan yang mendesak, setelah puas berdoa, saya boleh harapkan heart/hati (walau di mana jua ia berada dalam konsep kejadian manusia) saya untuk saki baki kekuatan yang diperlukan. Tinggal tubuh badan yang nyata ja sama ada ia mampu atau tidak untuk meneruskan perjalanan dengan kekuatan dari heart/hati ini tadi. Bak kata mat salleh "The mind says yes, but the body says no". Lebih kurang tambah tolak campur macam tu lah.

Semakin panjang saya menulis, semakin jauh saya rasa dari tujuan asal entri ni. Baiklah saya mudahkan kepada 2-3 ayat sahaja lagi. Heart/hati ni komponen dalam kejadian kita yang sangat berpengaruh dalam menentukan siapa kita. Ia kuat. Sangat kuat. Tapi ia mudah dipujuk untuk lemah. Jangan benarkan. Orang yang kita sayangi antara paksi kekuatan heart/hati ini. Diri kita sendiri adalah antara makhluk/orang yang kita patut sayangi.

Heart/hati, I don't really know where you are exactly, but I know I can rely on you. Stay strong.

Hoh penat memikior.


Thursday, June 16, 2011

Update pantas! Zoom!

Di entri yang lepas saya ada menulis berkenaan kerjaya sebagai Jurutera Kapal Terbang Berlesen. Lihat tajuk L.A.M.E. part 1 dan L.A.M.E part 2. Dan inginlah saya berkongsi artikel ini yang kawan saya share di FB! Baca jangan tak baca! Kalau tak clear macam mana jalannya, boleh tanya.


Laporan UtusanLink

Wednesday, June 15, 2011

Earth, ehh silap, heart.

Heart. Hati. Sebut macam lembut je perkataan ni. Baik yang English mahu pun Melayu. Braveheart (ala filem Mel Gibson sebagai hero Scots masa diorang perang dengan English). Broken heart. Big heart. I heart you *buat rock sign sambil jelir lidah*.

edit: info berkenaan movie Braveheart telah diperbetulkan. Scots vs English. Ramai sangat Irish tempat kerja tu la pasal.

Hati kering, hati yang cekal, dalam hati ada taman, patah hati, jangan bawa hatiku pergi (don't take my heart away...sudah lupa la pulak lagu sapa ni lol).

Seperti biasa saya akan menyoal diri saya berkenaan motif intro kali ini. "Apakebenda yang saya nak sampaikan dalam entri kali ini?" Saya kena soal baru boleh bukak pintu penulisan supaya beramei-ramei ilham datang memeriahkan majlis. Jangan risau, saya bukan nak bercakap pasal jagalah jantung anda, walaupun saya nak ingatkan jugak, "Jagalah jantung anda! Kurangkan makanan berkolestrol tinggi! Makanlah oat setiap hari!".

Ok, ok, ok saya jawab soalan saya sendiri. Kali ni saya nak bercakap soal hati. Tafsiran bendul, heart=jantung, liver=limpa. Dalam bahasa Melayu, hati=limpa. So, di mana sebenarnya perasaan kita sebagai manusia terletak sebenarnya? Di limpa, di jantung atau sekadar di minda? Serius saya tak pasti. Cuba luangkan 2-3 minit dan fikir betul-betul, dekat mana kita rasa dalam badan kita bila kita rindu sesuatu? Dekat kepala atau dekat bahagian dada atau tetiba dekat bahagian abdomen? Kalau ikut penjelasan saintifik, perasaan ni variasi bancuhan hormon yang wujud dalam badan kita. Dek kerana saya bukanlah pakar dalam bidang hormon-hormon ni, kita tinggalkan ia di sana. Di mana? Tinggalkan bersama AC. AC di mana? AC Di sini. (Kengkawan dok buat lawak ni, habis terikut sama).

Sudah sudah.

The heart is the strongest muscle in the human body. Benar. Jantung berkerja dari waktu kita wujud hingga akhirnya kita meninggalkan dunia. Sekiranya ada yang rajin mengira jumlah kerja yang telah dilaksanakannya sepanjang kita hidup, pasti berjuta-juta joule lah jumlahnya.

Itu heart/jantung dalam istilah yang literal. Jom tengok heart yang orang selalu dok guna untuk jiwang-jiwang habeh makan tak kenyang (kerna tak baca bismillah), mandi tak basah, tidur tak lena (pasai dok belek BBM sepanjang masa). Disebabkan saya memang tak pasti heart/hati yang mejadi tempat storan perasaan ni dekat mana sebenarnya, maka saya akan refer ia sebagai heart/hati dalam ayat-ayat seterusnya.

Mari kenali heart/hati dari pandangan saya. Kalau tak nak tengok dari pandangan saya, jangan baca! Hmpph! *merajuk mengada*

1) Heart/hati ini suka bermimpi. Kadang-kadang terlalu sangat sampai lupa dunia, lupa realiti. Maka bersyukur kita berminda. The presence of the mind balances the dreaminess of the heart. Heart/hati kata boleh, mind/minda cakap, tengok diri sendiri dulu.

Hmmmm....saya ada banyak lagi karutan untuk entri ni, tapi disebabkan saya nak keluar kejap dan ada beberapa urusan petang ni, saya kongsi dulu dan biar anda tergantung-gantung baca. Saya janji saya sambung entri ni. Janji! Cross my heart. Cewah.

Sambil menunggu, enjoy this feel good song! Dah macam deejay pulak gua. :P .